Sunday, July 1, 2012

APTB

Apa Pun Tak Boleh.

"Hari Valentine-haram!"

"Hari Ibu-haram!"

"Dengar lagu Si Perempuan Gaga-haram!"

"Pakai tudung macam Sister-haram!"

Biasa dengar tak ayat-ayat kat atas?

Di Facebook, blog, youtube dan sebagainya kan?

Kemudian kita mendengar suara-suara rungutan sebegini :

"Apa semua pun tak boleh ni?! APTB Islam nih!"

Yang berkata begitu juga dikalangan mereka yang tertera Islam di atas kad pengenalan.


------------------------------------------------------------------------------




Maka aku terfikir...harus bagaimana ini?

Maka sejenak aku berfikir, kita berfikir.

Dalam 24jam yang Allah beri pada kita, berapa peratus yang kita ingat pada Dia?


---------------------------------------------------------------------
Mari kita kira secara kasar:
1) Kalau seorang pekerja, hidup waktu siang dalam anggaran 8jam sudah fokus pada kerja.

2) Selama 8jam di pejabat, kalau di pejabat hanya memasang radio Sinar, Suria, Hot.fm dan seumpamanya, anggaran secara kasar, mungkin dalam setengah jam yang diberi memasang azan dan lagu-lagu nasyid semasa hampir dan sesudah waktu solat (Zohor dan Asar, masa Dhuha tak ada ok..)

3) Peruntukan solat Zohor + Asar, anggaran tambahan lagi setengah jam mengingati Allah.

4) Jumlah masa kita mengingati Allah secara anggaran selama 8jam di pejabat hanya 1jam. (Ianya bergantung pada organisasi dan diri sendiri)

Balik kerja, masak-masak, kemas rumah, jaga anak dan keluarga, dah penat, kita tidur.Mungkin malam kita boleh topup masa kita dengan Allah selama 2jam.

Qiamulail? (Ok, ni aku tak kira, yang buat, kiralah sendiri)

Jadi bagi kebanyakan kita, hubungan kita dengan Allah hanya basic package. Cukup solat 5 waktu dan mengaji selepas solat Maghrib kebiasaannya.....(termasuklah tolak aktiviti berusrah dan mendengar kuliah)

---------------------------------------------------------------------------


Hanya 12.5% sahaja masa kita mengingati Allah, lagi 87.5% lagi kita ingat apa?87.5% ini unsurnya dari mana? -Radio-Facebook-Twitter-Kawan-kawan -Keluarga-Surat khabar-Astro-DLL

dari 87.5% ini unsur yang datang kepada kita dalam bentuk yang baik atau sebaliknya?

Jika banyaknya dari tak baik, maka kita boleh faham tak kenapa kita selalu mendengar yang haram, haram, haram (sila baca perenggan atas kembali).

Tepuk dada tanya sang hati; apa erti saya menganut Islam?

Stop blaming others. Muhabasah diri.