Thursday, July 22, 2010

Budak Baru lagi

Hari ni ada budak baru lagi masuk, harap bukan untuk sehari, raja sehari jauh sekali.
Kali ni kalau aku nampak aura si Roy nak tanya soalan mengenai jantina, dengan satu nafas aku cepat cepat sumbatkan ayam penyet kat mulut dia siap dengan bonus penerajang.

Banyak keje la wey! Abes la aku kalau sorang-sorang quit!

Saturday, July 17, 2010

Krisis Jantina

Hurmm..aku belum pernah citer dengan detail lagi pasal member-member se-ofis aku kan? Ni..meh aku citer sikit insiden yang berlaku semasa kami lunch beramai-ramai melantak nasi ayam penyet yang ader lauk ayam+burung puyuh+ikan.

Kebetulan pada hari tersebut ada budak praktikal baru masuk, umur baru 18 tahun kot. On the way aku dan Roy beli dan tapau nasi ayam penyet untuk 8 orang makan, si Roy ni bley membebel pasal firasat dia yang tak berapa boleh 'in' dengan budak praktikal, amenda yang dia panas hati dengan budak tu aku tak taw la. Aku dengarkan aje luahan hati member, nak komen lebih-lebih pun firasat aku tengah blank.

Oh..buat pengetahuan korang si Roy ni budak dispatch kat ofis dan dia sangat banyak cakap, penat kalau melayan dia bercakap. Maka aku cuba mempraktikkan ilmu bagaimana hendak menjadi pendengar terbaik semasa di GEMS dengan hanya menjawab secara mengangguk,'aa', 'ye', atau 'hmmm' serta mendengar sepenuh hati. Aku harap trainer aku masa kat GEMS boleh nangis terharu tengok aku cuba mengamalkan ilmu yang beliau turunkan. Si Roy ni juga tidak segan silu bercerita berkenaan hidup dia yang penuh berliku kepada aku dengan lancar dan jitu.

Ok..berbalik pada budak praktikal tu.

Lepas dah siap tapau makanan dan balik ofis, aku, budak praktikal, Kak Sue dan Roy pun makan berjemaah, yang lain ada kerja so kena gilir-gilir makan. Masa tengah makan tu juga Kak Sue tetibe ada hal, so kat bilik pantri tu cuma ada aku, budak praktikal dan Roy.

Roy seperti biasa dengan mulut tak berhenti bercakap walaupun tengah makan meneruskan sesi berkenalan dengan budak praktikal. Aku pula lebih fokus meratah isi burung puyoh. So, aku dengar sipi-sipi je perbualan mereka berdua. Roy tanya rumah budak tu kat ne, tapi budak praktikal tu macam ye tak ye je jawab, aku pula masih main-main dengan burung puyoh. Roy pulak macam gertak nak ikut dia balik rumah sebab nak taw rumah budak tu punya pasal. Aku masih fokus pada nasi dan sambal yang terpercik ke mata. Aku tak berapa dengar apa jawapan budak tu yang menyebabkan soalan seterusnya yang terkeluar dari mulut Roy berbunyi:

"ko ingat aku lelaki ke?"

Time tu aku dah tak fokus pada burung puyoh, mata yang pedih pun aku tolak tepi, aku terus tengok tepat pada muka budak praktikal tu, telinga fokus pada jawapan budak tu. Gaya dan jawapan dari budak praktikal tu membuatkan mata pedih aku dengan mata Roy bertentangan, mulut Roy terdiam nak tahan diri dari gelak, mulut aku terkunci sebab mulut penuh berlaga antara burung puyoh+nasi+gelak.

***
Aku berjaya menelan nasi+isi burung puyoh dengan cemerlang. Selesai segala makanan hadam, aku dan Roy terbarai gelak jugak depan budak tu, tak tapis-tapis dah.

***
Esoknya budak praktikal tu tak datang ofis dah. Aku tak taw kenapa. Adakah sebab malu? Aku tak pasti. Masa briefing pagi tu bos dah tanya mana budak praktikal tu. Aku hanya memandang Roy bahawa aku tak bersalah. Semua salah ko Roy. Kami berdua bersepakat mendiamkan diri.

***
Roy ni nama penuhnya Rohaya. Korang paham-paham je la member aku ni macam mana gayanya. Budak 18 tahun macam tu la kot..ilmu ragam manusia belum khatam lagi sampai terkeliru jantina. Aku bet budak tu pergi menuntut ilmu mengenali jantina dengan lebih mendalam. Lepas ni aku nak try kenakan Sunan, introduce Roy ni kat Sunan. Kalau Sunan panggil abang, memang aku tak ngaku anak sedara. Sebelum aku test kat Sunan, maybe aku test kat Atin dulu kot. Nak taw jugak budak-budak baya adik aku ni dah khatam ilmu pengesanan jantina ke belum sebab seingat aku, masa umur aku 18 tahun, aku tiada kecelaruan dalam mengenalpasti jantina manusia.

