Tuesday, September 28, 2010

I'm Talk about Love!


Ok, sila sebut satu satu dengan rentak lagu L.O.V.E by Ashlee Simpson.
L O
L O
L O
V E

Ok sudah, berhenti. Aku bukan nak bincang pasal lagu tu.
Petang tadi tiba tiba aku terima sekeping text dari kawan aku yang mengatakan dia mungkin akan berkahwin dalam masa yang terdekat. Jadi dia minta aku jangan terkejut memandangkan aku selalu juga rasa sakit dada. Ok, aku faham niat baik dia.

Mula mula aku ingat dia akan berkahwin dengan orang lain (kawan aku itu punya teman lelaki) rupanya tidak. Keluarga teman lelaki dia minta supaya cepat cepat di satukan dan memberi kata dua bahawa kalau tak nak kahwin, tak payah berhubungan lagi.

Lalu kawan aku mengadu bahawa dia tidak bersedia lagi, kalau tunang tak pelah, 2012 baru kahwin. Aku sudah terkedu (Gile lama!). Dalam hati berbunyi begini; *Sigh*

Kalau belum bersedia lagi mahu berkahwin, so what is the point to make a relationship? Kalau betul belum bersedia maknanya dia juga belum bersedia untuk bercinta. Maka, kalau belum bersedia untuk bercinta, so stop seeing each other la. Kesimpulannya keputusan dari keluarga teman lelaki itu memang tepat.

Mungkin ada orang membidas pendapat aku dengan mengatakan aku mungkin tak pernah alami hal hal orang bercinta, jadi aku tak kan faham.

Ok fine, siapa yang berfikiran begitu boleh PM kat fesbuk aku sekarang.

Maka, aku buka satu cerita penuh air mata yang aku rahsiakan dari dia. Lepas tu dia boleh balas; ko saje reka cerita je kan, nak bagi aku takot.

Peh! Menusuk kalbu. Aku punya la simpan cerita air mata tu untuk di buat drama melayu swasta kat TV3, dia boleh kata aku reka cerita. Ini yang aku sensitif. Jadi aku terus balas; tata.

Kemudian dia minta maaf, dia ingat aku main main. *Sigh* lagi sekali dalam hati..muka aku ni seiras muka joker ke?

Kemudiannya aku balas begini (tak semua text yang aku balas akan appear di sini, harap maklum); Aku kira Tuhan sedang menghukum aku, aku tahu batas antara laki dan perempuan tapi aku langgar, aku juga menghalalkan fenomena 'couple' sesuka hati aku (yang aku sendiri lakukan), maka sebab aku sayang korang aku nasihatkan, janganlah bertangguh hal hal baik ni. God pay cash babe and even cheque.

Sekarang baru aku faham kenapa perlunya menjaga batas antara laki dan perempuan, bukan untuk mengelak maksiat sahaja tapi kerana Tuhan sayangkan kita sangat sangat. Tuhan mahu jaga hati kita. Hati kita yang mudah kalah bila sampai hal hal feeling dan chenta. Sang hati yang unpredictable. Tuhan tak mahu hati kita sakit dan terluka (ohhh...ayat dramatik ini aku tidak suka)

"I relived I made a mistake, God is trying to teach me. So, that I'm not only understand but trying to practice plus deep understanding with His lessons"

Ok, penutup entry ini di sudahi dengan lagu Jagalah Hati by Snada. Korang boleh nyanyi sendiri. Oh yeah.

-------------------------------------------
Entry aku kebelakangan ni berat ke matapelajaran Syariah Islamiah pula. Aku harap ustazah aku masa kat SMAMT tak suruh aku replace tempat dia. *Sigh*
Entah kenapa aku suka dengan *Sigh*.

4 comments:

  1. Indahnya kalau hidup berteraskan syariat....

    Semalam saya menyanyi lagu Kasih Kekasih depan kawan-kawan.Argh!!!!

    ReplyDelete
  2. terkesima seketika selepas membaca perenggan ke 12 (ayat atas gambar). tq.

    ReplyDelete
  3. sy terkesima selepas bc komen dr tuan syed.
    (entry ni lebih dr 10 perenggan rupa'y!)
    huhuhuhu

    ReplyDelete