Monday, April 1, 2013

Tip-Tip Mengundi menjelang pilihanraya umum.

Aku tak tahulah berapa peratus dari warga Malaysia ni yang dah malas nak ikuti perkembangan politik tanahair tapi aku agak-agak macam ramai juga lah (termasuk diri sendiri) tapi nak tak nak kena mengundi sebab tanggungjawab dan akan dipertanggungjawabkan kelak (terutama untuk Muslim). Yelah, pemimpin korang, eh dan aku juga...

Ni tip-tip peribadi aku yang pening dengan keadaan parti-parti politik di Malaysia tapi kena mengundi juga! 
Jadi untuk tak payah pening-pening nak undi parti A ke, parti B ke, parti ABC ke, aku senaraikan macam ni:

1. Tanya hati, tanya akal: Pilihan kita ni dipilih untuk kebaikan kita di dunia, di akhirat atau kedua-duanya?

2. Jangan pilih nak undi parti mana, pilih calon mana. Macam nak pilih jodohlah....paling penting AGAMA nya...hehehe

2. Situasi bila kat tempat mengundi tu semua calon bukan Islam kecuali ada seorang calon dari kalangan Islam. Simple, pilih je lah calon orang Islam (untuk Muslim)
Untuk bukan Muslim, cari calon yang paling baik agamanya dan menjaga agamanya.

3. Situasi bila calon semuanya bukan Muslim. Maka cari calon yang paling menjaga agamanya, kalau agama dia sendiri tak jaga, macam mana dia nak jaga agama orang lain, ye dak

4. Bila terdapat lebih dari 1 calon Muslim-pilih calon yang paling kita kenal & dekat dengan hati kita. Kalau memang kita tak kenal lansung, pergi masjid ke surau pun tak pernah nampak, kita tanya pendapat orang yang paling dekat dengan kita, yang orang tersebut sepanjang kita kenal; selalu bercakap benar, tak tinggal solat, tak tinggal puasa (basic package)

Eh, ni pendapat aku je lah..jadi, tak payahlah pening nak pilih parti A,B,C,D,E,F,G,H....atau Z yea! Happy! (eh, yeke?)

Monday, March 18, 2013

Back to real.

Alhamdulillah..selamat mendarat di bumi Malaysia lebih kurang jam 7 pagi dan sampai Pasir Gudang lebih kurang masuk waktu Zohor-18 Mac 2013

Imbas kembali: 

1) Pada 17 Mac 2013, 9.00-10.30 pagi di Mekah untuk buat tawaf wida'.
Masa ni ramai yang mengalir air mata termasuk jemaah lelaki sebab nak tinggalkan Tanah Haram. 
Perasaan aku sendiri, tak rasa sedih dan gembira pun tak. Neutral.

2) Masa nak naik bas untuk gerak ke Jeddah Airport, aku masih rasa neutral.

3) Dalam perut pesawat, masih juga sama.

4) Sampai KLIA 18 Mac 2013, masa orang tengah sibuk-sibuk pasal bagasi, aku masih juga berperasaan yang sama.

5) Setibanya di tanah Johor, baru aku tersentak dari lena. Saat itu seakan rasa terpaksa bangkit dari mimpi yang indah dan berhadapan dengan realiti. 

Empat situasi diatas;
1) Aku masih dapat melihat Masjidil Haram, maka mimpi indah masih berjalan.
2) Masih berada di bumi Mekah, maka mimpi indah itu masih di awangan.
3) Di kelilingi oleh tetamu-tetamu Allah, aku masih lagi merasakan dekat dengan Mekah dan Madinah.
4) Masih dikelilingi oleh tetamu-tetamu Allah, merasakan mimpi belum perlu berakhir.

Akhirnya empangan air mata pecah dan tumpah juga saat tiba di bumi Johor. Madinah sudah jauh, Kaabah sudah tidak ada di depan mata. Harus juga bangkit dan lepaskan mimpi indah itu.

Apabila teringat doa Imam Zaini semasa berada di bumi Mekah, airmata tumpah lagi.