***
Dan ye...budak tu memang ingat si Roy ni lelaki. Kat meja si Roy ni ader tergantung 2 teddy bear, kalau dah perempuan tu perempuan jugak! Harap je gaya ganas.

Thursday, July 15, 2010

YES!

Hari ni bos keluar waran suro balik lambat, aku dah start berasap bila jam tepat pukul 5pm sorang-sorang staf memberi ucapan selamat tinggal siap flying kiss and bye bye darling. Diorang ingat aku tak bersiap siaga nak tendang sorang-sorang esok sebab tinggalkan aku berkerja dengan angka-angka. Memang nak kena sorang-sorang ni.

Drive balik rumah tadi pun dengan siap-siap pasang muka garang dengan niat tak de lagi suara phewit-phewit kat tuan punya kereta bernombor plat JKB 30** masa kat traffic light. Lain kali aku kena order pisau rambo tak pun boomerang letak dalam kete siap-siap. Hati kalau tengah panas memang macam tu.

***
Sampai rumah, pasang brek dan kunci kereta beserta gear bagi kemas, aku bergegas menjenguk peti surat. Dan YES! buku brader Fdaus Ahmad-Sembang Kencang sudah sampai. Muka bertukar wajah serta merta, badan terus tak sakit sakit, spirit tak nak keje esok terus menaik. Itu baru sampai buku je, belum baca lagi aku sudah happy.

Harapnya selepas baca momentam happy aku terus melonjak. Sekarang siap-siap mengosongkan minda, angka-angka-GOOD BYE!

Wednesday, July 14, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Terserempak di : http://www.facebook.com/profile.php?id=645368695#!/note.php?note_id=411669814626&id=1081327063&ref=mf

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
________________________________________________________________
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi.

Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.
Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.


Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau.

Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.


2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.


Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.




Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...




Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...



Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

_ _ _ _
Nota Kaki : Artikel ini masih belum pasti kesahihannya. Mungkin ada perbahasan lain dan versi yang berbeza. Maaf itu aku tidak tahu, aku bukan pengkaji sejarah Germany dan Nazi in deep. I just want to share. Selebihnya korang siasat sendiri kalau berminat nak taw.

Sunday, July 11, 2010

Kembali pada dapur.

Ummy jaga cucu,
maka anaknya kena jaga diri sendiri.
Maka, kena masak sendiri balik.
Moral nak keje jadi down.

Sunday, July 4, 2010

Hepi sampai Ternyanyuk!


Sebelum tahun 2010

Dulu aku memang tak nak mahu paham pun kalau musim demam World Cup melanda contohnya makan bola, mandi bola, tidur bola, sembang bola.

Selepas June 2010
Baru la aku paham gejala-gejala penyakit demam bola ni. Bila masa nak mandi terlupa nak syampoo rambut rasa macam nak sepak diri sendiri juga rasanya. Mungkin sebab aku hepi dan kepuasan sangat bila Argentina kalah.
Rasa hepinya macam dapat Anugerah Dekan..tak pun macam dapat surat chenta dar Piotr Trochowski.
Sebabnya bila masing-masing tahu aku ni Spain and Germany supporter, masing-masing keluar ayat mengutuk bak senior mengutuk junior. Lepas Brazil and Argentina kalah, dan dan masing-masing cover dengan ayat karangan SPM.
Lucu pun ada baca status diorag kat fesbuk contohnya :

Fdaus Ahmad Ehemm..ehem..tiba tiba rindu bila ingat balik zaman belajar masa di Universiti Stuggart dulu..
-brader ni sapot Brazil pada awalnya. Blog dia Sembang Kencang

Firdaus Abdillah Hamzah sebenarnya gua tak minat sangat bola
-brader ni sapot team pak cik Maradona. Blog dia Hilang Punca.


Amirul Muda
memang arrr...kte wak umpan jerr ARGENTINA...ni bru game kte bnor!!!!
-ni ex-SMAMT, tak de blog. mula-mula sapot Argen, tetibe kate umpan je? Alih-alih dia ngaku sebenarnya sapot Spain. Aku agak dia nak balas dendam ke Germany je. keh3..

kalau Germany kalah pun nanti aku tak terkilan sangat sebab Argen dah kalah dengan Germany dan aku masih tak minat sangat tengok permainan bola sepak, aku hanya seronok membaca artikel-artikel dan analisa dari peminat bola sepak sahaja. Dan ye, kenapa aku tak suka Argentina dan England, sebab diorang ni nampak jenis kaum lupa diri kot? Ada kaitan ke? Argentina sebab aku tak suka sama Messi & Maradona, England sebab aku memang tak suka.
Lalalala...
Main buaian...


Double Happiness. Dalam duka ada kesukaan walaupun hanya pasal World Cup


Ingatkan semalam dan pagi tadi nak bersengkang mata tengok match Germany vs Argentina & Paraguay vs Spain. Tapi jam 9pm je mata dah berat sangat. Dalam hati kalau terjaga tu tengok la, kalau memang tak larat nak bangun, wassalam je la nak tengok dua-dua team favorite tu. Aku mimpi padang bola je la.


