Sunday, October 24, 2010

Perutusan Khas 2022

Tahun kahwin? Tak.
Tahun bertunang? Tak.
Tahun dapat anak pertama? Tak.
Tahun pergi menunaikan haji? Errr...

---------------------------------------
2022

Di tengah keriuhan Piala Dunia.
Menggodam arkib blog hubby aku yang sudah lama di tinggalkan. Arkib-Oktober 2010. Dengar kata tahun tersebut tahun banyak cerita cerita panas. Nasib baik anak anak semua dah tidur, bolehlah baca hal hal sejarah dengan aman.

Tersentak membaca entry pertama pada bulan tersebut : Surat Cinta Untuk My Future Wife(s)

Ah tak boleh jadi ni, mesin masa mana? mesin masa? Tak silap hari tu Si Hammad Junior yang terakhir main main mesin tu sampai tersesat di Acheh, sudahnya jadi Laksamana Sunan pula. Sikit lagi aku punya mesin masa tu nak di laser dengan Along gara gara letak benda benda berbahaya merata rata.


"Hammad! mesin masa dah letak balik dekat loteng rumah Kak Uda belum?!" cepat cepat aku menjerit memanggil Hammad yang kebetulan online di Facebook. (Dari dulu lagi Hammad memang suka panggil aku kakak walaupun aku mak cik dia, nak buat macam mana lagi..sigh)

"Hah? Dah dah, dah siap repair sekali tu, Kak Uda punya pasal tak payah bayar upah pun tak de hal".


"Haaa...bagus, memang Kak Uda tak nak bayar pun, lagipun sebulan sekali memang kena bagi servis mesin tu, nak harap ke pak cik kau, satu apa pun tak jadi"

"Lepas ni Hammad boleh guna lagi ae?"

"Kau nak mak kau bunuh aku pula ke Hammad?"

"Alaaa...trip kali ni pergi dengan
Pak Uteh la kak"

"Kau jangan percayakan sangat kepala otak Pak Uteh kau, tahun lepas dia tertinggal anak
Pak Jie di Marikh, nasib budak tu dah telan pil GPS siap siap"

Melayan ke Hammad ni tak boleh lama lama, aku cepat cepat pura pura offline di Facebook.

Misi membalas surat cinta ke masa lampau kena bagi settle sebelum sang suami pulang.


---------------------------------------------------------
Dear My Future Hubby,
Wa'alaikumussalam.

Tujuan I bersusah payah mencari mesin masa dan menaip perutusan khas ini bukan kerana tuntutan anak anak ataupun desakan keluarga, tapi sebagai langkah keselamatan you dan bakal keluarga (termasuklah I juga) ehem.


Perutusan khas ni sesuai di baca pada mana mana mood sekalipun. Samada you tengah tidur, menggosok gigi atau ber'SMS' dengan awek awek you.


Dengan baik hati, I akan cuba memberi beberapa clue untuk memudahkan you mencari I ye.

Pertama, kalau you search nama I di Facebook mesti you akan jumpa punyalah. You akan tahu nama I, status I samada dah berpunya atau belum, nama adik beradik I dan nama mak ayah I. Kemudian you akan tengok photo albums I pula, make sure gambar I masa tu jenis pakai pakaian muslimah dan comel gitu, macam taste you kan?


Kedua, bila you dah tengok photo album I pula, you mesti baca status status di wall I kan, kemudian you mesti tengok tengok samada I ada blog atau tidak. Daripada situ you akan tahu I ni jenis Ferrero Rocher yang masih berbalut cantik atau yang dah jatuh di lantai kena pijak.


Ok, kalau bab bab nak request jumlah anak, baik you request dengan Tuhan je ae? I tak nak suruh you beli mesin buat anak sebab nanti you buat alasan nak tambah calon lagi 1 kan?


Fasal kerjaya kan you, I pun tak kisah kalau duduk rumah. Tapi kalau nanti I dah tak kerja, you jangan asyik nak overtime je ye? Kan you nak rakyat jelata yang ramai, maka you yang kena monitor rakyat jelata you, I sebagai permaisuri sekadar membantu you je..kan? Kalau semua hal I yang in charge nanti jiran jiran kata I queen control pula..I tak kisah..


My soulmate,
Errr...bab memasak ni memang I gugup juga dulu, tapi sekarang pun I masih gugup. Harap harap nanti bila you dah jumpa I, you dan I pun kena sama sama pergi kelas masakan ye. You nak rakyat jelata ramai kan? Raja pun ada tukang masak sendiri, tapi I tak minta you upah chef pun...I cuma nak you pun gilir gilir memasak juga. Ustaz I pernah cerita : "Kalau isteri saya tak mahu masak, saya cool sahaja...tak boleh nak salahkan dia, tugas memberi rezeki tu kan pada suami" Itu ustaz saya kata lah...

Akhir kata,
Bila you dah jumpa I dan sudah pasti I bakal isteri you bukan kembar bakal isteri you, you pergi search I di Facebook lagi. You boleh say Hi hi dengan mak ayah I, tanya no telefon, alamat email untuk sembang sembang di Yahoo Messenger atau Skype dan jangan lupa tanya alamat rumah serta jumpa mak ayah I untuk sesi yang seterusnya iaitu hubungan yang halal.

Oh! jangan lupa, masa you add I di Facebook dan nampak I online ke, you buat buat la tak nampak je, konon konon you tak kenal I dan jangan minta nombor telefon I pula ye sebab masa tu kalau I dengar telefon bimbit I berbunyi je rasa macam nak baling telefon tu ke dinding. I lagi suka unsur suprise bila tiba tiba you dan keluarga you datang rumah I. Memang gentleman!


With Love, Your Future Wife October 2022

Siap!
July 2010

Ceh! pakwe ni tengah mimpi di kayangan rupanya, cepat cepat aku menghampiri pakwe tersebut.

"Pagi esok depan pintu rumah lu, gua ada letak satu biji bola kaler hitam putih. Lu belah bola tu, tzzztt...tzzzt..alamak, siaran tergendala, ok gua kena cakap laju laju. Dalam bola tu ada iPad, baca!" tzzzt...

------------------------------------------------------
2022
Ah sudah, dah pukul 3petang.
Buzz! Buzz! Buzz!
"Hammad, remote pagar rumah Kak Uda mana?!"

"Haih, tiba tiba online, mana la orang tau kak!". Ceh, pak cik dah balik la tu, baru kelam kabut nyorok mesin masa.


Versi asal Surat Cinta untuk My Future Wife(s)
Versi asal Surat Cinta dan Nasihat dari Wife Masa Hadapan

No comments:

Post a Comment