Sunday, May 8, 2011

Tolong Saya?

"Ramai yang datang berjumpa saya mengadu hidup mereka tidak gembira."

Kenapa pula?


"Kerana, satu perkara yang pasti ialah budaya kita yang membuatkan masyarakat berasa tidak selesa. Kita mendidik perkara yang salah. Dan kamu perlu ada kekuatan bagi menyatakan jika budaya itu tidak sesuai, jangan terima. Wujudkan dan ciptakan budaya kamu sendiri. Ramai yang tidak sanggup berbuat demikian. Jadi mereka lebih tidak gembira berbanding saya walaupun saya dalam keadaan begini."
Selasa bersama Morrie, muka surat 38.
---------------------------------------------------------------------------
Ok la, petikan di atas ni aku tak berapa faham sangat pun. Baca ulang-ulang banyak kali pun aku tak faham. Sudahnya pembacaan mati di situ, tutup buku, terus tidur. Harap dapat ilham dalam mimpi.

Tuesday, May 3, 2011

Saya masih geram..

Maka saya ignore text dari dia,
mungkin sehingga wujud kata maaf,
saya 'orang bercuti setiap hari',
Mode: Kecil hati

Monday, May 2, 2011

Ekspresi 1 dan 2

Ekspresi 1
"Of course people are different,
but isn't living with someone..
recognizing those differences little by little...
and accepting them, and sharing them?
That's what becoming couple is.
And then becoming a family."
My.Dar.i.a.For10
-----------------------------------------------------------------------

Ekspresi 2
"Selamat bercuti walau hr2 cuti. Hehe" What the heck? Is it so great that you're working everyday with full of negative stress? Until you didn't have a time to take of yourself? Get a life man! What a lame joke.
Mood : Annoyed







And who cares if I like him. Heh!

Wednesday, April 27, 2011

Hey Song!

"All this time, standing in the space between life and death,
you was having such a hard time."
"What can I do for you?"

Passing her on the road, stop the car.
Walking towards her.
Giving hug to her,
Sorry I can't help you,
Sorry I just watching your falling tears.
49D.E12

Monday, April 25, 2011

Nah Suprise!



Tapi tak samalah macam Lee Hongki tu, zip-up hoodie je.
Kalau tak berkenan, pergi lah bagi siapa-siapa, ok?

Sunday, April 24, 2011

Cermin Mata

Saya hanya memandang dia,
pandang dia dari jauh,
ketika dia senyum,
mereka di sekeliling dia turut bergurau senda,
saya hanya memandang dia,
sambil duduk diam-diam.

Saya hanya memandang dia dari jauh,
saat dia ketawa 'kah kah kah',mereka di sekeliling dia sama berdekah,
saya yang rabun jauh,
hanya membaca diam-diam, jauh-jauh.


Saya hanya memandang dia,
saat dia murung nestapa,
mereka di sekeliling dia menumpang duka,
mereka di sekeliling dia ada menambah api bara,
ada memanjat doa sejahtera,
bersama untaian mutiara kata,
Saya?
Oh, saya sibuk melayan karenah anak saudara,
sambil berdiri jauh memandang dia.

Saya hanya memandang dia,
saat dia menangis hiba,
lalui masa-masa getir kerjaya,
lalui masa getir rindukan cinta Pencipta,
memandang orang di sekeliling dia,
tidak putus mengumpul kata-kata,
harap muka kusam sang dia,
bercahaya semula.

Saya?
Oh, macam biasa..
Berdiri tegak, tiada daya,
duduk berteleku sambil minum air kelapa,
terus diam dan memandang dia.

22:12/24/04/2011



Tuesday, April 5, 2011

Mari bawaku pulang.

