Friday, September 3, 2010

Makin Laju

Tahun 2010 menyaksikan banyak cerita, komedi dan tidak kurang juga 'scene' yang dramatik. Bab dramatik aku malas nak cerita.

Sejak aku memperkenalkan buku
Akhi Fdaus (Sembang Kencang) dan menunjukkan buku Karipap-Karipap Cinta serta blog Dunia Vovinska hasil nukilan Mr.Vovin kepada Anas, aku tengok aku sudah semakin laju. Laju menge'post' entry entry baru dalam blog beliau. Laju dengan idea idea yang aku syak hasil ilham pembacaan dari penulisan dua brader diatas dan tak kurang juga sedikit wabak penulisan dari Faisal Tehrani (kami bedua memang penggemar karya FT, ok bukan Faizal Tahir), bab bab keluar duit kerajaan pun laju juga dia merancang, aku boleh letak kelajuannya menyamai bawa gear 4 kat mana mana highway pada waktu mana mana perayaan di Malaysia, tapi hal ehwal pembelajaran aku syak mungkin lajunya macam bawa dalam gear 4 masa kat highway Pasir Gudang pada hari Isnin kot kelajuannya. Ok, hal gear gear kena cerita belakang tabir.

Pada mulanya aku agak ragu ragu untuk memberi buku karya Akhi Fdaus ni kepada Anas untuk di baca. Aku bimbang wabak skema Anas mungkin akan berlawan dengan wabak 'rebel' terpendam dia, maka aku bimbang akhirnya aku yang harus kucar kacir mencari penawar bila ummy melihat Anas sudah menjana transformasi yang memuncak hasil pertembungan dua wabak tersebut. Itulah akal rasional aku fikir fikir kan, walaubagaimanapun tangan aku mungkin tidak bersetuju dengan pendapat akal rasional aku, maka tangan aku mengambil keputusan secara entiti berasingan dengan memberi buku Sembang Kencang tersebut kepada Anas.

Ok, hasilnya korang boleh tengok sendiri apa dah jadi pada Anas sekarang. Segala kebimbangan aku sudah terpadam, Anas sudah lulus masuk dalam dunia indie.

Macam mana aku boleh terjebak jadi pembaca setia dalam dunia blog indie ni?

Jawapannya sewaktu aku patah hati. Ya, itu sisi cerita dramatik penuh air mata dalam tahun 2010. Tahun 2023 aku tak pasti. Maka tak payah la aku cerita lebih lebih cerita sedih sedih, rosak mood nak raya karang, tak pasal pasal semua anak sedara aku tak kan dapat duit raya pulak nanti (padahal memang tak dapat pun).

Ok, kesimpulannya, blog brader Pipiyapong, Fdaus dan Mr. Vovin memang jenis blog la tahzan versi indie. Dalam gelak gelak, terselit keinsafan. Macam ucapan raya pulak bunyinya.

-------------
p/s: Anas, lu jangan putus fius lebih lebih sangat, karang susah gua nak kawtim dengan ummy.

No comments:

Post a Comment