skip to main |
skip to sidebar
Jauh
Termangu-mangu sendiri, setelah umur mencecah 23 tahun, hanya beberapa hukum Tuhan yang aku benar benar faham dari hati (itupun kalau betul apa yang aku faham). Adalah dalam 0.000001%, 23 vs 0.000001? sah sah memang kena cop loser. Tapi itulah..kerana faktor menganut Islam kerana keturunan kah? kerana ikut ikutan kah? Tapi bila fikir fikir balik, kenapa tak mahu diri sendiri berubaha kalau dah sedar? Memang, nak berubah itu bukan kerja senang, Kiranya macam ni la, bangunan yang kita bina bertingkat tingkat selama bertahun tahun yang kita rasa cantik tapi rupanya mendatangkan keburukan kepada orang awam, kemudian bangunan tersebut perlu di runtuhkan kerana bahan asas sendiri sudah tidak mematuhi kualiti yang di tetapkan. Lantas ianya harus di bina balik, memang pakar pakar hal hal binaan pun kata jenis bangunan tak boleh nak modified. Kena runtuh dan bina semula dari asas. Peh! memang bukan kerja senang! payah! Kemudian satu peringatan dari Tuhan menerpa mengenai orang orang yang sabar:
Firman Allah Swt.
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan dalam harta, jiwa dan buah-buahan. Maka berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un', mereka itulah yang mendapat keberkatan sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" (Al-Baqarah: 155-157)
Ya..nak berubah buka senang but its worth. Sabar dan usaha. Nak memahami setiap hikmah di sebalik ujian itu bukan setakat sehari dua, tetapi ada yang memakan masa bertahun tahun untuk sedar. Kemudian bila sedar, kita baru bertatih tatih untuk berubah. Bertatih membina bangunan balik...tapi sampai bila? Mungkin dah mati pun bangunan tu tak dapat nak siap. Kemudian aku terfikir satu ayat dari novel Versus : "Allah memandang pada usaha bukan natijah" Ya...mungkin itu jawapannya..tidak mengapa terlambat dari kita tak cuba lansung untuk berubah. Bak kata pepatah Inggeris : "Better late than never"
---------------------------------
Masa tulis entri ni baru aku faham ayat dari novel Versus tu, sampai berhenti baca sekejap sebab nak bagi faham ayat tu. Ok, sebenarnya belum habis baca pun lagi.
-Closing November 2010-
No comments:
Post a Comment