Saturday, July 16, 2011

Pretty Little Liar

"Because I gave space so much to him, then he leave me for another women", Ashley Marin- Pretty Little Liar.

Ianya punya persamaan sedikit, apabila saya berdiam diri & cuba untuk memberikan ruang kepada lelaki itu kerana kesibukan kerjayanya akhirnya dalam kesibukan itu, dia telah berubah hati.

Ok, itu biasa. Semua orang sedia maklum bahawa hati manusia berubah-ubah, tiada apa yang kekal melainkan jika seseorang itu menjaga hati dia dengan menjaga pandangan, pergaulan dan percakapan dan yang paling penting dengan kehendak Dia Yang Memegang Hati-Hati Manusia.

Maka, saya cuba memahaminya dengan baik bahawa itu adalah sebahagian dari sifat manusia termasuk diri saya sendiri. Apa yang saya mahu dari lelaki itu ialah belajar memahami juga hati sendiri dan hati manusia lain. Belajar meminta maaf setelah kamu tersilap memberikan harapan dan janji kepada manusia lain. Sebab manusia itu juga punya hati yang sama seperti kamu.

Berdiam diri setelah menerima jawapan bukanlah cara menyelesaikan masalah, tapi cuma melarikan diri dari silap sendiri seperti anak-anak kecil. Malah anak-anak kecil sekarang juga sudah pandai meminta maaf tanpa di suruh, inikan kamu lelaki dewasa dan wanita-wanita cantik di luar sana (dan ok, termasuk saya. Ehem!)

Maka, pengajaran dari semalam :
- Mari belajar mengenal hati sendiri.
- Mari belajar untuk jujur kepada diri sendiri dan orang lain.
- Sedar yang hati manusia ini bukan di perbuat dari besi atau batu.

Apalagi? tu jelah.
Merepek di hari minggu.
Durian! Oh! Durian!

No comments:

Post a Comment