Monday, September 13, 2010

Jangan jadi jahat semata-mata nak dapat jodoh?

Kenyataan di atas adalah dari Manusia Aneh.

Mungkin dia lupa atau tidak mengikuti perkembangan semasa aku di radio mahupun di kaca tivi. Tak pe lah...ni aku maklumkan je sendiri.

"Lepas gua dah patah hati, lepas tu gua tersedar yang rupanya gua dah hilang arah lebih kurang setahun dua macam tu lah, gua jadi tak kenal diri sendiri, tak tahu nak beza mana baik dan sebaliknya. Sehinggalah ke hari ini, gua masih lagi teraba-raba nak bertemu jalan yang terbaik. Gua ada usaha juga, cuba cuba membesarkan mata serta kelopak mata untuk melihat signboard dengan jelas tapi tak jelas jelas juga akibat tidak memakai cermin mata.

Dan sampai sekarang gua masih begini tanpa arah. Oh..dan sebelum gua lupa, gua mungkin menunggu manusia aneh dan mungkin juga tidak. Tapi apa yang pasti gua menunggu jodoh dari Tuhan. Lu, gua dan mereka bukan Tuhan yang nak tentukan jodoh manusia.

Dan gua masih selesa dengan diri sendiri sekarang cuma gua tidak selesa berjalan dalam keadaan rabun begini. Sungguh semak rasanya."

Jadi Syafiqa, jangan sedih sedih ok? Jangan resah dan gelisah, aku yakin setiap apa yang berlaku adalah tidak sia sia, suatu hari nanti kita pasti akan dapat jawapannya. Aku harap bukan pada hari raya.
----------------------
Sejak sampai umur matang kahwin, soalan soalan yang bukan dalam skema soalan selalu je berkumandang. Skema jawapan untuk soalan korang ada pada Tuhan.

No comments:

Post a Comment