Bangun pagi je cepat-cepat online tengok result. Berdebor jugak..kalau team pak cik Maradona ni menang, abis la aku kena balik dengan budak-budak kipas susah mati Argen yang memang tunggu masa je nak malu kan Germany. Debornya kalah nak tunggu result UPSR. CIS.

Nak terbeliak jugak biji mata bila Germany dapat hentam team pak cik Maradona sampi 4-0 keh keh keh..segala debor dah bertebar di ganti bunyi vuvuzele bernada riang. HAHAHA..maka aku dengan baik hati ziarah walls budak-budak yang yang sedang keciwa dan siap nak bungkus baju, konon nak gembirakan hati diorg, padahal rilex je aku gembira kesukaan. Budak-budak tu semua diam menikus je kat fesbuk. Dah siap-siap pack lagi nak naik bus.

Tapi yang tak enak bila next match Germany vs Spain. Dah aku nak sapot mana ni? Hati macam kuat ke Germany. Ah...padahal awal-awal dulu sapot Spain, tapi sebab manusia aneh ni tak bagi aku sama team dengan dia, sedap-sedap je dia nak halau aku dari fans list. Kan aku dah berpaling tadah ke Germany ni..salah manusia aneh tu la.

Saturday, July 3, 2010

Bertubi-tubi

2nd July 2010 (2pm-5pm)
Di office. "treet treet" bunyi SMS masuk kat no.phone Maxis.
Sender -Member dari ex-GEMS 1 berbunyi :
"ko dah keje blom?"




***







3rd July 2010 (9am-1pm)
Di office. Lagu meriah intro lagu Anystar-Lee Hyori. SMS masuk kat no.phone Celcom.
Sender-Member ex-GEMS 2 berbunyi :
"ko dah keje blom?"





***







3rd July 2010 (2pm-3pm)
Dalam bilik tidur. Mata dah macam bawa beban 10 tan. Memang manje betul badan! Tak boleh buat kerja berat sikit.
Lagu riang kanak-kanak Wonderpets.
Caller- ex-coursemate masa kat Segamat bertanya lebih kurang :
"ko dah keje?" dengan nada yang agak berlainan. Tak pasti.





***
Masing-masing ingat aku stok muka suri rumah sejati agaknya. Diorang tak taw agaknya aku punya cita-cita nak buat rumah agam kat Banjaran Alps dan Gunung Fuji belum termakbul lagi. Dunia..dunia...dunia..

Thursday, July 1, 2010

Debor-Pak cik...pak cik..same darjah cool dgn Nutz

2 Jun 2010 (Rabu) - 10.35pm
Jangan bimbang, aku bukan nak cerita pasal pengalaman aku pasal bisnes sihir-sihir ni.
Tengah aku sibuk-sibuk baca blog Blues Orang Jelebu sambil jeling-jeling kotak televisyen di sebelah, masa tu aku belum pasti lagi rancangan apa sedang berkumandang di kotak televisyen. Yang aku tahu dari pemerhatian awal pasal bisnes sihir-sihir ni.

Telinga kanan aku sempat menangkap la perbualan salah sorang ahli keluarga yang di sihir iaitu bapa kepada mangsa. Telinga kiri aku dengar bunyi orang sebelah rumah merayakan hari gawai? tak pasti.

Perbualan dengan bapa mangsa dah buat aku ragu-ragu dengan pemerhatian awal aku yang dah rasa nak fail hipotesisnya. Perbualan dengan bapa mangsa dah macam kisah pasal pendidikan pula sebab bapa dia kata lebih kurang macam ni situasinya (maaf aku tak hafal percakapan bapanya dari awal) : pada suatu hari anak dia tiba-tiba boleh pandai cakap Thailand yang sebelum ni dia tak tahu pula anak dia ada belajar bahasa Siam ni, masa tu aku dengar nada bapa dia cakap macam takjub + bangga bila anak dia boleh cakap bahasa Siam tak sampai 1 jam sambil bapanya berkata lebih kurang :

"saya ingat hebat juga guru yang ajar bahasa Siam dekat anak saya ni, masuk kelas tuisyen pun kalah ni, tak ada sampai 1 jam dah fasih bahasa Siam", aku dah ragu-ragu di situ, maka aku fokuskan kedua-dua telinga aku pada kotak televisyen, masa tu aku tak tahu la nak gelak atau kesian sebab aku tengok rupa bapa dia dah selamba macam nak masuk rancangan Raja Lawak, tapi bila turn mak mangsa cakap dah sambil nangis-nangis, aku kembali pada ingatan dan hipotesis asal bahawa itu adalah rancangan Mistik bukan Raja Lawak. Rancangan Mistik ni kisah pasal orang-orang yang di sihir ye, bukan program pendidikan bahasa Siam.

Baiklah. Sambung baca blog.

p/s: hari ni hari pertama kerja dan aku tersengih-sengih.