Monday, September 12, 2011

Fantaghiro


Baru-baru ni ada terdengar balik pasal Fantaghiro. Tak tahu la saya apa dan siapa si Fantaghiro ni. Jadi, terlebih rajin pula mencari siapakah gerangannya si Fantaghiro...


Rupanya cerita drama bersiri masa tahun 1991-1996...padanlah ramai kawan-kawan yang baya-baya saya ni tahu pasal cerita ni...Cerita ni berlatar belakang Zaman Gelap Eropah. Mudahnya memang di letak begitu kerana latar masyarakat dalam cerita tersebut meletakkan kaum wanita di kedudukan yang rendah & menafikan hak-hak wanita. Alaaa..dah tengokkan? Mestila tahu..


Tapi bila fikir balik, kenapa saya tak tahu apa-apa fasal cerita tv hot zaman kecil-kecil dulu, rupanya masa orang lain ralit cot cet cot cet pasal cerita ni dalam kelas, saya ralit tengok si Elvis menyanyi. Ceh...baru teringat masa kecil-kecil dulu memang gila bayang dengan Elvis sampai rambut pun nak ikut gaya dia sebiji & sampai hair dryer ummy pun jahanam. Nasib masa tu dah kena pakai tudung pergi sekolah, kalau tak memang dah kena sebat dengan cikgu.


Ok..sekarang dah boleh tengok cerita zaman kanak-kanak ni balik di TV9 setiap hari Ahad jam 10 malam. Selamat mencuci mata tengok hero kacak. 

No comments:

Post a Comment