Thursday, June 28, 2012

Ekspresi 7

"Ramai yang sanggup mati demi Islam, tapi kurang yang sanggup hidup demi Islam"


Kadang-kadang kita lupa amanah Allah ke atas kita sebagai khalifah diatas muka bumi-Nya.
Kita selalu lupa...


Si anak enak ketawa riang, mengejek dan bergurau senda,
Si bapa sibuk bekerja, bersosial..
Si ibu pula semakin moden dan fashionista..
Si polan sana, si polan sini..


Hidup didunia seolah-olah akhirnya di tanah sahaja.


Dikatakan tidak sanggup hidup demi Islam adalah sebegini..
Tidak sanggup memikul amanah Tuhan, adalah sebegini..
Pedulinya hanya kereta mewah, rumah besar, makan pakai cukup...
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan itu sudah cukup..


Tuhan itu di mana kita letak?
Seolah-olah hidup kita di dunia ini tiada yang memerhati,
Sibuk sekali menilai orang lain,
Nilaian diri sendiri, harus bagaimana?
100% lulus?


Gugur air mata, gugur darah,
bukan sekadar gugur, malah jadi lautan..
apa mahunya kita, hanya sekadar perhati, duduk diam, bersilang kaki.


Apa ada dalam hati?
Tuhan kita letak di mana?
Selama mana kita ingat pada Dia?
Harus bagaimana ya dunia..
Harus bagaimana hidup menumpang di bumi Tuhan..
Hati merintih sendiri, mencari jalan tak ketemu Rabbi.





Sunday, June 24, 2012

Beauty of Veil.

"When there comes the help of God and the victory, And you see men entering the religion of God in companies, Then celebrate the praise of your Lord, and ask His forgiveness; surely He is oft-returning (to mercy)". (Nasr 110: 1-3)


Faith, hope, security, and therefore, peace and contentment will be experienced once more under the umbrella of Islam.-The Statue of our Souls.


#Jihad..A Kufiyyah Collection from Veil Art.




Sunday, June 10, 2012

Pilih dan Rayakan.

Anak : Wahai ibuku, pemimpin yang manakah harus aku ikuti? Disana orangnya asyik bertelagah, puak disitu orang asyik ejek-mengejek. Ah, stress!


Ibu : Wahai anakku, ianya tergantung kepada mu...


Pertama, jika kamu menyenangi dunia, maka pilihlah pemimpin yang boleh memberi mu kesenangan dunia.


Kedua, jika kamu mendahulukan Allah lebih dari segalanya, maka pilihlah pemimpin yang mengangkat agama Allah. Sedangkan Islam itu bermakna selamat dunia dan akhirat kepada seluruh umat manusia.