Wednesday, August 10, 2011

Hari-Hari Menuju Cinta

Ramai yang punya azam untuk khatam Al-Quran di bulan Ramadhan, tidak terkecuali saya sendiri. Tapi kerana kekangan masa & saya sendiri yang malas & hati yang masih terikat pada cintanya dunia (Sigh!) & bermacam-macam alasan dari manusia yang malas ini. Maka, saya mencari jalan untuk menghidupkan jiwa saya kembali agar dapat merasai kembali manisnya Ramadhan.
Motivasi saya ialah, di sebabkan saya terlalu culas dan malas (kenapa?! kenapa?! sambil memarahi diri sendiri), saya cuba mencari-cari ruang & sela masa tazkirah untuk diri saya sendiri dan rakan-rakan sepejabat dalam 30 hari perjalanan mencari cinta Ramadhan. Moga dari perkara yang mudah-mudah ini, meringankan hati dan memujuk hati untuk mencari jalan kembali. FIGHTING!! Tolonglah wahai hati... T_T
---------------------------------------------------------
Apabila lagu -lagu raya sudah mula berkumandang di corong-corong radio yang dipasang di pejabat, saya mula gelabah.
Apa hasil Ramadhan saya ni?! Menyambut Hari Raya semata-matakah?

No comments:

Post a Comment