Friday, March 18, 2011

Termalu

Sampai di UTM Razak School lebih kurang jam 6.30 petang, di depan pondok pengawal sementara menguruskan hal penginapan pak cik jaga tu pun tanya dari mana.

"Dari Ipoh"

"Dari Ipoh sorang sorang? Pukul berapa gerak?"

"A'ah, sorang je, dalam jam 3.40 petang, tu pun ada tersesat juga."

"Dari Ipoh la paling senang jalannya nak ke sini (UTM)"
Ok, aku dah terdiam.blogger-emoticon.blogspot.com
Kes termalu pertama- sesat barat.

Selepas dah selesai hal hal bilik, angkut beg beg dan cari bilik.

Sampai di pintu utama, tolak tolak pintu tapi tak boleh, cuba cari pintu lain. Sebelum aku sempat nak pergi ke pondok pengawal, pak cik jaga tu dah perasan aku tak boleh nak buka pintu utama, dari jauh dia suruh guna 'get pass' yang ada pada kunci bilik.
Kes termalu kedua.blogger-emoticon.blogspot.com

Dah lepas pintu utama, aku cuba cari lif pula, habis juga pusing satu bangunan tu tapi tak jumpa jumpa, malah ada seorang lagi tetamu asing tiba tiba tanya aku mana nak pegi bilik kawan dia. Ah sudah...aku sendiri tak jumpa tangga atau lif. Sekali lagi pak cik jaga datang menegur dan menunjukkan pintu tangga ke atas hanya di sebelah aku je...
Kes termalu ketiga.
blogger-emoticon.blogspot.com

Setelah berpenat lelah tersesat di jalanraya dan tawaf keliling bangunan, akhirnya sampai juga di bilik...

blogger-emoticon.blogspot.com

Sekian. Abg Jiji tonte, GPS please..!

No comments:

Post a Comment