Tuesday, September 28, 2010

I'm Talk about Love!


Ok, sila sebut satu satu dengan rentak lagu L.O.V.E by Ashlee Simpson.
L O
L O
L O
V E

Ok sudah, berhenti. Aku bukan nak bincang pasal lagu tu.
Petang tadi tiba tiba aku terima sekeping text dari kawan aku yang mengatakan dia mungkin akan berkahwin dalam masa yang terdekat. Jadi dia minta aku jangan terkejut memandangkan aku selalu juga rasa sakit dada. Ok, aku faham niat baik dia.

Mula mula aku ingat dia akan berkahwin dengan orang lain (kawan aku itu punya teman lelaki) rupanya tidak. Keluarga teman lelaki dia minta supaya cepat cepat di satukan dan memberi kata dua bahawa kalau tak nak kahwin, tak payah berhubungan lagi.

Lalu kawan aku mengadu bahawa dia tidak bersedia lagi, kalau tunang tak pelah, 2012 baru kahwin. Aku sudah terkedu (Gile lama!). Dalam hati berbunyi begini; *Sigh*

Kalau belum bersedia lagi mahu berkahwin, so what is the point to make a relationship? Kalau betul belum bersedia maknanya dia juga belum bersedia untuk bercinta. Maka, kalau belum bersedia untuk bercinta, so stop seeing each other la. Kesimpulannya keputusan dari keluarga teman lelaki itu memang tepat.

Mungkin ada orang membidas pendapat aku dengan mengatakan aku mungkin tak pernah alami hal hal orang bercinta, jadi aku tak kan faham.

Ok fine, siapa yang berfikiran begitu boleh PM kat fesbuk aku sekarang.

Maka, aku buka satu cerita penuh air mata yang aku rahsiakan dari dia. Lepas tu dia boleh balas; ko saje reka cerita je kan, nak bagi aku takot.

Peh! Menusuk kalbu. Aku punya la simpan cerita air mata tu untuk di buat drama melayu swasta kat TV3, dia boleh kata aku reka cerita. Ini yang aku sensitif. Jadi aku terus balas; tata.

Kemudian dia minta maaf, dia ingat aku main main. *Sigh* lagi sekali dalam hati..muka aku ni seiras muka joker ke?

Kemudiannya aku balas begini (tak semua text yang aku balas akan appear di sini, harap maklum); Aku kira Tuhan sedang menghukum aku, aku tahu batas antara laki dan perempuan tapi aku langgar, aku juga menghalalkan fenomena 'couple' sesuka hati aku (yang aku sendiri lakukan), maka sebab aku sayang korang aku nasihatkan, janganlah bertangguh hal hal baik ni. God pay cash babe and even cheque.

Sekarang baru aku faham kenapa perlunya menjaga batas antara laki dan perempuan, bukan untuk mengelak maksiat sahaja tapi kerana Tuhan sayangkan kita sangat sangat. Tuhan mahu jaga hati kita. Hati kita yang mudah kalah bila sampai hal hal feeling dan chenta. Sang hati yang unpredictable. Tuhan tak mahu hati kita sakit dan terluka (ohhh...ayat dramatik ini aku tidak suka)

"I relived I made a mistake, God is trying to teach me. So, that I'm not only understand but trying to practice plus deep understanding with His lessons"

Ok, penutup entry ini di sudahi dengan lagu Jagalah Hati by Snada. Korang boleh nyanyi sendiri. Oh yeah.

-------------------------------------------
Entry aku kebelakangan ni berat ke matapelajaran Syariah Islamiah pula. Aku harap ustazah aku masa kat SMAMT tak suruh aku replace tempat dia. *Sigh*
Entah kenapa aku suka dengan *Sigh*.

Monday, September 27, 2010

Siapa tengah jiwa kacau? Boleh klik pada 'like' seterusnya klik 'unlike'.

Selalunya time serabut aku lebih suka dengar lagu lagu yang serabut juga macam Kelly Clarkson-Addicted, Don't Don- Super Junior, Why- CN Blue, Beast-Shock, lagu Manifestasi Cinta kira dalam mood untuk di dengar time serabut. Sad Tango-Rain Bi aku suka dengar part bunyi diorang hentak kasut.

Kadang kadang teringat kawan kawan kena layan lagu Empty Decorations dengan Graduation pula. Lagu Ayumi Hamasaki-Trauma pun termasuk dalam telinga juga. Tapi kalau aku nampak ada budak budak sekolah saja tunjuk tunjuk video klip Trauma ni ada mengundang rasa menyampah juga dalam hati.


