Thursday, August 19, 2010

Misteri sesebuah keputusan

Selesai rakaat ke-8 macam biasa la...aku serta majoriti jemaah yang lain menderu keluar menuju ke kereta, rumah atau destinasi masing-masing. Tiadalah luar biasa sangat kejadian malam semalam hanya apabila menjejak kaki keluar di perkarangan masjid ternampak la beberapa buah kereta parking betul betul di hadapan main gate masjid.

Mungkin ada beberapa jemaah yang lain agak meradang dan tak kurang juga yang berasa kasihan dengan kereta atau tuan punya kereta tersebut. Kasihan kepada tuan punya kereta kerana mungkin semasa di Akademi Pengajian Memandu, cikgu tersebut tidak mendedahkan perihal parking dan tapak parking, kasihan kepada kereta tersebut kerana mendapat tuan yang sebegitu rupa.

Walaubagaimanapun hal tersebut tidak lah terlalu luar biasa sangat. Aku menuju ke kereta seperti biasa dan memandu pulang. Anas yang ikut serta juga tiada komen apa-apa mengenai kejadian parking kereta di main gate masjid.

Kemungkinan kami berdua berkira-kira juga, tuan punya kereta menyedari terdapat pintu besar yang lain di bahagian lain masjid tersebut yang kami tidak pernah tahu wujud atau tidak. Mungkin.

Justeru kami berdua pulang ke rumah, tidak lama kemudian seorang makhluk bernama manusia pulang juga yang tak payah la aku menyebut namanya, yang penting makhluk bernama manusia tersebut barang menumpang teduh sebentar di teratak indah kami sekeluarga...

Manusia tersebut dangan lancarnya menceritakan kejadian yang tidak luar biasa yang aku sudah ceritakan di atas kepada seisi rumah yang hanya ada aku dan ummy (Anas berada di bilik dan ayah masih di masjid). Dengan tanpa was-was juga manusia tersebut membuat kenyataan bahawa tuan punya kereta membuat keputusan tanpa menggunakan akal serta otak dengan meletakkan kereta betul betul di hadapan main gate masjid sehingga kenderaan-kenderaan yang berada di dalam kawasan masjid tidak boleh keluar.

Manusia itu juga menambah; harap saje belajar tinggi-tinggi tapi tak boleh guna otak.

Hurmmm...aku terkesima sebentar mendengar ucapan manusia tersebut (sebab aku juga selalu membuat sesuatu perkara dengan cara 'ikut-suka-aku' dan mengenepikan undang-undang manusia).

Sekali lagi aku bertanya diri sendiri dan orang lain,sepanjang hidup kita, adakah setiap keputusan yang kita ambil, kita gunakan otak dan akal? Untuk aku, kekadang aku juga mengambil keputusan hanya berdasarkan ilham suka-suka aku. Kalau semua orang mengambil keputusan dengan menggunakan otak dan akal, agak-agak masalah jenayah ni wujud ke tak?

Ah, aku tak taw. Korang jawab sendiri.



Friday, August 13, 2010

Azam ramadhan 1431H-Tepat jam 5,punch card

Bos menjerit panggil mendayu-dayu pun aku dah tak pandang kiri kanan.
Berdesap turun tangga, start enjin kereta, reverse lebih kurang, drive dengan jitu.
Bazar-bazar ramadhan pun tak dapat nak gugahkan azam aku untuk sampai ke rumah dengan cepat.

Cuma...bab sesak kat highway je aku tak dapat nak tolak tepi.
Bab air tahu Anas pun aku buat-buat layan separa mahu.

Sunday, August 8, 2010

Perbincangan hati dan fikiran yang serius di hujung minggu.

Entah kenapa aku boleh nak terfikir hal-hal yang berat sebegini pada hari Ahad yang satu-satunya hari cuti aku. Berfikir hal-hal yang mencabar minda sebegini membuatkan tenaga aku cepat habis dan tetamu kelaparan akan muncul. Sama lapar macam aku buat proses kira-kira di office.

Entah kenapa aku terfikir akan nasib staf-staf di office. Isu ini aku sengaja timbulkan apabila membandingkan rakan-rakan yang berada di sekeliling aku, dan orang-orang yang berada di sekeliling adik beradik aku yang lain. Berbeda sungguh ku rasa.

