Sunday, August 8, 2010

Perbincangan hati dan fikiran yang serius di hujung minggu.

Entah kenapa aku boleh nak terfikir hal-hal yang berat sebegini pada hari Ahad yang satu-satunya hari cuti aku. Berfikir hal-hal yang mencabar minda sebegini membuatkan tenaga aku cepat habis dan tetamu kelaparan akan muncul. Sama lapar macam aku buat proses kira-kira di office.

Entah kenapa aku terfikir akan nasib staf-staf di office. Isu ini aku sengaja timbulkan apabila membandingkan rakan-rakan yang berada di sekeliling aku, dan orang-orang yang berada di sekeliling adik beradik aku yang lain. Berbeda sungguh ku rasa.

Maka aku terfikir, nasib aku lebih untung dari mereka kerana takdir Tuhan mendudukkan aku di dalam keluarga yang baik-baik dan sedang-sedang. Rakan-rakan seangkatan serta sedewan kuliah dan exam yang InsyaAllah cukup solatnya dan berpuasa di bulan Ramadhan serta tidak curi-curi minum air semasa mandi walaupun perut masing-masing dah serupa hantu raya.

Proses pembelajaran aku juga tidak tergendala (ah sedikit tergendala sebentar sekarang kerana kerja menghalangi) dek kerana masalah keluarga yang kucar kacir. Alhamdulillah.

Lalu aku terfikir bagaimana dengan nasib staf-staf di office ku. Mereka masih muda, tapi ujian hidup sangat berat (pada aku).

Dalam ruang hidup mereka, peratus untuk berjumpa atau terserempak atau berkenalan dengan golongan ilmuan ini sangat tipis. Sudahla di buang keluarga, ketua keluarga sendiri tanpa arah, kawan di sekeliling juga hanya biasa-biasa, yang di kira tuang solat itu perkara biasa. Ramadhan menjengah itu sama seperti menjengahnya bulan Januari, Febuari, Mac dan seumpanya. Tiada beza untuk mereka. Hidup sekadar biasa-biasa dan untuk hidup hanya untuk hidup (hurm..).

Ok, sebelum aku panjang lebar dan mengeluarkan bunga-bunga sastera yang tak patut. Ni aku nak tanya pada diri sendiri dan orang lain, mana graduan-graduan ilmuan yang lain? Bila nak turun padang berkenalan dengan sisi gelap dari hidup masyarakat kita ni? Tiap-tiap tahun aku tengok ramai je yang berkonvo, tapi tiap-tiap hari pun ada kes buang bayi + anak luar nikah, ni kira tanggungjawab siapa?

Aku, Kamu, Kita dan Mereka.

Dah cukup perut aku ni memekak. Makanan dah sejuk.

No comments:

Post a Comment