Monday, March 28, 2011

Mana-mana..

Apabila virus masalah sosial di kalangan masyarakat kita semakin menjadi-jadi,
seolah olah tiada penawarnya,
kita yang masing masing punya taraf pendidikan yang lebih baik
walhal ada yang menuntut ilmu hingga ke luar negara,
maka mana peranan kita?

Apabila masing masing sibuk bertelagah menyalahkan si polan itu dan ini,
saat ini, masyarakat kita meraung menangis sakit jiwa.
Aduhai kita...
blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, March 18, 2011

Termalu

Sampai di UTM Razak School lebih kurang jam 6.30 petang, di depan pondok pengawal sementara menguruskan hal penginapan pak cik jaga tu pun tanya dari mana.

"Dari Ipoh"

"Dari Ipoh sorang sorang? Pukul berapa gerak?"

"A'ah, sorang je, dalam jam 3.40 petang, tu pun ada tersesat juga."

"Dari Ipoh la paling senang jalannya nak ke sini (UTM)"
Ok, aku dah terdiam.blogger-emoticon.blogspot.com
Kes termalu pertama- sesat barat.

Selepas dah selesai hal hal bilik, angkut beg beg dan cari bilik.

Sampai di pintu utama, tolak tolak pintu tapi tak boleh, cuba cari pintu lain. Sebelum aku sempat nak pergi ke pondok pengawal, pak cik jaga tu dah perasan aku tak boleh nak buka pintu utama, dari jauh dia suruh guna 'get pass' yang ada pada kunci bilik.
Kes termalu kedua.blogger-emoticon.blogspot.com

Dah lepas pintu utama, aku cuba cari lif pula, habis juga pusing satu bangunan tu tapi tak jumpa jumpa, malah ada seorang lagi tetamu asing tiba tiba tanya aku mana nak pegi bilik kawan dia. Ah sudah...aku sendiri tak jumpa tangga atau lif. Sekali lagi pak cik jaga datang menegur dan menunjukkan pintu tangga ke atas hanya di sebelah aku je...
Kes termalu ketiga.
blogger-emoticon.blogspot.com

Setelah berpenat lelah tersesat di jalanraya dan tawaf keliling bangunan, akhirnya sampai juga di bilik...

blogger-emoticon.blogspot.com

Sekian. Abg Jiji tonte, GPS please..!

Thursday, March 17, 2011

Big Bang-Lies

Ketika benar benar mahu jatuh dan terduduk,
ketika seakan lelah dengan dunia,
aku memandang kembali kepada orang di sebelah,

"Dunia seakan sedang berjalan ke belakang",

kembali bungkam,

"Saya cuba belajar positif kerana saya fikir itu yang terbaik",

Setiap satu makhluk sedang berhadapan caturan hidup yang getir,
lebih perit dari apa yang di sangka.

Perlahan-lahan kembali berdiri,
walau jalannya tak pasti,
masa tetap berjalan,
dunia tetap berputar,
berjalan dan berlari dengan yakin, [Amin].
Tuhan, tolong sang hati.

[Ini bukan lirik lagu Lies-Big Bang, saja saja je...]

Bertemu baru vs. bertemu lama

Mungkin berdiri di pertengahan,
Pandang ke belakang,
hitam dan perit,
masam dan hujan.
oh..kaki kaku beku jika ingin undur.

Pandang ke depan,
senyum sang pelangi,
indahnya akan kekal?
kalau petir di depan bagaimana?

Bungkam di situ.
mahu melangkah ke depan,
tapi gelap di belakang seakan membayang,

Tuhan, tolong sang hati.
----------------------

Urgh...mari sambung baca Diary of Wimpy Kid [Rodrick Rules]