Sunday, October 3, 2010

Hal hal kenduri kahwin



Dalam keadaan perut tak berapa nak kena, aku gagahkan diri untuk pergi ke dua tempat kenduri kahwin di dalam taman yang sama.

Kenduri kahwin tempat pertama berjaya aku selesai menghadirkan diri dengan aman walaupun terpaksa meredah beberapa kawasan pembakaran ubat nyamuk. Kenduri kahwin tempat kedua aku agak boleh selesai dengan aman juga setelah membuat analisa dari jauh. Selesai cedok dan sauk lauk apa yang patut serta pilih tempat yang sesuai, maka berlansunglah sesi makan tengahari pusingan kedua.

Rupanya keadaan aman ini jangan di sangka boleh kekal. Tak payah tunggu lama, speaker yang aku kira lebih tinggi dan besar dari aku dan terletak betul betul di sebelah meja tempat aku bersantap mengeluarkan bunyi yang mengundang pencemaran bunyi di telinga. Ditambah pula dengan kondisi perut yang tak berapa boleh nak stabil, tekak pula dari rasa macam telan batu.
Muka pula dah macam ni:

Secara tiba tiba hati dah terkesan satu lagi bala. Datang seorang remaja perempuan membuat permintaan kepada pak cik DJ hendak menyanyikan lagu Isabella dengan segala art semua dah ke laut, semua faktor ini akhirnya mengundang rasa memberontak yang mendalam pada perut, isi perut sekaligus mengundang emosi yang tak berapa nak stabil. Ah...saat ni aku betul betul dah rasa cuak, bimbang, cemas kalau kalau hormon kemarahan yang meluap dalam diri boleh mengundang bencana seperti tiba tiba aku bertukar menjadi The Hulk?

Rupanya tidak...otak aku hanya memberi arahan melempar pinggan yang sedia dengan tulang ayam kepada tangan, tangan pula secara manual melemparkan segala yang ada atas meja kepada penyanyi amatur dengan gaya matrix + Jackie Chan + topeng heartless di muka dan..gol! (baca dalam keadaan laju ketika bola hampir dengan pintu gol). Di sebabkan konsert amatur yang mengundang pencemaran bunyi yang ketara, para hadirin juga beramai ramai membaling epal, senduk, gelas, tisu serbaguna dan berdemostrasi agar nyanyian tersebut di hentikan serta merta. DJ yang sememangnya berdosa juga tidak ketinggalan menjadi terget untuk di baling tulang ayam, tulang kambing serta segala makanan jin. Setelah itu, semua hadirin pulang serta tempat kenduri kahwin itu bertukar seperti tapak konsert selepas orang orang merusuh.

------------------------------------
Ok, aku tipu je. Malang pada saat genting ini gen hijau Hulk tidak muncul.
Selepas menelan segala makanan dalam keadaan emosi terganggu,
aku pulang ke rumah dengan berbakul bakul kemarahan di dalam hati.

Tips penting semasa menghadiri jamuan kenduri kahwin :
PILIH TEMPAT BERSANTAP YANG TEPAT

No comments:

Post a Comment