Maka aku terfikir, nasib aku lebih untung dari mereka kerana takdir Tuhan mendudukkan aku di dalam keluarga yang baik-baik dan sedang-sedang. Rakan-rakan seangkatan serta sedewan kuliah dan exam yang InsyaAllah cukup solatnya dan berpuasa di bulan Ramadhan serta tidak curi-curi minum air semasa mandi walaupun perut masing-masing dah serupa hantu raya.

Proses pembelajaran aku juga tidak tergendala (ah sedikit tergendala sebentar sekarang kerana kerja menghalangi) dek kerana masalah keluarga yang kucar kacir. Alhamdulillah.

Lalu aku terfikir bagaimana dengan nasib staf-staf di office ku. Mereka masih muda, tapi ujian hidup sangat berat (pada aku).

Dalam ruang hidup mereka, peratus untuk berjumpa atau terserempak atau berkenalan dengan golongan ilmuan ini sangat tipis. Sudahla di buang keluarga, ketua keluarga sendiri tanpa arah, kawan di sekeliling juga hanya biasa-biasa, yang di kira tuang solat itu perkara biasa. Ramadhan menjengah itu sama seperti menjengahnya bulan Januari, Febuari, Mac dan seumpanya. Tiada beza untuk mereka. Hidup sekadar biasa-biasa dan untuk hidup hanya untuk hidup (hurm..).

Ok, sebelum aku panjang lebar dan mengeluarkan bunga-bunga sastera yang tak patut. Ni aku nak tanya pada diri sendiri dan orang lain, mana graduan-graduan ilmuan yang lain? Bila nak turun padang berkenalan dengan sisi gelap dari hidup masyarakat kita ni? Tiap-tiap tahun aku tengok ramai je yang berkonvo, tapi tiap-tiap hari pun ada kes buang bayi + anak luar nikah, ni kira tanggungjawab siapa?

Aku, Kamu, Kita dan Mereka.

Dah cukup perut aku ni memekak. Makanan dah sejuk.

Friday, August 6, 2010

Status YM 2 Hari Lepas: "Sumpah aku sdey tengok lily dah sampai ngigau2 claim diri sendiri fiance ozil. Piqa jom jupe bomoh Pak Kirin"

Status YM hari ini :
"Jadi posmen on9 lily ni boleh tahan payah dan busy juga"

Piqa, jom add Fariq kat Fesbuk. Aku sudah.

Cerita 3 hari lepas.
Lokasi : Kuantan (Sempadan Kuantan-Terengganu), Marang dan Kuala Terengganu dan kawasan setempat apabila berlari-lari anak serta lari setempat.

Berada di Terengganu, jumpa hamba-hamba Allah yang tenang wajahnya, aku sudah berazam serta beriltizam untuk cari partner yang baik serta berwajah tenang-tenang serta ayu-ayu. Pengalaman drive seorang diri Terengganu-JB tak payah kata la. Ujian nak jadi superwoman memang macam tu. Tu baru ujian tahap 1, kalau tak lepas tak payah berangan nak berlakon cerita Heroes dengan Peter Petrelli.

Dua hari lepas bila datang office, hadap muka sorang-sorang staf ni semua azam aku masa kat Terengganu dah bersepai berterabur. Spirit nak cari partner muka suci memang dah tak menaik lansung, terus tahap negative.
Masuk office, cepat-cepat naik bilik, gantung tanda ini : "Don't Disturb. I'm On Dating". Masuk bilik, kunci pintu.
Sebelum berazam nak cari partner yang berwajah tenang ayu-ayu serta baik, adalah lebih molek aku cari definisi BAIK dulu.

-------------------------------------------------------------------

Hampir kesemua staf di office aku bermasalah, samada bermasalah mental, keluarga yang hampir nak retak, tunggu nak tolak ke lantai dan bersepai, jati diri serta pembentukan diri yang berubah secara total 360 darjah, tercicir dalam pelajaran, SPM yang bersepai tengah jalan, serta pelbagai lagi rempah ratus kehidupan yang Hot & Spicy.

