Monday, January 31, 2011

Everything will be fine.

Semalam dapat berhubung dengan Anas, Hura dan Abang Jie di Cairo, dapat rasakan nada suara mereka tenang and just fine, plus Abang Jie can joke around with me (maybe he don't want we all here worried too much). Menghubungkan Ummy yang tengah risau di Putrajaya tapi tak dapat nak call Anas di Cairo, jadi aku la yang call guna telefon talian tetap di rumah (Masai). Memegang mobile phone di tangan kiri dan telefon rumah di tangan kanan dengan loudspeaker and let the two phones talked each other.

Tiba tiba hari ni keadaan macam makin teruk. Aku tak tahu samada perkhabaran dari orang luar yang buat berita yang di sampaikan lagi teruk atau keadaan di sana memang makin tegang dan sudah bertukar ke amaran merah. Tapi pesan dari kawan kawan juga, think positive and stay calm. Sehingga sekarang masih menunggu berita terbaru dan ummy keep update perkembangan terbaru dengan Yayasan Terengganu.

Rasanya keadaan di sana masih terkawal. InsyaAllah.

Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Ibu risau empat anak di Mesir
(ngueh..ngueh..ngueh..ibuku yang risau)

Wednesday, January 5, 2011

Zaman Kanak-Kanak Kami.

Hari ni aku terasa rajin nak bersembang tentang hal hal zaman kanak kanak dengan seorang member di ofis.

Antaranya kami bercerita tentang ketakutan untuk ke bilik air menjelang waktu malam semasa di kampung (sebab tandas ada di luar rumah), kesukaran membuang air besar (yang ni aku malas nak cerita, bila ingat balik memang boleh bawa ke nangis, kepada adik beradik aku yang mengalami nasib yang sama, korang boleh jadi kan hal ni bed time story untuk anak anak) dan tragedi mandi di perigi apabila kemahiran menimba air tak cukup mendalam.

Ya...bila aku fikir balik perbualan kami, kami mengalami nasib yang sama..pernah mengalami zaman kesusahan ketika mahu mandi dan hal hal berkaitan bilik air ketika waktu kecil...ya...tak lah sesukar mana kan...aku nak bagitahu je ni...member se'ofis' aku tu lebih tua 10 tahun dari aku, tapi aku masih sempat merasai zaman kanak-kanak yang sama dengan dia..entah kenapa aku rasa pelik..sepatutnya tak pelikkan? Haish..

-------------------------------------------------------
Oh ya, aku baru teringat, kalau ada siapa-siapa yang mengatakan Anas adalah seorang yang kacak, bila mereka tahu apa yang Anas sudah buat masa zaman tak matangnya, persepsi mereka tentu berubah serta merta, ataupun mereka akan berkata: "Ok, itu tak comel lansung", ataupun begini "Kau faham tak maksud kacak?! itu tak kacak lansung!".