Selepas solat sunat aidilfitri.
Seperti kebiasaan, ruang udara, air dan darat di kawasan kampung kehijauan dan sedikit bingit dengan kehadiran kenderaaan anak-anak serta cucu cucu yang pulang dari kota setelah solat sunat Aidilfitri. Sistem pengangkutan yang semakin efisen menyebabkan kawasan kampung semakin maju dengan pokok kehijauan yang tumbuh melata tanpa segan silu. Tidak kurang juga dengan pokok pokok buah buahan seperti kurma, dragon fruit, mempelam dan pelbagai aneka dusun dusun buah buahan juga masak ranum ketika hari perayaan.
Disebabkan sistem pengangkutan yang semakin mantap dan jitu juga, anak anak desa serta cucu cucu kepada anak anak desa tidak perlu pulang awal ke kampung untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di daratan. Sistem pengangkutan telah di bahagikan kemas mengikut laluan udara, air serta darat.
Atok atok serta nenek nenek, buyut dan sebagainya juga tidak perlu bersusah payah memasak rendang, ketupat, lodeh, ketupat palas, sambal goreng, sambal kacang, burasak dan sebagainya.
Apabila si anak menantu yang bernama Mak Som balik ke kampung halaman suaminya, Mak Som hanya perlu order apa yang dia mahu maka sejurus itu akan di layan dengan kemas oleh Nek Kiah si mak mentuanya.
"Ha Som, kau nak makan apa? Order je, buat macam restoran sendiri, macam macam ada (penampar pun ada-tambah Mak Kiah dalam hati saja)"
"Mak ni ingat aku ni macam kastemer drive-thru McEC ke apa?"
Beg beg baju juga tidak perlu susah payah di bawa hingga penuh bonet, cukup memakai sehelai sepinggang baju, maka baju tersebut sudah di set awal awal samada mahu mode pegi raya, pegi tido, pegi clubbing atau dinner artis artis.
Setelah beramah mesra, bertepuk tampar, berlaga cakap, tangan serta kaki, maka segala anak anak desa serta cucu cucu kepada anak anak desa boleh pulang ke kota melalui sistem pengangkutan yang sistematik.
----------------------------
Ok. sekarang gua boleh tido.
New Age
11 years ago
No comments:
Post a Comment