Sunday, June 27, 2010

Tujukan pada diri sendiri


Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya

Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati
Patah hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri

Bukankah Tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah Tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang

Thursday, June 24, 2010

Lepak Danga 19 Jun 2010

Lepas graduate dan masing-masing membawa hala tuju sendiri, kitorg dah jarang hang out sama-sama..selalu lepak asing-asing je..yang kat KL, lepak dengan clan yang stay dan kerja di sana contohnya Lily, Piqa, Kak Bai dan Kak Sri.
clan lepak kat KL; Kak Sri, Piqa, Lily dan Kak Bai

Ada beberapa orang lagi yang stay kat Kolumpo atau Selangor macam Shima, Ayu dan Mas, tapi jenis dah ader abang sayang atau kena bagi contoh pada anak murid, memang kena tapis kalau nak hang out. So, biasanya yang single ladies je available nak isi jadual hang out di diari masing-masing dengan clan tersayang. Yang kat JB lepak dengan clan yang stay dan kerja kat kat JB macam aku, Nadiah dan Nadhirah.
clan lepak kat JB memang bertiga je termasuk aku. Biha pun aku tak taw kat ne

Geng lain macam Mus dan Ajib tak masuk dalam senarai tetamu kitorg atas sebab-sebab peribadi atau ada adik sayang. Maknanya yang available nak hang out memang ahli club single ladies juga...atau aku rasa kalau Kirin duduk kat JB, dia mungkin boleh join lepak dengan kitorg walaupun dia dah ada pengarang jantung. Sebab Kirin ni style bley lepak sama kalau nak gosip dengan awek-awek macam kitorg...

Perang.


"Kalau nak berubah from what we were, it will be hell to pay because its comes with a price. Memang sakit-torn apart inside. Sebab segalanya terasa sudah menjadi darah daging, dan untuk mengubah hakikat itu bukan mudah"-its called versus, perang melawan diri sendiri untuk tidak kembali pada jalan gelap.


Sebab aku sedang merasa itu, bayaran untuk berubah ke arah lebih baik...sebab sabar itu bukan di mulut...tapi di uji.
Kadang-kadang terpaksa melepaskan orang yang kita sayang, meninggalkan kehidupan yang sangat kita suka dan melawan dengan diri sendiri agar tidak berpaling ke jalan gelap iaitu kehidupan yang sangat biasa dengan diri kita.


Monday, June 21, 2010

Serabut + Lepak

Menganggur ni membuat jiwa jadi kacau juga ye.

Walaupun dalam duduk goyang kaki di rumah, tangan ligat mencari kerja kosong.

Bila serabut macam ni, aku memang kehilangan mood dan aura nak posting kat blog ni.

Friday, June 18, 2010

Happy Birthday Manusia Aneh

Dah 23 tahun. Tahniah kat ma sebab dah besarkan manusia aneh ni selama 23 tahun.

Monday, June 14, 2010

Main masak-masak ok jugak

Tapi masakan aku selalu rasa macam kuali je.

Einstein pun buat kaedah cuba jaya. ye dak?

------

Sekali tak reti nak hidupkan api oven. Cet.
Orang-orang tua kata tak elok bermanja dengan api serta gas kan?
Ah aku terpaksa postpone main masak-masak.

Friday, June 11, 2010

Inche Malang vs Inche Untung-ii

.....

Tetapi kemudian kamu harus pulang menyelesaikan masalah kamu.

Semakin jauh kamu lari, masalah yang kamu bawa pasti lebih banyak.

Sampai saatnya, kamu tidak terdaya membawa beban masalah kamu sambil berlari.

Saat itu kamu sudah kepenatan terduduk jatuh bersama bebanan masalah-masalah kamu yang lampau mahupun yang terkini lagi sensasi (baiklah, itu aku mengarut).


Jika kamu mahu juga sampai saat kamu kepenatan itu, maka aku berdoa agar kamu terus di beri kekuatan untuk kamu berlari jika kamu mahu.

Tetapi sampai bila kita mahu berlari?
Dunia ini kecil, kamu pernah dengar itu?
Takdir tanpa di sangka-sangka menemukan kita, walaupun kita tak mahu.


to be continued...

Thursday, June 10, 2010

Berasap sebentar

Lesap. aku sambung kemudian.