Dulu masa belum nak matang, aku ada terfikir nak berkenalan dengan atau ingin ada kenalan dengan orang-orang yang bermasalah seperti yang di nyatakan di atas. Kini DIA betul-betul meletakkan aku di kalangan orang-orang yang istimewa itu.

Dulu juga, semasa zaman kanak-kanak yang sangat naif tapi berlagak nak jadi orang dewasa, aku pernah mengimpikan yang aku punya skill memandu yang hebat dan bawa kereta ke sana sini. Dan impian itu juga termakbul.

Sekarang aku tengah tunggu bila rambut aku akan bertukar macam rambut Elvis Presley dan bila aku akan punya kuasa api macam pendekar-pendekar kat dalam citer-citer Indonesia zaman dahulu kala.

Maka kiranya, lebih afdhal jika anda berhati-hati dengan niat dan impian anda semasa kecil-kecil dahulu. Sempat lagi kalau nak doa agar di kansel kan segala wish list anda yang merapu sekarang.


Hmmmph! Bos bagi kamus Tamil-Sanskrit ni nak cerita macam mana?
Lepas ni tak tahu la bila pula akan update blog ni.
-Closing Account for July 2010- Successful-

Thursday, July 22, 2010

Budak Baru lagi

Hari ni ada budak baru lagi masuk, harap bukan untuk sehari, raja sehari jauh sekali.
Kali ni kalau aku nampak aura si Roy nak tanya soalan mengenai jantina, dengan satu nafas aku cepat cepat sumbatkan ayam penyet kat mulut dia siap dengan bonus penerajang.

Banyak keje la wey! Abes la aku kalau sorang-sorang quit!

Saturday, July 17, 2010

Krisis Jantina

Hurmm..aku belum pernah citer dengan detail lagi pasal member-member se-ofis aku kan? Ni..meh aku citer sikit insiden yang berlaku semasa kami lunch beramai-ramai melantak nasi ayam penyet yang ader lauk ayam+burung puyuh+ikan.

Kebetulan pada hari tersebut ada budak praktikal baru masuk, umur baru 18 tahun kot. On the way aku dan Roy beli dan tapau nasi ayam penyet untuk 8 orang makan, si Roy ni bley membebel pasal firasat dia yang tak berapa boleh 'in' dengan budak praktikal, amenda yang dia panas hati dengan budak tu aku tak taw la. Aku dengarkan aje luahan hati member, nak komen lebih-lebih pun firasat aku tengah blank.

Oh..buat pengetahuan korang si Roy ni budak dispatch kat ofis dan dia sangat banyak cakap, penat kalau melayan dia bercakap. Maka aku cuba mempraktikkan ilmu bagaimana hendak menjadi pendengar terbaik semasa di GEMS dengan hanya menjawab secara mengangguk,'aa', 'ye', atau 'hmmm' serta mendengar sepenuh hati. Aku harap trainer aku masa kat GEMS boleh nangis terharu tengok aku cuba mengamalkan ilmu yang beliau turunkan. Si Roy ni juga tidak segan silu bercerita berkenaan hidup dia yang penuh berliku kepada aku dengan lancar dan jitu.

Ok..berbalik pada budak praktikal tu.

Lepas dah siap tapau makanan dan balik ofis, aku, budak praktikal, Kak Sue dan Roy pun makan berjemaah, yang lain ada kerja so kena gilir-gilir makan. Masa tengah makan tu juga Kak Sue tetibe ada hal, so kat bilik pantri tu cuma ada aku, budak praktikal dan Roy.

Roy seperti biasa dengan mulut tak berhenti bercakap walaupun tengah makan meneruskan sesi berkenalan dengan budak praktikal. Aku pula lebih fokus meratah isi burung puyoh. So, aku dengar sipi-sipi je perbualan mereka berdua. Roy tanya rumah budak tu kat ne, tapi budak praktikal tu macam ye tak ye je jawab, aku pula masih main-main dengan burung puyoh. Roy pulak macam gertak nak ikut dia balik rumah sebab nak taw rumah budak tu punya pasal. Aku masih fokus pada nasi dan sambal yang terpercik ke mata. Aku tak berapa dengar apa jawapan budak tu yang menyebabkan soalan seterusnya yang terkeluar dari mulut Roy berbunyi:

"ko ingat aku lelaki ke?"

