Saturday, August 21, 2010

Mengimbau perangai ahli rumah sewa di Segamat



Entah macam mana, time bulan ramadhan ni ingatan pada member member serumah sewa dulu tiba tiba menjengah.

Pada tahun kedua di UiTM Johor, batch kami dah start kemasukan pelajar beramai-ramai di ikuti batch selepas kami, kalau tak silap batch 2007/2008. Oleh sebab kemasukan pelajar beramai-ramai ini, maka pelajar yang lebih senior perlulah di halau keluar dan bertebaranlah kami sembilan anak dara belaka semuanya mencari rumah yang sesuai untuk memuatkan kami semua. Masing masing memang jenis nak berjimat, berkongsi rumah sembilan orang pun tak jadi hal, bak kata orang putih 'the more the merrier'.

Kami dah target sebuah rumah agam yang low budget, maka segala proses dokumentasi cepat cepat di settlekan agar rumah agam tersebut tidak di target oleh orang lain.

Start semester ketiga, bermulalah kehidupan kami sebagai pelajar Non-Resident. Dari rumah sewa nak ke kampus jauhnya kira-kira 12km, termasuk sesak di pagi hari dan bertembung dengan jadual kereta api, perjalanan memakan masa lebih kurang setengah jam untuk sampai, itu belum masuk lagi tiba tiba JPJ buat roadblock. Awal-awal memang susah sikit sebab kemudahan pengangkutan yang terhad, kadang kadang kena menumpang tidur di surau kalau tiba tiba lecturer bertukar angin nak buat kelas malam atau test waktu malam.

Kalau dah balik malam naik bus, bukan pak cik bus tu boleh hantar depan rumah, kena la menapak nak ke rumah malam malam. Maka adegan seperti di kejar anjing gila kerap berlaku. Oleh kerana sistem pengangkutan pun dah serupa LRT time pagi, atau tiba tiba bertembung dengan jadual pak cik-pak cik bus mogok, ada masanya kami terlewat sampai ke kampus. Alasanya, flight tertunda. Macam tu lah.

Oleh kerana hal yang demikian, berpakatlah kami untuk naik kereta sahaja dan share duit minyak. Itu lebih mudah.

Panjang juga intro aku ni.

Berbalik pada tajuk di atas.

----------------------------------------

Ahli ahli rumah aku di Taman Perling ini punya macam macam ragam, ragam bab makanan, bab penjagaan diri, kebersihan, kerohanian, disiplin dan keselamatan semuanya cukup.

Kalau bab ketua rumah, kitorang bukan jenis pakat-pakat lantik atau undi lantik siapa nak jadi ketua darjah macam masa kat sekolah dulu. Kitorg pandai-pandai tahu sendiri. Biasanya mestilah kakak kakak yang lebih tua, biasanya yang jadi ketua rumah ni ikut musim jugak, kadang Mama Bai, kadang-kadan Papa Sri, kadang-kadang Kak Aza tetapi stail Kak Aza lead ni jenis kena paham paham sendiri. Dia punya arahan tak cakap banyak, pandangan mata dan lirik senyum je dah cukup.

Kalau bab ketua kebersihan dan keceriaan ni boleh bagi kat Cik Masita Laronda. Dia ni memang jenis suka bangun awal pastu bersihkan rumah. Kalau tengok dia dah start mop mop lantai, kitorg pun cepat cepat capai penyapu dan apa yang patut, buat operasi pembersihan bersama-sama.

Perihal gerau atau tukang masak ni boleh bagi pada Onnie dan Kak Bai, Kak Sri dan Kak Aza pun kira tergolong dalam gerau yang berkebolehan jugak, ni kira calon-calon orang dapur yang bagus aku boleh rekmen. Baki 5 orang yang lain ni boleh jadi pramusaji je, kalau masak pun stail makan untuk perut sendiri je. Tapi kalau turn yang 5 orang masak, kitorg makan je asalkan masih boleh di makan dan halal. Biasanya kalau yang 5 orang ni masak, awal awal dah pesan 'kalau tak sedap, diam diam je'. Begitulah selalunya.

Korang failed lagi ke bab memasak? aku failed beb. Nanti kalau nak repeat exam memasak, inform aku.

Perihal keselamatan ni biasanya idea bersama. Idea pasang kawat duri tu siapa punya ae? Aku agak-agak macam kak sri.


Proses pemasangan kawat berduri

Masa pasang tu, uncle cina sebelah rumah gelak-gelak je kat kitorg. Rumah korang tak kena ceroboh sedapla lu gelak-gelak, nak tolong tangkap penjenayah tu memang tak de la. Kami redha kan ajelah orang nak kate rumah sewa kami macam penjara. Lebih baik ambil tindakan berjaga-jaga, ye dak?

Ok, kalau hal ehwal kewangan rumah pula, sekali lagi di serah kepada Kak Sri dan Kak Aza. Dari hal duit rumah sewa, bil elektrik, bil air, duit makan, semuanya serahkan pada mereka. Memang untung ada akak-akak yang tolong uruskan hal ehwal kami yang lain. Ribuan terima kasih tak terhingga kepada mereka. Korang boleh mintak cenderahati pada Lily bila dia balik dari UK nanti.

Bab hal-hal pencetus idea untuk mengisi masa lapang, nak pergi berjalan-jalan atau aktiviti makan-makan secara mengejut boleh serah pada Lily dan Masita, Piqa, Onnie kadang kadang akan jadi pelengkap idea, yang jadi tukang bantah apa yang patut kadang-kadang aku. Tukang bagi idea dan rancangan penuh hal ehwal makan dan perjalanan biasanya akan di bincang bersama-sama. Semasa sesi brainstorming tu la macam-macam idea biasa, separa biasa atau luar biasa akan di kemukakan.

Boleh kata, hal pentadbiran dan carta organisasi kami cukup teratur dan di atur hanya menggunakan bicara hati je, tak perlu berkata-kata kami dah tahu tanggungjawab masing masing. Hidup sebagai pelajar ni siapa kata rumah tak macam tongkang pecah. Itu memang dah lumrah, tapi bila ada member member yang lain ianya saling lengkap melengkapi, nak menguruskan rumah sewa tidak sesukar mana. Yang penting jangan terlalu emosi.

Sibuk tetap sibuk, bukan sibuk hal study je, hal skandal, hal patah hati, hal jiwa kacau, hal family, hal lecturer semuanya cukup rasa. Tapi semua benda tu jadi manis bila teringat balik.

------------------------------------------
Tapi lain halnya dengan adik perempuan aku sorang ni. Duduk rumah sewa tapi sistem pengurusan diri pun failed, macam mana cerita ni? Kata nak hidup berdikari. Patut ke tak aku duduk sekali dengan dia?
Aku jawab sendiri : Duduk rumah dengan family lebih baik, makan minum, rohani jasmani, zahir batin terjaga. Moral down pun dah sekali sekala. Tonsil datang pun sekali sekala macam sekarang.


owh..ex-housemates aku untuk musim kedua jangan kecil hati ye, nanti aku sambung di lembaran akan datang. Sayang kamu.

2 comments:

  1. amboi2x cik mira, aah lah ko ckp br aq teringat....wawa rindunya! jom kita amik cuti balik segamat...sewa umah mana2 pas2 buat aktiviti mcm dulu2...huhu luv it!

    ReplyDelete