Ok, hari ni mungkin ramai bercerita pasal Valentine's Day. Maaf, untuk hari ini aku tiada apa apa input dan pengalaman untuk isu itu, malah aku terlupa bahawa 14 Februari di kaitkan dengan Valentine's Day. Nak input menarik tetang isu itu? Boleh refer ini.
Untuk 14 Februari 2011, ini cerita tentang Aku dan Siren.
Alkisahnya, pada suatu petang yang terang dengan cahaya matahari yang memancar gagah, dalam perjalanan pulang dari mencari rezeki, aku berhenti dengan sang kancil di tanda merah. Aku tambat elok elok sang kancil betul betul di tepi kalau kalau mana mana sang gajah nak lalu senang sikit nak lalu kan?
Sambil tunggu tanda merah bertukar kepada hijau tidak semenena mena terdengar bunyi siren yang amat dekat. Setelah di amati bunyi siren apakah itu, yang pasti bukan siren dari kenderaan palang merah, tapi nak menyedapkan hati juga aku pandang ke kanan, tiada tanda tanda kenderaan bersiren yang akan muncul. Aku pandang ke kiri, tiadalah juga kenderaan bersiren yang muncul namun siren masih lagi berkumandang. Ok chill..chill..tak ada apa apa..mungkin alarm dari kedai yang kena rompak.
Sesaat kemudian, kenderaan di belakang aku pula membunyikan hon, aku memandang semula ketempat tanda merah masih belum bertukar warna, maka aku pandang semula pakcik di belakang dengan memandang cermin sisi kancil sambil berkerut, pakcik tersebut masih membunyikan hon sambil tangannya menyuruh aku ke kanan ataupun turun dari kereta.
Ok, masa ni aku dah cuak dan tak sedap duduk, di sebabkan keadaan jalan yang berbukit, aku menyangka mungkin kereta aku terundur kebelakang semasa aku asyik bermain dengan pedal minyak, tapi tak ada la pula tanda tanda pelanggaran. Demi nak menyedapkan hati aku bergerak kedepan sedikit. Kalau nak suruh aku ke kanan lagi memang tak patut..tak kan nak suruh aku berhenti atas pembahagi jalan pula kan? Tapi pakcik tersebut masih lagi membunyikan hon, maka aku pula menambah kerutan di dahi dengan harapan pakcik tu faham bahawa aku tak faham apa yang pakcik tu nak. Korang faham tak ni?
Aku pandang ke kiri semula, aku tengok pemandu sebelah rilek rilek je, pandang depan, belum tukar warna hijau lagi, pandang cermin sisi, pakcik belakang masih keluarkan bunyi hon dan melambai lambai tangan. Saat ni aku doa cepatla bertukar ke warna hijau sambil siap siap masuk gear 2. 5 saat kemudian akhirnya tanda merah bertukar kepada hijau, aku terus pecut. Ya...aku pecut..memang sejurus aku tekan minyak, aku dah nampak dah....aku nampak dah mana datang bunyi siren tu...bunyi siren tu datang dari belakang kenderaan pakcik yang lambai lambai tadi...aku nampak dah lampu biru merah bernyala nyala...ya...aku nampak dah kereta biru putih itu dengan cermin pandang belakang...
-------------------------------------------------------
Sumpah pakcik polis! Saya tak nampak!
New Age
11 years ago
No comments:
Post a Comment