Ok..entry ni aku redo sebab entry pertama lesap lepas aku nak tukar font tapi aku tertekan button ENTER dan aku makin tertekan sekarang sebab si Ita dan Lily yang nak on YM malam ni tetiba belum mandi & aku sorang-sorang. CANTEK.

So dengan malas hati, aku redo entry yang aku dah terlesapkan. FINE.

Sebenarnya entry ini. Ah, aku sambung kemudian. Azan isya' pula. Nak tengok cerita korea Brilliant Legacy pula. Jadual aku padat menjelang malam.

Inche Malang vs Inche Untung-i


Pertama~

Kecundang akibat kedunguan diri sendiri. Setelah berlari mengejar sampai semput, akhirnya terlepas juga.
Akhirnya menanggung derita, makan hati bertahun.

Kedua~
Tersungkur juga akibat kedunguan diri sendiri untuk melarikan diri dari episod derita bertahun. Tapi bila larian tu memang tak mantap dan tak ada latihan, akhirnya aku jatuh tergolek juga. Maka ianya terhenti di situ. Bon Voyage.

Pengalaman kedua benar-benar mengajar bahawa masalah itu bukan untuk di abaikan, masalah itu muncul bukan untuk kita melarikan diri.
Masalah itu bukan untuk test stamina tahap lari semantap Mumtaz Jaafar atau tidak. Bukan.
Masalah dan ujian itu muncul untuk kita hadapi, untuk kita atasi, agar kita jadi kuat. Agar kita tidak terus memperbodohkan diri sendiri dengan kelemahan sendiri. Kelemahan itu untuk kita perbaiki, bukan untuk kita menyalahkan diri sendiri kerana kelemahan itu.

Jika mahu melarikan diri untuk mencari diri dan kedamaian, maka lari lah sebentar.


to be continued...

Tuesday, June 8, 2010

Target

Dear my beloved friends,
I love all of you..

Dedikasi untuk :
Lily Nazirah,
Syafiqa Zainuddin,
Nadiah Sulaiman,
Masita Laronda,
Nadhirah Murad,
Raizatul Shima,
Sri Murti,
Noor Baizura,
Nurul Zawiyah.

Kita pernah rasa sakit tersungkur,
kita pernah rasa sakitnya di kecewakan,
kita menangis bersama,
kita berkongsi suka duka bersama,
kita gelak bersama dalam tangis hiba.
kita juga banyak kisah gembira bersama!

Mari ketepikan kisah sedih kita,
Kita akan buka balik kisah sedih kita apabila kita semua sudah bahagia.
Jom kita buat target baru :

1. We're gonna be prettier.

2. We're gonna love more.

3. We're gonna travel a lot.

4. Don't be hurt and cry less than the past time.


Sunday, June 6, 2010

Tabiat

Aku paling boring bila ada orang tanya aku dah makan ke belum.
tapi bukan semua orang.
Aku pun tak pasti.
Kalau orang tanya soalan tu aku rasa macam tak lalu nak makan terus. Fed up.
Mungkin ada kenangan di situ.
Ah malas aku nak membebel panjang lebar pasal tabiat ni.

Friday, June 4, 2010

Fesbuk Durjana

"Aku rasa aku nak delete la akaun fesbuk aku ni" tanya aku kepada Syafiqa Zainuddin atau dikenali sebgai Pqa di ruang Yahoo Messenger.

Tapi Pqa tak reply, so aku enjoy berfesbuk lagi...

Petang tadi Pqa reply : "Mira.sory aku bz. jgn delete. tp deactive kn"

Aku dapat jawapan yang bernas lagi tuntas dari kawan sekuliah aku dulu.

Dengan langkah gagah lagi tegar aku duduk atas katil, ngadap notebook kaler merah berlambang Lenovo, berkeyboard kaler putih. Lalu aku mencapai inche tetikus berkaler merah match dengan notebook, aku log in akaun fesbuk Akiddo punya dulu. Dengan satu nafas aku berjaya deactive kan akaun fesbuk tersebut. Bon Voyage disitu.

Tangan masih menggengam Inche Tetikus lagi. Log in pula akaun fesbuk lagi satu (Ya. aku ada dua akaun, korang nak kata aku tamak haloba itu terpulang) kali ini aku jenguk-jenguk dulu apa yang patut sebelum Bon Voyage, dalam 10 nafas juga la, aku membawa Inche Tetikus menuju ke button deactive. Sayonara + Adios di situ.