Time tenang macam ni aku lebih senang dengar Jay Chou tekan piano atau sekarang ni berat lagu rentak slow macam lagu C'mon Through-Lasse Lindh & Sungai Lui-Aizat.


It ain't so easy to love you true,
account of all the rattlesnakes and all that makes you blue
but it's worth it, I, I love the thrill


Come, come, come

C'mon through, c'mon you,
come dig right into my heart

C'mon through, c'mon you,
come dig right into my heart


What is the body if not a place,

Where you store all anger and happiness and pain

but it's worth it, I love the thrill


Ada juga yang mungkin lah akan bersuara begini; dengar bacaan Al-Quran pun boleh tenang.
Ok, benda benda basic macam tu pun aku nak kasi suap, aku kena tukar bidang la weh. Benda benda basic macam ni aku confident semua orang boleh senang petik kat pak cik Google la. Apa yang aku bagitaw ni opsyen yang korang boleh pilih samada nak dengar atau tidak. Kalau benda benda basic ni korang tak tahu juga, korang jangan baca blog aku, korang pegi kat sini. Dah rasa khatam tu, boleh singgah singgah blog aku pula ok?

--------------------------------------------
Entry kali ni muncul masa aku tengah berat tahan mata menunggu bas Pasir Gudang-Terengganu jam 9.30 malam sampai untuk menjemput ayah aku pulang ke pangkuan kerjaya.
Aku ingat nak upload video Ayumi Hamasaki menari lagu Trauma, tapi lambat pula. korang klik kat link tu je la.

Sunday, September 26, 2010

Benda benda Sampingan

Aku mahu membeli mp3 baru. Sekarang mari bantu aku!

Benda benda sampingan yang perlu di di bawa di dalam beg semasa zaman uni dan di gunakan:
1. Handphone
2. Mp3
3. Lolipop
4. Apa apa buku tak berilmiah serta berunsur komik (komik Hong Kong aku tak baca)

Benda benda sampingan yang di bawa semasa pergi ke ofis tapi tidak di gunakan:
1. Pencil pink
2. Kabel handphone
3. Handphone (aku banyak kali tertinggal handphone di rumah, di meja staf lain, dan di biarkan dalam beg semata mata dan hanya menyedari kehadiran handphone sewaktu pulang. Ah, korang mula la nak bergosip tak de orang nak text aku, Meksis tu ader je text tapi aku buat dek je)
4. Earphone tanpa mp3
5. Sarung notebook tanpa notebook

Benda benda sampingan yang di bawa ke ofis serta di gunakan:
1. Hardisk Ummy yang mengandungi pelbagai cerita cerita Korea dan Jepun (bukan Ummy yang masukkan, tapi aku sendiri. Jangan salah faham Ummy yang tengok cerita Korea pula)
2. Sun glass
3. Lotion
4. Sanitizer

Agak agak mp3 ni perlu tak ae?

Tuesday, September 21, 2010

Gossip Girls Di Hari Selasa

Ok. Ruang chatting gmail hari ini bertambah seorang lagi ahli iaitu Cik Masita Laronda.Align Center
Seperti biasa di mulai dengan isu isu skendel Capiqa iaitu Pak Cik Beckham, Lily pula sudah beralih hati kepada Taufik Batisah dan Hady Mirza sejak Awal dah kapel dengan Scha, hal Ozil aku agak dah tenggelam sekejap.

Tak lama lepas tu dah ke hala bab bab berat pula. Di mulai pertanyaan oleh Capiqa (Aku terpaksa menulis nama Syafiqa kepada Capiqa berikutan kekeliruan mengenai entry aku sebelum ini). Capiqa mahu bertanya pendapat kami semua berikutan hal puasa qada' di sekalikan dengan puasa 6 yang semakin menaik sekarang.

Setelah melihat kekeliruan mereka, aku juga yang tak pasti jawapannya kucar kacir kumpul data apa yang patut.

Kemudian aku bertanya kembali kepada geng gossip girls; "korang taw tak kenapa ada 2 pendapat?"

Ok. masing masing tak tahu.

Aku bermula dengan pertanyaan itu sebab aku tak mahu melihat orang Islam terasa keliru dengan hukum Islam sendiri. Wujudnya dua pendapat bukan untuk membuatkan orang Islam keliru, tapi untuk memudahkan part yang boleh di mudahkan mengikut apa yang di gariskan (bukan ikut suka lu ok). Aku berpegang bahawa Islam itu agama yang sederhana (bermaksud adil, meletakkan sesuatu pada tempatnnya) dan setiap hukum yang di tetapkan punya sebab yang rasional.

