Tuesday, December 27, 2011

A Telegraph Maybe.

Dear him, 
For all the hurt things you've done to me & my mom...
I forgave you.


For all the good deeds you've done related to me...
A lot of thanks. 


Sincerely,
Meera Edora.


Long Love Story, please click here.

Friday, December 9, 2011

Sarcasm Tak Jadi, Mari Booo..


Ok..sila booo saya, saya lah yang nak menyindir orang tapi tak jadi.

Saya ini sangat jarang nak mengarang atau mengepos apa-apa status di Facebook. 
Status saya hari ini berbunyi begini :

"Harapnya kerajaan peruntukkan juga dalam bajet- bantuan khas utk anak muda bujang yg :
1) berpendapatan RM 1,800.00 kebawah sebulan,
2) tak minta duit elaun/duit poket pd mak ayah yg b'pendapatan RM3,000 keatas,
3) wajib bayar PTPTN,
4) kena bayar installment kereta/rumah,
ataupun boleh gazetkan je PTPTN tu sbg biasiswa.
Dan gua akan kenang jasa UMNO sampai bila-bila...."

Dan iya..(ala-ala longhat Jawa sikit ok) seperti dijangka memang ada yang komen soal kesyukuran. Teman sekuliahku-Syafiqa (Ah...kali ni memang kena baca ala-ala Jawa + Bugis-tengok AADC lagi sekali punya pasal) memberikan komen yang ku tunggu berbunyi :

" syukurla ats nikmat yg ada..kire hebatla tu gaji 1800..xkawen lg.org laen gaji lbh rndh,anak deret2.smp ble nk hrp ihsan orh.usaha sndr lbh afdal..ye dak"


Ada 3 isi penting disini :

1) Kenapa hanya fokus pada digit dan meninggalkan penerangan selebihnya?
 Iya...kalau bergaji RM1,800.00 itu sudah cukup lumayan bagi yang bujang, tapi jika tinggalnya di bandar sendiri, yang ongkos rumah sewa, elektrik (yang dah makin naik) dan sebagainya itu juga sendiri, bagaimana? Dan kalian lupa bagaimana yang bergaji dibawah tangga RM1,800- mungkin RM1,000.00 sahaja. Saya tidak mengepos status tersebut yang hanya melingkari diri saya sendiri.

2) Analogi Sendiri Semata-mata.
Analogi saya begini :
Kerajaan ialah pekerja yang telah dilantik oleh tuan punya syarikat.
Rakyat ialah tuan punya syarikat atau tuan punya tanah.

Ok, dalam apa-apa perniagaan pun mesti mau untung maaa...bayangkan jika pekerja hanya bekerja ikut suka, pinjam harta syarikat sesuka hati kemudian buat macam hak sendiri malah pekerja makin kaya-raya dan natijahnya syarikat berhempas pulas nak survival. Lepas tu bila akhir tahun masa penilaian prestasi baru kerja keras sebab nak mengampu bos-(ini tak ada kena mengena dengan hal pejabat gua, INGAT! ini ANALOGI semata-mata), jadi boleh lah dapat bonus lebih...

3) Ihsan.
Maka bukan ihsan, sebab pekerja memang kena bekerja untuk syarikat sebab dah dibayar gaji. They aren't working for free & we aren't voting them to only get "duit ihsan". 

Haaa...isu apa lagi nak dibangkitkan? Ahhh..bila fikir hal negara ni boleh bikin lapar.

Iya...dan lagi satu yang pasti, mereka harus mengungkit 'jasa' mereka yang telah ditaburkan bertahun-tahun itu...

Jadi apa makna IKHLAS dan IHSAN? Kau tak IKHLAS, kami tak IHSAN, gitu?