Monday, September 19, 2011

Ekspresi 6

Sabtu lepas bersamaan 17 September 2011 macam biasalah, masa tengah mood raya, banyak lah open house kan? Saya, empat orang lagi officemates yang solo dan seorang lagi officemate yang dah tak solo pun bergerak sama-sama ke open house senior kami...


Kebetulan masa kami sampai, cik awek kepada anak senior kami pun baru sampai juga. Officemate kami yang dah tak solo tu pun tanya la kak senior macam ni; "tu bakal menantu akak ke?" Kami berempat yang masih solo buat-buat khusyu' melantak tak ingat dunia.


Kak senior pun jawab; "aku dah bagitahu dia (anak laki dia), nak jadi menantu aku kena pandai masak".


Dengar je jawapan kak senior, mahu tersembur nasi impit yang penuh di mulut. Sungguh tak senonoh. Dalam hati cepat-cepat memanjat doa; "Janganlah bakal mak mentua aku request syarat yang bukan-bukan".


Hari ini masa dalam perjalanan nak beli kepci dan ambil kek sempena hari jadi kak senior di atas, tiba-tiba topik di atas muncul. Rupanya bukan saya sahaja yang nak tersembur dan tersedak bila dengar jawapan kak senior malam tu, baki 3 orang yang solo tadi pun dalam khusyu' mentekedarah nak tercekik juga dengar jawapan kak senior tu. 


Bab memenuhkan tembolok masing-masing memang handal, sampai bab nak memasak semua kucar-kacir. 
T_T


Biane ummy...wawawawawa...


No comments:

Post a Comment