Jadi aku cuba jelas kan sekadar apa yang aku mampu.
"kenapa ada 2 pendapat sebab orang perempuan ni kan ade datang haid, then kalau nak puasa asing asing nak kejar ke puasa 6 tu takot tak sempat, dah kalau ade yang period sampai 15hari tu nak kire macam mane? so, kerana mase yang TERHAD, ader sesetengah pendapat ulama' di boleh kan niat puasa tu combine. Kalau kite ni sempat puasa asing asing, better settlekan puasa ganti dulu."

ok. ni aku ader edit ape yang patut.

Buat pembaca blog aku yang berapa kerat je ni, aku bukan graduan Al-Azhar, aku cuma graduan UiTM yang belajar pasal kewangan. So, kalau korang rase pendapat aku ni silap, tolong lah betulkan ye.

Aku cuma nampak masyarakat kita bila baca sesuatu info pasal hal hal macam ni, just amek hukumnya saja tanpa mempedulikan explanation yang lain. Bila orang tanya, just bagitaw : "haa..tak boleh" "haa...tu boleh", cuba rajin rajinkan sikit share apa yang kita baca..so orang lain dapat paham sama, kite pun dapat kredit sama tolong orang yang di sekeliling kita ni paham.

Bukan semua orang jenis kaki pergi kuliah agama (termasuk aku-failed), so sharing is caring right? Bantulah orang orang di sekeliling anda ye..

Untuk graduan yang berilmu pada cabang yang berkenaan, 'gossip' dengan orang orang yang terdekat lebih afdhal aku rase. Medium penyampaian dari mulut ke mulut memang cepat tersebar. Tetapi awas, ilmu mencedok maklumat dan menyampaikan maklumat itu harus betul.

Capiqa juga ada meluahkan perasaan bahawa dia cuba nak share hasil dari perbincangan kami kepada sorang member dia, tapi malangnya member dia menolak mentah mentah segala apa yang mahu di bicarakan oleh Capiqa kerana menurut membernya, dia dah confirm hukum hukum tu kat kawan kawannya yang belajar di Jordan, Mesir dan segala ceruk dunia yang patut. Kami tahu kami ini bukanlah para ustazahs, memang sangat jauh pun..Tapi apa la salahnya mendengar..

I'm proud with my friends anyway...at least mereka cuba mendengar dan tak segan berkongsi ilmu.

Tengs to Lily, Capiqa dan Masita. Kalau korang tak tanya, sampai sudah aku pun buat tak kisah tentang hal ini. Love you guys. Korang banyak mengajar aku. *Big Hug*

-------------------------------------------
Lain kali kalau ade yang confuse dengan pendapat berbeza yang didengar, pegi tanya alim ulama' di bidang berkenaan kenapa ada pendapat pendapat berbeza, jangan terus tanya hukum je. Kalau mereka tak dapat jawab, korang je la pegi study syariah kat Nottingham.

Sunday, September 19, 2010

"Status kat fesbuk untuk orang yang nak luahkan perasaan je..."

....status aku kat fesbuk time perayaan, cuti umum & cuti swasta je"

ok. tu aku tambah sendiri. Kalau ikut status dia pun macam tu la, time bola, hari bapa, hari raya. Time hari kemerdekaan dan hari Malaysia aku tak nampak pula. Ah aku lupa, dia punya ID card lain macam sikit gayanya.

Lepas manusia aneh tu buat kenyataan macam tu, sampai sudah aku malas nak bubuh apa apa status kat fesbuk. Kalau nak bubuh pun aku terpaksa fikir dan remove banyak kali. Susah sama level dengan nak buat essay untuk International Business. Memang nak kena pijak manusia aneh ni.

Wednesday, September 15, 2010

Amalan Angpau dan Mengepow.

Amalan angpau angpau versi duit raya ni aku malas nak amalkan sangat.
Karang orang kata aku di bawah pengaruh hantu cina raya pula.
Jadi, jangan katakan tahun ni, tahun depan pun jangan harap aku nak bagi.
Setakat beli cekidis ke, jajan ke, aiskrim pop ke, gundam ke, lebih baik aku belanja korang makan kat Radix Fried Chicken, ye dak?

Monday, September 13, 2010

Jangan jadi jahat semata-mata nak dapat jodoh?