Lalui zaman 'jahiliah'
walau tertera Islam di muka,
kembali rindu pada wajah suci,
luka perangkap silam masih merah,
lebam-lebam kelihatan,
pembalut luka terpampang terang,
blogger-emoticon.blogspot.com
rindu pulang melambai-lambai,
sempat kali mencicip cinta Dia,
sempat kali sebelum menghadap Dia,
sempat kali ketika sang Pencipta memanggil.

Mahu tunggu sampai bila?
Ketika nyawa ditarik-tarik?
Ketika baginda Nabi turun dari langit?
Ketika bersiap menemui Tanah Haram?
atau mahu tunggu seru?
kalau seru itu adalah ajal,
lalu bagaimana?
Lalu, mari lekas pulang wahai hati.
Saat rindu itu masih ada.

Semakin jauh pada DIA, semakin rindu,
seperti 'hubby & wifey' gamaknya,
eh..eh..betul ke?

blogger-emoticon.blogspot.com


Merepek di kala memandu.

Saturday, April 2, 2011

April Fool

Today I was confessing about my Istikharah with my ELDER sister. But I think I just picked the wrong terms, I could've been using term “ACCEPTING OR NOT” instead talking silly about marriage and its turned out to be “WHEN I'LL BE MARRY HIM”. Following my guts actually the best idea EVER because confessing with people are the MOST DIFFICULT TASK for me at least for now.

The 'terms mistake' just not ended there, right after that the LOOONG TALKS from that ELDER starting and I can’t just stop the car to take another vehicle blogger-emoticon.blogspot.com. If you don’t know, it will takes FOREVER to stop the talks by my ELDER sister. One second just like an hour. =.="



Now I’m not in mood to talk about marriage tingy until my mood back in shape. Lucky you man. blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, March 28, 2011

Mana-mana..

Apabila virus masalah sosial di kalangan masyarakat kita semakin menjadi-jadi,
seolah olah tiada penawarnya,
kita yang masing masing punya taraf pendidikan yang lebih baik
walhal ada yang menuntut ilmu hingga ke luar negara,
maka mana peranan kita?

Apabila masing masing sibuk bertelagah menyalahkan si polan itu dan ini,
saat ini, masyarakat kita meraung menangis sakit jiwa.
Aduhai kita...
blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, March 18, 2011

Termalu

Sampai di UTM Razak School lebih kurang jam 6.30 petang, di depan pondok pengawal sementara menguruskan hal penginapan pak cik jaga tu pun tanya dari mana.

"Dari Ipoh"

"Dari Ipoh sorang sorang? Pukul berapa gerak?"

"A'ah, sorang je, dalam jam 3.40 petang, tu pun ada tersesat juga."

"Dari Ipoh la paling senang jalannya nak ke sini (UTM)"
Ok, aku dah terdiam.blogger-emoticon.blogspot.com
Kes termalu pertama- sesat barat.

Selepas dah selesai hal hal bilik, angkut beg beg dan cari bilik.

Sampai di pintu utama, tolak tolak pintu tapi tak boleh, cuba cari pintu lain. Sebelum aku sempat nak pergi ke pondok pengawal, pak cik jaga tu dah perasan aku tak boleh nak buka pintu utama, dari jauh dia suruh guna 'get pass' yang ada pada kunci bilik.
Kes termalu kedua.blogger-emoticon.blogspot.com

Dah lepas pintu utama, aku cuba cari lif pula, habis juga pusing satu bangunan tu tapi tak jumpa jumpa, malah ada seorang lagi tetamu asing tiba tiba tanya aku mana nak pegi bilik kawan dia. Ah sudah...aku sendiri tak jumpa tangga atau lif. Sekali lagi pak cik jaga datang menegur dan menunjukkan pintu tangga ke atas hanya di sebelah aku je...
Kes termalu ketiga.
blogger-emoticon.blogspot.com

Setelah berpenat lelah tersesat di jalanraya dan tawaf keliling bangunan, akhirnya sampai juga di bilik...

blogger-emoticon.blogspot.com

Sekian. Abg Jiji tonte, GPS please..!