Terima kasih keluarga saya. Jutaan terima kasih. Tapi...
-----------------------------------------------------------------
B
Saya juga pernah melalui zaman berchenta (cewah!) seperti manusia-manusia yang lain, yang bercinta. Berhantar SMS dan saling bertelefon tak kira siang dan malam, bertanya makan di mana, buat apa, yang mahu tahu itu dan ini tentang pasangan masing-masing. Ya..saya pernah melalui itu semua. Tapi perkara-perkara itu lansung tak menjanjikan hubungan yang kekal dalam hidup saya. Ianya juga tak menjanjikan hati yang tenang dan saya tak menjumpai apa yang hilang. Maka saya penat.
Hingga sampai titik kritikal dalam hidup. Walau saya tahu akibat dari keputusan yang saya ambil bakal memberi kesan dan menggegarkan sebuah hubungan dan tali persaudaraan, mungkin kerana diri rasa terlalu berdosa, maka saya ingin melalui hukuman dari Tuhan secara tunai dengan harapan dosa lalu itu terhapus, dengan harapan saya akan berjumpa jalan menuju Tuhan Yang Satu. Kerana saya tak sanggup menjalani hukuman dari Dia di akhirat kelak. Seakan banduan yang sedang menjalani hukuman yang di jatuhkan sang hakim.
Masih di saat kritikal itu, saya meletakkan seluruh kesalahan keatas diri sendiri, selepas meminta maaf saya lansung berdiam diri hingga sekarang dikalangan ahli keluarga, saya tidak bercerita sebab-sebabnya. Saya mahu ianya berlalu dan diam begitu.
Hukumannya memang tidak mudah untuk di lalui dan bukan mudah juga untuk pulih tambahan jika kamu memilih untuk melaluinya sendirian. Sehingga ketika tempoh hukuman hampir tamat, saat jiwa hampir pulih, seorang makhluk datang meminta hati. Terkedu, memilih samada ini adalah hukuman atau hadiah.
Untuk makhluk itu saya memaklumkan bahawa saya tak akan berhubung seperti apa yang saya lakukan dulu dan tempoh hukuman saya juga belum habis. Makhluk itu sanggup menunggu hingga saya pulih, hingga tempoh hukuman itu habis. Tapi saya was-was apabila impian dia memasuki dunia penyiaran berjaya. Adakah dia berjaya dalam tempoh menunggu? Sanggup tidak tunduk kepada nafsu dan rindu yang sentiasa berdamping?(Termasuk wanita-wanita cantik dikeliling? Hew hew hew..)
Apa yang saya percaya dengan sekuat-kuatnya, jika dia tak mampu memimpin nafsu dan perasaan sendiri, adakah dia berkelayakan menjadi pemimpin saya? Itu sudah cukup. Tapi sayangnya dalam masa yang sama saya juga cuba untuk tidak terus menutup hati sendiri. Dalam usaha itu juga saya cuba menerima makhluk Allah itu apa adanya.
Tapi sayang....saat saya hampir pulih, hampir kuat kembali, hampir nampak kembali jalan pulang, makhluk itu pula hampir kalah atau mungkin sudah kalah dalam tempoh menunggu itu. Malahan cuba meletakkan salah dan malu pada saya.
Saya akui, ianya ujian yang membuatkan saya goyah kembali, saya hilang arah kembali. Hukuman kali ini saya tak mampu menjalani sendirian, akhirnya dengan Ummi dan Anas saya cuba bercerita dan melepaskan bahang amarah kemudian kembali 'cool'. Atau dengan kata lain, saya kembali menampal senyum di muka sambil berkata; I gotta be stronger. Senyum yang bukan senyum.
-----------------------------------------------------------------
C
Kerana saya tidak ingin menjalani hukuman kali ini sendirian akibatnya seluruh ahli keluarga cuba melindungi saya dan meletakkan rasa yang kurang senang terhadap makhluk itu. Maaf keluarga, saya tidak mahu begitu. Maaf Anas, hubungan persahabatan antara kamu berdua yang dingin akibat dari ujian ini. Terima kasih Ummi kerana menyokong, terima kasih Abang Jiji & Kak Long kerana terasa pedihnya apa yang saya rasa. Tapi..jangan sampai meletakkan rasa benci. Saya masih hormat pada makhluk itu yang saya gelar sebagai Ustaz. Harap itu penutup dan doa yang baik untuk diri saya sendiri.
Doakan saya jumpa apa yang hilang dalam hati. Dan terus cinta saya ok?
---------------------------------------------------------------------
Entri luahan perasaan yang agak melebih. Huhuhu...
Saya mahu jadi kuat untuk keluarga, kawan-kawan dan insan-insan yang sedang diuji.
TAMAT.
unnie...semangat ya!!
ReplyDeleteinsyaAllah semoga segalanya yg terbaik buat kamu..
baca sambil dengar lagu "becos i miss you" yong hwa...
ReplyDeletesedih!
cewah! emo lebig cik adek sorang ni. mcm drama swasta. haha
ReplyDeletekikikikih....lebih elmo lak.tuan tanah rileks jep :p
ReplyDeleteha'ah rilek kan? dalam hati siapa yg tahu? hew3..
ReplyDeletedalam hati hanya Allah je yg tahu.. :)
ReplyDeletesabor jela kak...