Kenyataan di atas adalah dari Manusia Aneh.

Mungkin dia lupa atau tidak mengikuti perkembangan semasa aku di radio mahupun di kaca tivi. Tak pe lah...ni aku maklumkan je sendiri.

"Lepas gua dah patah hati, lepas tu gua tersedar yang rupanya gua dah hilang arah lebih kurang setahun dua macam tu lah, gua jadi tak kenal diri sendiri, tak tahu nak beza mana baik dan sebaliknya. Sehinggalah ke hari ini, gua masih lagi teraba-raba nak bertemu jalan yang terbaik. Gua ada usaha juga, cuba cuba membesarkan mata serta kelopak mata untuk melihat signboard dengan jelas tapi tak jelas jelas juga akibat tidak memakai cermin mata.

Dan sampai sekarang gua masih begini tanpa arah. Oh..dan sebelum gua lupa, gua mungkin menunggu manusia aneh dan mungkin juga tidak. Tapi apa yang pasti gua menunggu jodoh dari Tuhan. Lu, gua dan mereka bukan Tuhan yang nak tentukan jodoh manusia.

Dan gua masih selesa dengan diri sendiri sekarang cuma gua tidak selesa berjalan dalam keadaan rabun begini. Sungguh semak rasanya."

Jadi Syafiqa, jangan sedih sedih ok? Jangan resah dan gelisah, aku yakin setiap apa yang berlaku adalah tidak sia sia, suatu hari nanti kita pasti akan dapat jawapannya. Aku harap bukan pada hari raya.
----------------------
Sejak sampai umur matang kahwin, soalan soalan yang bukan dalam skema soalan selalu je berkumandang. Skema jawapan untuk soalan korang ada pada Tuhan.

Saturday, September 11, 2010

Raya 1531H

Selepas solat sunat aidilfitri.
Seperti kebiasaan, ruang udara, air dan darat di kawasan kampung kehijauan dan sedikit bingit dengan kehadiran kenderaaan anak-anak serta cucu cucu yang pulang dari kota setelah solat sunat Aidilfitri. Sistem pengangkutan yang semakin efisen menyebabkan kawasan kampung semakin maju dengan pokok kehijauan yang tumbuh melata tanpa segan silu. Tidak kurang juga dengan pokok pokok buah buahan seperti kurma, dragon fruit, mempelam dan pelbagai aneka dusun dusun buah buahan juga masak ranum ketika hari perayaan.

Disebabkan sistem pengangkutan yang semakin mantap dan jitu juga, anak anak desa serta cucu cucu kepada anak anak desa tidak perlu pulang awal ke kampung untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di daratan. Sistem pengangkutan telah di bahagikan kemas mengikut laluan udara, air serta darat.

Atok atok serta nenek nenek, buyut dan sebagainya juga tidak perlu bersusah payah memasak rendang, ketupat, lodeh, ketupat palas, sambal goreng, sambal kacang, burasak dan sebagainya.

Apabila si anak menantu yang bernama Mak Som balik ke kampung halaman suaminya, Mak Som hanya perlu order apa yang dia mahu maka sejurus itu akan di layan dengan kemas oleh Nek Kiah si mak mentuanya.

"Ha Som, kau nak makan apa? Order je, buat macam restoran sendiri, macam macam ada (penampar pun ada-tambah Mak Kiah dalam hati saja)"

"Mak ni ingat aku ni macam kastemer drive-thru McEC ke apa?"

Beg beg baju juga tidak perlu susah payah di bawa hingga penuh bonet, cukup memakai sehelai sepinggang baju, maka baju tersebut sudah di set awal awal samada mahu mode pegi raya, pegi tido, pegi clubbing atau dinner artis artis.

Setelah beramah mesra, bertepuk tampar, berlaga cakap, tangan serta kaki, maka segala anak anak desa serta cucu cucu kepada anak anak desa boleh pulang ke kota melalui sistem pengangkutan yang sistematik.

----------------------------
Ok. sekarang gua boleh tido.

Thursday, September 9, 2010

BEDEBOR

Hari ini hari Khamis bersamaan 30 Ramadhan.
Hari ini juga aku masih kat office berdebor drive seorang diri balik kampung (nasib balik Layang Layang je, kalau balik Terengganu seorang diri memang haru).
Aku menyempat memasukkan satu entry raya ni sementara tunggu Manusia Aneh ni pegi membuang apa yang tak patut dalam perut (entah dia melantak apa masa buka puasa semalam pun aku tak taw, karang kalau aku tanya, dia kate aku berlakon jadi bini muda dia pula).
Manusia aneh ni senasib dengan aku, cik Lily dan aku pasti ramai lagi masih berada di office walaupun esok nak raya.
Perasaan macam ni memang rasa macam nak kena tendang je.

