Thursday, August 19, 2010

Misteri sesebuah keputusan

Selesai rakaat ke-8 macam biasa la...aku serta majoriti jemaah yang lain menderu keluar menuju ke kereta, rumah atau destinasi masing-masing. Tiadalah luar biasa sangat kejadian malam semalam hanya apabila menjejak kaki keluar di perkarangan masjid ternampak la beberapa buah kereta parking betul betul di hadapan main gate masjid.

Mungkin ada beberapa jemaah yang lain agak meradang dan tak kurang juga yang berasa kasihan dengan kereta atau tuan punya kereta tersebut. Kasihan kepada tuan punya kereta kerana mungkin semasa di Akademi Pengajian Memandu, cikgu tersebut tidak mendedahkan perihal parking dan tapak parking, kasihan kepada kereta tersebut kerana mendapat tuan yang sebegitu rupa.

Walaubagaimanapun hal tersebut tidak lah terlalu luar biasa sangat. Aku menuju ke kereta seperti biasa dan memandu pulang. Anas yang ikut serta juga tiada komen apa-apa mengenai kejadian parking kereta di main gate masjid.

Kemungkinan kami berdua berkira-kira juga, tuan punya kereta menyedari terdapat pintu besar yang lain di bahagian lain masjid tersebut yang kami tidak pernah tahu wujud atau tidak. Mungkin.

Justeru kami berdua pulang ke rumah, tidak lama kemudian seorang makhluk bernama manusia pulang juga yang tak payah la aku menyebut namanya, yang penting makhluk bernama manusia tersebut barang menumpang teduh sebentar di teratak indah kami sekeluarga...

Manusia tersebut dangan lancarnya menceritakan kejadian yang tidak luar biasa yang aku sudah ceritakan di atas kepada seisi rumah yang hanya ada aku dan ummy (Anas berada di bilik dan ayah masih di masjid). Dengan tanpa was-was juga manusia tersebut membuat kenyataan bahawa tuan punya kereta membuat keputusan tanpa menggunakan akal serta otak dengan meletakkan kereta betul betul di hadapan main gate masjid sehingga kenderaan-kenderaan yang berada di dalam kawasan masjid tidak boleh keluar.

Manusia itu juga menambah; harap saje belajar tinggi-tinggi tapi tak boleh guna otak.

Hurmmm...aku terkesima sebentar mendengar ucapan manusia tersebut (sebab aku juga selalu membuat sesuatu perkara dengan cara 'ikut-suka-aku' dan mengenepikan undang-undang manusia).

Sekali lagi aku bertanya diri sendiri dan orang lain,sepanjang hidup kita, adakah setiap keputusan yang kita ambil, kita gunakan otak dan akal? Untuk aku, kekadang aku juga mengambil keputusan hanya berdasarkan ilham suka-suka aku. Kalau semua orang mengambil keputusan dengan menggunakan otak dan akal, agak-agak masalah jenayah ni wujud ke tak?

Ah, aku tak taw. Korang jawab sendiri.



No comments:

Post a Comment