Sunday, December 30, 2012

Hal Kawan Kahwin

Ingatkan dah nak kuburkan je blog ni, tapi gagahkan juga mengadap laptop di hari Ahad malam Isnin nih. Ok, esok 31/12/2012. 

Hari ni juga gagahkan pergi kenduri kahwin Kak Aza (Azariah) kat Taman Intan, Kluang, Johor dalam keadaan badan panas dek demam.


Kak Aza ni kira roomate masa gua jejak kaki kat UiTM Segamat, yelah...UiTM Segamat yang di kelilingi tumbuh-tumbuhan yang segar bugar menghijau tuh..
Masa tu 1 bilik dua orang je, kiranya Kak Aza je lah roomate aku, takkan ada orang lain pula kan.

Haaaa...ni gambar wedding dia:


Husband dia inspektor, diorg ni kenal dari bangku sekolah lagi. Sweet gila. Kak Aza ni kira stok gadis melayu terakhir, cewah! Memang lemah lembut dan ayu....kena roomate dengan gua yang macam anti-sosial kiranya bilik kitorg macam meriah dengan bunyi cengkerik? *krik krik krik* tu masa scene awal-awal masuk uni lah kan. Lama-lama dah sekali dengan sama batch Finance, kepoh jugalah. Hilang juga bunyik cengkerik tuh. 

Dah ralit menaip, lupa pula perkara penting sebenarnya nak di nukilkan.

Masa nak balik tu tiba-tiba rasa sayu. (Ok, bukan sebab gua tak kahwin lagi)

Sayu sebab bila kawan-kawan ni dah kahwin, kitorg dah tak boleh nak gossip girl macam zaman dulu dah. Alaaaa...fasal hal boyfriend, cintan cintun tu lah kan.
Maka, apa-apa masalah rumah tangga bukanlah boleh di bawa bergosip dan sebagai kawan boleh berdoa agar mereka yang dah berumah tangga ni dapat menghadapi bahtera bersama dalam keadaan susah atau senang dengan cara yang terbaik.

Haaaa..ni lagi sorang kawan UiTM yang dah kahwin:

Together till Jannah! Amiin.

p.s: Hachummm! Sreeettt sambil kesat mucus. XOXO