Wednesday, January 5, 2011

Zaman Kanak-Kanak Kami.

Hari ni aku terasa rajin nak bersembang tentang hal hal zaman kanak kanak dengan seorang member di ofis.

Antaranya kami bercerita tentang ketakutan untuk ke bilik air menjelang waktu malam semasa di kampung (sebab tandas ada di luar rumah), kesukaran membuang air besar (yang ni aku malas nak cerita, bila ingat balik memang boleh bawa ke nangis, kepada adik beradik aku yang mengalami nasib yang sama, korang boleh jadi kan hal ni bed time story untuk anak anak) dan tragedi mandi di perigi apabila kemahiran menimba air tak cukup mendalam.

Ya...bila aku fikir balik perbualan kami, kami mengalami nasib yang sama..pernah mengalami zaman kesusahan ketika mahu mandi dan hal hal berkaitan bilik air ketika waktu kecil...ya...tak lah sesukar mana kan...aku nak bagitahu je ni...member se'ofis' aku tu lebih tua 10 tahun dari aku, tapi aku masih sempat merasai zaman kanak-kanak yang sama dengan dia..entah kenapa aku rasa pelik..sepatutnya tak pelikkan? Haish..

-------------------------------------------------------
Oh ya, aku baru teringat, kalau ada siapa-siapa yang mengatakan Anas adalah seorang yang kacak, bila mereka tahu apa yang Anas sudah buat masa zaman tak matangnya, persepsi mereka tentu berubah serta merta, ataupun mereka akan berkata: "Ok, itu tak comel lansung", ataupun begini "Kau faham tak maksud kacak?! itu tak kacak lansung!".

1 comment:

  1. buat apa ek?lupa lak...huhu

    [tak yah la bagitau kat sini..jatuh saham yang tengah mencanak naik ni..keh keh keh]

    ReplyDelete