Thursday, September 9, 2010

BEDEBOR

Hari ini hari Khamis bersamaan 30 Ramadhan.
Hari ini juga aku masih kat office berdebor drive seorang diri balik kampung (nasib balik Layang Layang je, kalau balik Terengganu seorang diri memang haru).
Aku menyempat memasukkan satu entry raya ni sementara tunggu Manusia Aneh ni pegi membuang apa yang tak patut dalam perut (entah dia melantak apa masa buka puasa semalam pun aku tak taw, karang kalau aku tanya, dia kate aku berlakon jadi bini muda dia pula).
Manusia aneh ni senasib dengan aku, cik Lily dan aku pasti ramai lagi masih berada di office walaupun esok nak raya.
Perasaan macam ni memang rasa macam nak kena tendang je.

Kalau ikut sejarah hari raya aku, biasanya hari akhir Ramadhan, aku dah sibuk anyam ketupat, buat kerisik, potong sayur mayur dan akhir sekali pasti la satu rumah di penuhi perfume juadah hari raya. Tak de dah bau bau ambi pur ke apa. Orang kalau tengok iklan ambi pur masa nak raya pun dah tak teruja. Aku rasa kena keluarkan produk aroma rendang, ketupat lodeh masa nak raya. Bagi feel menaik sikit.


Ok. Manusia aneh pun dah settle keje dia. Aku pun kena settle kan entry raya aku ni cepat.

Ok. Selamat hari raya dan bertakbir raya malam ni.
Kalau lu orang nak main mercun, jangan nak bom rumah orang lain pulak.
Lepas tu kalau sape sape nak racing kat highway, tolong jangan nak babitkan kete lain skali.
------------
Result Ramadhan aku rasanya D, kot rendah lagi pun sape yang tahu?
Untuk manusia aneh; blueberry cheese tart & tiket pegi Spain jangan buat buat lupa pula.

No comments:

Post a Comment