2 Jun 2010 (Rabu) - 10.35pm
Jangan bimbang, aku bukan nak cerita pasal pengalaman aku pasal bisnes sihir-sihir ni.
Tengah aku sibuk-sibuk baca blog Blues Orang Jelebu sambil jeling-jeling kotak televisyen di sebelah, masa tu aku belum pasti lagi rancangan apa sedang berkumandang di kotak televisyen. Yang aku tahu dari pemerhatian awal pasal bisnes sihir-sihir ni.
Telinga kanan aku sempat menangkap la perbualan salah sorang ahli keluarga yang di sihir iaitu bapa kepada mangsa. Telinga kiri aku dengar bunyi orang sebelah rumah merayakan hari gawai? tak pasti.
Perbualan dengan bapa mangsa dah buat aku ragu-ragu dengan pemerhatian awal aku yang dah rasa nak fail hipotesisnya. Perbualan dengan bapa mangsa dah macam kisah pasal pendidikan pula sebab bapa dia kata lebih kurang macam ni situasinya (maaf aku tak hafal percakapan bapanya dari awal) : pada suatu hari anak dia tiba-tiba boleh pandai cakap Thailand yang sebelum ni dia tak tahu pula anak dia ada belajar bahasa Siam ni, masa tu aku dengar nada bapa dia cakap macam takjub + bangga bila anak dia boleh cakap bahasa Siam tak sampai 1 jam sambil bapanya berkata lebih kurang :
"saya ingat hebat juga guru yang ajar bahasa Siam dekat anak saya ni, masuk kelas tuisyen pun kalah ni, tak ada sampai 1 jam dah fasih bahasa Siam", aku dah ragu-ragu di situ, maka aku fokuskan kedua-dua telinga aku pada kotak televisyen, masa tu aku tak tahu la nak gelak atau kesian sebab aku tengok rupa bapa dia dah selamba macam nak masuk rancangan Raja Lawak, tapi bila turn mak mangsa cakap dah sambil nangis-nangis, aku kembali pada ingatan dan hipotesis asal bahawa itu adalah rancangan Mistik bukan Raja Lawak. Rancangan Mistik ni kisah pasal orang-orang yang di sihir ye, bukan program pendidikan bahasa Siam.
Baiklah. Sambung baca blog.
p/s: hari ni hari pertama kerja dan aku tersengih-sengih.
New Age
11 years ago
No comments:
Post a Comment