Kalau ikut sejarah hari raya aku, biasanya hari akhir Ramadhan, aku dah sibuk anyam ketupat, buat kerisik, potong sayur mayur dan akhir sekali pasti la satu rumah di penuhi perfume juadah hari raya. Tak de dah bau bau ambi pur ke apa. Orang kalau tengok iklan ambi pur masa nak raya pun dah tak teruja. Aku rasa kena keluarkan produk aroma rendang, ketupat lodeh masa nak raya. Bagi feel menaik sikit.


Ok. Manusia aneh pun dah settle keje dia. Aku pun kena settle kan entry raya aku ni cepat.

Ok. Selamat hari raya dan bertakbir raya malam ni.
Kalau lu orang nak main mercun, jangan nak bom rumah orang lain pulak.
Lepas tu kalau sape sape nak racing kat highway, tolong jangan nak babitkan kete lain skali.
------------
Result Ramadhan aku rasanya D, kot rendah lagi pun sape yang tahu?
Untuk manusia aneh; blueberry cheese tart & tiket pegi Spain jangan buat buat lupa pula.

Sunday, September 5, 2010

Gossip Girls di Hari Jumaat

Gereja Gay Pertama

Antara rutin harian aku di office (selain bermain-main dengan angka serta bertekak dengan manusia) ialah melepak di ruang chatting gmail dengan Cik Syafiqa dan Cik Lily. Amalan murni 'multitasking' ini yang di amalkan sedari dari bangku sekolah, matrik hinggalah ke universiti sampailah ke dunia kerjaya berjaya kami lakukan dengan istiqamah serta ekselen.

Ok, isu kami pada hari Jumaat tersebut adalah seperti di perenggan atas sekali. Isu ini di bawa oleh Cik Lily secara mengejut mengikut 'rules and regulation' gossip girls. Seperti biasa, aku serta Cik Syafiqa klik pada link yang di berikan oleh Cik Lily.

Kenyataan pertama dari Cik Syafiqa mengenai isu di atas:
"Aku ingat benda benda macam ni ada kat OBESI je"

Persoalan pertama aku setelah membaca berita di atas ialah;
"Orang Kristian tak marah ke?"

Respon Cik Lily:
"Kita la patutnya marah sebab............................" (sebabnya korang fikir sendiri)
lepas tu Cik Lily tanya kembali kepada aku; "ko tak marah ke?"

Jawab aku:
"Marah la juga tapi aku rasa orang Kristian yang patut lagi marah. Analoginya macam ni la; kalau ko dengar ustaz buat masjid untuk orang gay, ko marah tak? mestilah orang Islam yang lagi marah, ye dak?"

Pendapat aku lagi, aku tak rasa agama Kristian ada membenarkan hubungan sonsang sebab mana mana agama pun menyeru ke arah kebaikan, orang yang tak ada agama je biasanya buat macam ni.

Bagi menjawab persoalan kami sama ada orang Kristian marah ke tak dalam isu di atas, Cik Lily mengeluarkan idea yang bernas untuk bertanya sendiri kepada salah seorang 'ex-course mate' kami semasa di UiTM Johor yang beragama Kristian. Nama manja rakan kami itu ialah Sally peminat model antarabangsa Adriana dan kira kuat berpegang pada agama Kristian adalah salah satu ciri yang tepat untuk kami mengajukan soalan.

Tukang ajukan soalan mestilah Cik Lily melalui email.

Ini adalah soalan dari Cik Lily, soalan mesti kena diplomasi ikut 'rules and regulation' gossip girls juga.

Sorry to disturb. But, its quite a big shock for me for read this. Just wanted to ask your opinion on this :

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0903&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

whaddayathink?

Jawapan dari Cik Sally pula:

Hey hey, morning..sorry was having briefing just now..u’re not disturbing

Oh bout dis I’ve heard years ago when they first started coz the priest is gay, he was married to a woman before but then he divorced coz he found his love with other guy and they claim they’re true Christian who support equality no matter what your sexual preference is.