Kesimpulannya, aku telah deactive kan kedua-dua akaun fesbuk aku dengan pilihan alasan "I leave for temporary, I'll back"- aku saja nak ambil hati Mark Zukbek tu. Orang Melayu kan kaya dengan budaya sopan santun.

Sebab utamanya bukanlah kerana aku pemboikot tegar barangan Yahudi sebab aku bimbang jika dalam diam dan tak sedar aku telah menggunakan barang dari kaum jahanam itu, tapi setelah aku merasa fesbuk ni memang banyak la juga memporak perandakan hidup aku, maka aku rasa, barang yang tidak elok, elok sangat la di buang...tapi bukan semua tak elok...fesbuk ni juga ada bantu aku...tapi buat masa ni fesbuk belum menjadi lagi keperluan seperti handphone atau iPhone. Maka lagi afdhal aku ketepikan je dulu komitmen yang memberatkan minda aku.

Fesbuk memang macam dah jadi komitmen, sebab bila aku deactive tu, aku rasa macam hilang je suku beban kat otak. Sejak bila la fesbuk jadi komitmen kat aku ni?! cet!

Tapi kalau ada keperluan mendesak contohnya macam ni :
"Notis dari HR dah keluar, mesti ada akaun Facebook katanya, kalau tak gaji kena tahan", maka masa itu dengan longlai aku kena active kan akaun fesbuk.

Itu hanya contoh...atau masa itu fesbuk dah jadi keperluan macam iPhone atau telefon tangan atau telefon bimbit, maka aku akan active kan balik.

Mungkin lepas ni JCorp ada cita-cita nak kuasai Facebook?

Thursday, June 3, 2010

Addicted


lama tak makan dark coklat,


rasa macam nak order dark coklat sepapan kat Tesco.


Sepapan je cukup la.

Sudah

Aku tak mahu,
Penat aku menunggu kamu,

sambil makan cendol,

kamu juga tak muncul-muncul.


Aku tak mahu,
ingati bayang kamu,
memijak kasut dan selipar,

sampai lunyai bertebar.

Tapi sampai bila?

Berdiam tak tahu punca?

kawan jadi orang asing,
kawan jadi terasing.

kawan sehati yang hilang.

Wednesday, June 2, 2010

Suka


Kau hendak mendengar semuanya,


apabila kau sudah tahu,


kau hendak menafikan semuanya.


Aneh.


kenapa kau hendak tahu semuanya,

walhal kau sebenarnya tidak mahu menerima kebenaran yang berlaku walau sebesar zarah pun?


Aneh.

Tuesday, June 1, 2010

Seminar

Lepas graduate :

"Wey, jom cari keje"

"Aku melepak je duduk umah"

"Aku keje kat Company A"

"Jom pegi program B, bagus ni"

"Aku dah pegi interview tapi tak sukses"


Setahun lepas graduate yakni fasa bina kerjaya & isi rumah :

"Tak best keje, rindu zaman study"

"Tak de life dowh, bila aku nak cari calon macam ni"

"Kawan aku nak kawen ni"

"Aku nak sambung master la"

"Jom pegi kursus kawen la"

"Pak cik tu kate jodoh tak boleh tunggu je, kena cari"
(dialog diatas aku dedikasi kan untuk pak cik tanpa nama tu Awie)

"Ko tak nak kawen ke?"

"Ko bila nak kawen?"

"Boyfriend sehat?"

"Exam SPA bila nak lulus ni?!"

"Babe, Lepak jom! Bersuka ria!"

"Bila nak pegi bercuti ni, tensi sama keje ni"

Sekarang memang tengah sibuk pasal kahwin sana sini, yang sibuk kursus kahwin pun ada. Yang pasti, masa raya pasti akan kedengaran antara pertanyaan-pertanyaan diatas. Maklum la, aku belum 25 tahun lagi. Kawan-kawan, maka korang relax-relax je jawab pertanyaan mereka dengan hati yang tabah...Tapi aku sekarang sibuk cari Kursus Asas Fotografi Digital, Kelas Seni Lukis, Kelas Piano, Kelas Renang Berirama dan tak lupa juga Kelas Ngaji Muqadam.

Mungkin aku juga akan cuba cari Kelas Memanah atau Kelas Menembak. Mungkin.

atau kelas tanam bonzai? Ayong, Banzai aku tau la!