Time tu aku dah tak fokus pada burung puyoh, mata yang pedih pun aku tolak tepi, aku terus tengok tepat pada muka budak praktikal tu, telinga fokus pada jawapan budak tu. Gaya dan jawapan dari budak praktikal tu membuatkan mata pedih aku dengan mata Roy bertentangan, mulut Roy terdiam nak tahan diri dari gelak, mulut aku terkunci sebab mulut penuh berlaga antara burung puyoh+nasi+gelak.

***
Aku berjaya menelan nasi+isi burung puyoh dengan cemerlang. Selesai segala makanan hadam, aku dan Roy terbarai gelak jugak depan budak tu, tak tapis-tapis dah.

***
Esoknya budak praktikal tu tak datang ofis dah. Aku tak taw kenapa. Adakah sebab malu? Aku tak pasti. Masa briefing pagi tu bos dah tanya mana budak praktikal tu. Aku hanya memandang Roy bahawa aku tak bersalah. Semua salah ko Roy. Kami berdua bersepakat mendiamkan diri.

***
Roy ni nama penuhnya Rohaya. Korang paham-paham je la member aku ni macam mana gayanya. Budak 18 tahun macam tu la kot..ilmu ragam manusia belum khatam lagi sampai terkeliru jantina. Aku bet budak tu pergi menuntut ilmu mengenali jantina dengan lebih mendalam. Lepas ni aku nak try kenakan Sunan, introduce Roy ni kat Sunan. Kalau Sunan panggil abang, memang aku tak ngaku anak sedara. Sebelum aku test kat Sunan, maybe aku test kat Atin dulu kot. Nak taw jugak budak-budak baya adik aku ni dah khatam ilmu pengesanan jantina ke belum sebab seingat aku, masa umur aku 18 tahun, aku tiada kecelaruan dalam mengenalpasti jantina manusia.

***
Dan ye...budak tu memang ingat si Roy ni lelaki. Kat meja si Roy ni ader tergantung 2 teddy bear, kalau dah perempuan tu perempuan jugak! Harap je gaya ganas.

Thursday, July 15, 2010

YES!

Hari ni bos keluar waran suro balik lambat, aku dah start berasap bila jam tepat pukul 5pm sorang-sorang staf memberi ucapan selamat tinggal siap flying kiss and bye bye darling. Diorang ingat aku tak bersiap siaga nak tendang sorang-sorang esok sebab tinggalkan aku berkerja dengan angka-angka. Memang nak kena sorang-sorang ni.

Drive balik rumah tadi pun dengan siap-siap pasang muka garang dengan niat tak de lagi suara phewit-phewit kat tuan punya kereta bernombor plat JKB 30** masa kat traffic light. Lain kali aku kena order pisau rambo tak pun boomerang letak dalam kete siap-siap. Hati kalau tengah panas memang macam tu.

***
Sampai rumah, pasang brek dan kunci kereta beserta gear bagi kemas, aku bergegas menjenguk peti surat. Dan YES! buku brader Fdaus Ahmad-Sembang Kencang sudah sampai. Muka bertukar wajah serta merta, badan terus tak sakit sakit, spirit tak nak keje esok terus menaik. Itu baru sampai buku je, belum baca lagi aku sudah happy.

Harapnya selepas baca momentam happy aku terus melonjak. Sekarang siap-siap mengosongkan minda, angka-angka-GOOD BYE!

Wednesday, July 14, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Terserempak di : http://www.facebook.com/profile.php?id=645368695#!/note.php?note_id=411669814626&id=1081327063&ref=mf

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
________________________________________________________________
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi.

Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.
Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.


Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau.

Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.


2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.


Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.




Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...




Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...



Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

_ _ _ _
Nota Kaki : Artikel ini masih belum pasti kesahihannya. Mungkin ada perbahasan lain dan versi yang berbeza. Maaf itu aku tidak tahu, aku bukan pengkaji sejarah Germany dan Nazi in deep. I just want to share. Selebihnya korang siasat sendiri kalau berminat nak taw.

Sunday, July 11, 2010

Kembali pada dapur.

Ummy jaga cucu,
maka anaknya kena jaga diri sendiri.
Maka, kena masak sendiri balik.
Moral nak keje jadi down.