Thursday, June 28, 2012

Ekspresi 7

"Ramai yang sanggup mati demi Islam, tapi kurang yang sanggup hidup demi Islam"


Kadang-kadang kita lupa amanah Allah ke atas kita sebagai khalifah diatas muka bumi-Nya.
Kita selalu lupa...


Si anak enak ketawa riang, mengejek dan bergurau senda,
Si bapa sibuk bekerja, bersosial..
Si ibu pula semakin moden dan fashionista..
Si polan sana, si polan sini..


Hidup didunia seolah-olah akhirnya di tanah sahaja.


Dikatakan tidak sanggup hidup demi Islam adalah sebegini..
Tidak sanggup memikul amanah Tuhan, adalah sebegini..
Pedulinya hanya kereta mewah, rumah besar, makan pakai cukup...
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan itu sudah cukup..


Tuhan itu di mana kita letak?
Seolah-olah hidup kita di dunia ini tiada yang memerhati,
Sibuk sekali menilai orang lain,
Nilaian diri sendiri, harus bagaimana?
100% lulus?


Gugur air mata, gugur darah,
bukan sekadar gugur, malah jadi lautan..
apa mahunya kita, hanya sekadar perhati, duduk diam, bersilang kaki.


Apa ada dalam hati?
Tuhan kita letak di mana?
Selama mana kita ingat pada Dia?
Harus bagaimana ya dunia..
Harus bagaimana hidup menumpang di bumi Tuhan..
Hati merintih sendiri, mencari jalan tak ketemu Rabbi.





No comments:

Post a Comment