Di sebabkan sudah lama tidak menghadiri aktiviti sosial bersama teman teman, aku bergegas bersiap menuju ke Menara Kastam, Larkin iaitu rumah Nadiah. Seperti biasa, orang jauh yang sampai dulu kemudian Nutz, Capiqa dan adik dia pun sampai.
Adik budak Kajang
Rancangan awal hendak lepak di Danga tapi kemudiannya bertukar tempat di Restoran Melayu Village. Sesi sembang sembang kami berputar soal peperiksaan Nadiah sebagai remiser, hal hati dan perasaan, hal Cik Lily sikit, hal Piala Malaysia semalam, hal filem filem terkini dan rancangan nak pergi ke majlis perkahwinan pensyarah kami-En. Syamsul serta coursemate kami-Maslinda di Muar.