But in my pov, that’s just ridiculous..if they’re true Christian, they should pray and ask God to make them stronger and show the right way and fight the urge for liking the same sex relationship. It’s a joke to me. Everything in this world created for with partners..like male & female..if male with male & vice versa, it means against the Creator’s rule..they’re committing sins. Tho they think they didn’t do wrong and intend to being honest with themselves, they should know it’s still wrong. And they claim they know God and God accept it coz they’re honest and faithful, but it’s only them claiming that, everybody can create new religion these days and still claim that it’s based on true teachings of a particular religion.

However, to me I think this world is gone upside down, everything seems against nature & God coz maybe it’s the sign of the end of the world..so we here who’re still sensible, we should not join the deviant..am not being a judge here, it’s God job..am just doing my thing and I know my God, I follow only Him based on my faith. Am just giving an opinion..don’t u think so?

Jawapan dari Cik Sally sangat menarik, dari segi moral semua agama tetap menyeru kearah kebaikan, apa yang berbeza dari segi ketuhanan, cara bertuhan dan pengalaman bertuhan. Fenomena hubungan sonsang yang makin berleluasa sekarang di sebabkan mereka tidak bertuhan dan tidak mempercayai adanya tuhan. Itu pendapat aku sendiri la. Jadi, kalau ada siapa siapa yang tak puas hati jangan la marah aku ae.

Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu?
Cewah!

-------------
Aku tak sempat tanya Lily 'pov' tu menda apa?
Amalan murni ini aku memang sangat sapot, aku boleh kata ni kira usrah versi atas angin.
Usrah tak de naqibah, hye hye bye bye ni kire orait tak?

Aku dapat input dari perbincangan di atas. Tengs to Cik Lily ^_^

Friday, September 3, 2010

Makin Laju

Tahun 2010 menyaksikan banyak cerita, komedi dan tidak kurang juga 'scene' yang dramatik. Bab dramatik aku malas nak cerita.

Sejak aku memperkenalkan buku
Akhi Fdaus (Sembang Kencang) dan menunjukkan buku Karipap-Karipap Cinta serta blog Dunia Vovinska hasil nukilan Mr.Vovin kepada Anas, aku tengok aku sudah semakin laju. Laju menge'post' entry entry baru dalam blog beliau. Laju dengan idea idea yang aku syak hasil ilham pembacaan dari penulisan dua brader diatas dan tak kurang juga sedikit wabak penulisan dari Faisal Tehrani (kami bedua memang penggemar karya FT, ok bukan Faizal Tahir), bab bab keluar duit kerajaan pun laju juga dia merancang, aku boleh letak kelajuannya menyamai bawa gear 4 kat mana mana highway pada waktu mana mana perayaan di Malaysia, tapi hal ehwal pembelajaran aku syak mungkin lajunya macam bawa dalam gear 4 masa kat highway Pasir Gudang pada hari Isnin kot kelajuannya. Ok, hal gear gear kena cerita belakang tabir.

Pada mulanya aku agak ragu ragu untuk memberi buku karya Akhi Fdaus ni kepada Anas untuk di baca. Aku bimbang wabak skema Anas mungkin akan berlawan dengan wabak 'rebel' terpendam dia, maka aku bimbang akhirnya aku yang harus kucar kacir mencari penawar bila ummy melihat Anas sudah menjana transformasi yang memuncak hasil pertembungan dua wabak tersebut. Itulah akal rasional aku fikir fikir kan, walaubagaimanapun tangan aku mungkin tidak bersetuju dengan pendapat akal rasional aku, maka tangan aku mengambil keputusan secara entiti berasingan dengan memberi buku Sembang Kencang tersebut kepada Anas.

Ok, hasilnya korang boleh tengok sendiri apa dah jadi pada Anas sekarang. Segala kebimbangan aku sudah terpadam, Anas sudah lulus masuk dalam dunia indie.

Macam mana aku boleh terjebak jadi pembaca setia dalam dunia blog indie ni?

Jawapannya sewaktu aku patah hati. Ya, itu sisi cerita dramatik penuh air mata dalam tahun 2010. Tahun 2023 aku tak pasti. Maka tak payah la aku cerita lebih lebih cerita sedih sedih, rosak mood nak raya karang, tak pasal pasal semua anak sedara aku tak kan dapat duit raya pulak nanti (padahal memang tak dapat pun).

Ok, kesimpulannya, blog brader Pipiyapong, Fdaus dan Mr. Vovin memang jenis blog la tahzan versi indie. Dalam gelak gelak, terselit keinsafan. Macam ucapan raya pulak bunyinya.

-------------
p/s: Anas, lu jangan putus fius lebih lebih sangat, karang susah gua nak kawtim dengan ummy.