Pernah sekali aku pergi ke rumah Nenek Chik, aku, Anas, Fatin dan seorang lagi yang bukan adik-beradik. Kitorg saja pergi ziarah rumah Nenek Chik di mana ye? Selayang kot.. Lepas tu ternampaklah satu jam loceng yang agak besar, lebih kurang macam ni rupanya :
Terus aku teringat pada zaman Matrikulasi, teringat pada ahli ke-5 di bilik apa entah, dah tak ingat dah nama bilik
kitorg. Sebenarnya, dalam 1 bilik hanya memuatkan 4 orang ahli je, tapi ahli ke-4 kami menyambung pengajiannya di tempat lain selepas minggu ke-2 atau ke-3 berada di KMJ. Maka tempat ahli ke-4 kami diganti oleh ahli ke-5, dan dia masuk agak lewat. Nama ahli ke-5 kami tu Ang Yeow Ying (kalau tak silap).
Cara sesi ta'aruf si Ang ni lain macam sikit. Malam pertama dia duduk dengan kami, segalanya memang seperti biasa. Biasa la kalau ada bunyi cengkerik ke, bunyi pelik-pelik dari ladang kelapa sawit di sebelah KMJ tu memang normal. Macam la tak pernah rasa suasana kampung, ye dak? Minggu-minggu awal kami di KMJ bukanlah minggu-minggu untuk bersantai, individual assignment, group assignment & presentation dah mula berterabur
kat kepala otak. Malam itu malam studi, tapi untuk si Ang dia dah selamat di buai mimpi. Tapi apa nak kisah? dia budak pandai, budak 13A memanjang. (Ok, intro dah settle)
(Perenggan kedua) Baki 3 lagi ahli bilik (mestilah termasuk aku), mata masing-masing masih di buku dan telinga di radio, tangan pula kejap-kejap
kat telefon, kejap-kejap
kat pen, kejap-kejap dekat pensil. Haa..macam tu la..macam biasa-biasa..
(Perenggan seterusnya) Hampir ke jam 12 tengah malam. Masih biasa-biasa je juga, tak ada la ada orang jual nasi lemak ke, pau Suri ke dari pintu ke pintu. Dah 12 tengah malam, jadi masanya pergi cuci muka dan kaki. Tak lama kemudian, bilik
kitorg digegarkan dengan bunyi yang kuat, elok-elok otak baru nak sejuk, tiba-tiba terus panas balik. Kemudian dengar kecoh-kecoh di lantai tingkat 4 Blok C. Bila buka je pintu, masing-masing tanya :
"Ada
fire drill ke? Ada
fire drill ke?"
"Tak..tak, pergi lah tidur balik. Tu bunyi jam loceng si Ang."
Dan si Ang masih kaku tidur lena lagi.
Itulah caranya dan hampir semua ahli di lantai tingkat 4 Blok C kenal dengan si Ang. Dan sejak hari itulah jiran sebelah katil Ang iaitu Ateq kena kejutkan Ang setiap kali jam dia berbunyi. Lepas tu aku nampak si Ang dah tak letak jam loceng dia atas meja, tapi dalam laci. Mungkin bagi serap bunyi?
Waktu teringat: 11/05/2011 12.37pm, perjalanan pulang dari USM,Penang ke Ipoh.
----------------------------------------------------------------
Pasal jam loceng ni juga pada satu pagi (11/05/2011) ada satu SMS masuk mengejut untuk bangun solat subuh. Org yang hantar SMS tu tak tahu sebelum SMS dia berbunyi di telefon, aku dah terjaga dua kali sebab bunyi alarm dari telefon Along. Esok paginya (12/05/2011) aku balas "Selamat Bertahajud Cinta" tepat jam 1.15 pagi dengan harapan SMS tu sampai pada jam 3 pagi. Harap demam dia terus kebah la lepas ni.