Sunday, October 17, 2010

Kismis mane, kismis?

Rentetan peristiwa malam 17 October 2010

1. Keluar memandu pada waktu malam. Walaupun sudah sedia maklum kalau memandu waktu malam, mata ni hanya boleh berkerjasama dengan baik bila adanya cermin mata, tapi masih lupa memakai cermin mata. Akibatnya lampu lori di depan nampak macam lampu motor, lampu motor mungkin nampak macam kelip-kelip kot?

2. Destinasi di tuju sepatutnya menghala ke Pasir Gudang tapi boleh turun highway nak ke Johor Bahru. Damn! Terpaksalah u-turn dekat dengan Giant. Kalau ikut hati nak buat gaya stunt man, pusingkan kereta, berpatah balik sambil di iringi bunyi tayar berdecit. Tapi bila fikir balik aku belum kahwin, belum naik haji dan belum makan aiskrim, aku batalkan sahaja niat tak tentu hala.

3. Selesai beli barang-barang apa yang patut dan keluar ke tempat parking kerera. Tapi terlupa parking kereta kat mana dan cari cari kereta tak jumpa pula. Sigh! Dengan mata tak berapa nak nampak + ke hulu ke hilir macam gaya anak hilang mak + sambil sambil chill kaver line dengan pak cik jaga (pak cik jaga dah pandang lain macam, gaya macam aku nak rompak kereta) + tangan tekan tekan remote kunci kereta untuk detect kat mana parking kereta.


Tindakan:
1. Dengar nasihat ummy pergi check mata dan cermin mata.
2. Ni yang aku malas bila keluar sorang sorang. Bab jalan habis berterabur. Tak payah keluar sorang sorang kecuali pergi kerja.

*Sigh*

---------------------------------------
Serba tak kena je malam ni, banyak benda terlupa. Kismis mane kismis?

3 comments:

  1. kah kah kah kah...orang itu mencari orang untuk kemas rumah..orang ini cari orang biar jadi tongkat..macam orang buta!

    ReplyDelete
  2. xpela...kte pon penah gak lupa tempat park kete...nk dekat 1 jam jln kaki di tgh2 panas dlm utm cari tempat park kete yg btol.hehehe

    ReplyDelete