"Ya Allah, apabila ditakdirkan kami selamat pulang ke tanah air, kami akan di uji dan berhadapan dengan perkara-perkara yang maksiat, kawan-kawan yang mendorong ke arah maksiat, makan minum yang mengundang maksiat, maka Ya Allah..Engkau lindungilah dan kuatkanlah hati-hati kami, Ya Allah..Engkau kuatkanlah iman-iman kami. Jadikanlah kami contoh tauladan yang baik kepada ahli keluarga, rakan-rakan kami & masyarakat sekeliling."

Walaupun Madinah & Makkah ada ujiannya yang berbeza, rasa tenang bumi barakah dan penuh rahmat itu tidak sama seperti di tanah air. Kerana itu airmata tumpah mengenang cabaran yang bakal dilalui lagi saat pulang ke tanahair. Berada di dua tanah haram itu saat damai walau disulami ujian, kerana itu aku merasakan seperti mimpi yang saat indah. 

Seakan sukar untuk melepaskan mimpi itu. Moga aku, kami, kamu dan mereka kuat.
Moga dapat dijejaki kembali mimpi tu dengan izin Pemiliknya.


Moga damai itu tidak hilang. Moga cinta teragung dapat mengatasi segala cinta yang lain.

Sunday, February 24, 2013

Public Mutual

People asked me how to understand man.

Molla, I don't know. We'll understand each other if both of us take an effort and initiative to understand each other. If one of the both side don't have any interest to do so, just ditch him or her. 

Hehehe..please take note; applicable before enter a marriage phase ok..

Friday, February 15, 2013

Ehem...pssstt..nak dengar cerita tak?

Mari..mari..dengar ini cerita:

1. Kuliah: Kitab Fiqh Al-Aulawiyat (Fiqh Keutamaan) 
Karangan Dr.Yusuf Al-Qardhawi,
Di Masjid Hjh. Maznah, Taman Megah Ria, Pasir Gudang.
Pada setiap hari Selasa malam Rabu-lepas Maghrib.
Penceramahnya Ust.Md.Esa

Kuliah pada 12/2/2013 dah habis bab mukadimah. Tapi bab mukadimah je dah menarik, tertarik dan terus jatuh hati. Kenapa? Sebab kitab ni sangat dekat dengan setiap sisi kehidupan kita. Tak kiralah soal keluarga, kerjaya, hati dan perasan (cewah!), dan banyak lagi. Secara umumnya kalau nak bagi aku dan kamu-kamu faham, kitab ini menerangkan bahawa hukum-hukum dalam Islam ini berbeza-beza mengikut darjat yakni bergantung mengikut keadaan, situasi dan zaman.

Contoh terdekat ialah Rasulullah s.a.w, dimana Rasulullah takkan membuat sesuatu keputusan dan tindakan melainkan ada keutamaan.

Kuliah ni bagi aku sangat dekat dengan aku sendiri sebab boleh bagi guideline serta pencerahan dalam setiap tindakan dan keputusan yang bakal di ambil. Maklumlah, kebelakangan ni kan aku selalu hilang...hilang punca...hilang..

Ok, next!

2. Kuliah: Kitab Ancaman api neraka dan kesengsaraannya
Karangan Ibnu Rejab Al-Hanbali
Penceramah yang sama seperti di atas
Pada setiap hari Khamis malam Jumaat-lepas Isya'.
Di Masjid Jamek Pasir Gudang

Ok, pada 14/2/2013 iaitu baru je tadi aku pergi, bab mukadimah pun dah selesai. Kiranya minggu depan dah masuk bab 1. 

Mula-mula aku rasa macam berat hati nak pergi, dengar tajuk je dah macam tak ada mood. Siapa nak pergi neraka weh! Tapi di gagahkan juga mengheret sang Kancil dan sang hati. Dan..sangat best! Ok..ok..bukan masuk neraka yang best ye.

Oh..aku nak sambung pasal mukadimah kitab ni, tapi sebab dah ngantuk, esok lusa ke tulat ke, aku sambunglah menaip kalau rajin ye. Tapi memang seronok, ustaz tu pun terangkan sangat terperinci serta bijaksana mencuri hati jemaah (terutamanya yang malas & berat nak pergi dengar kuliah macam aku). Kena pergi lagi weh! Sampai khatam! Kitab pun dah rembat nih!



Amacam? Teruja tak? Bukan teruja tengok nerakalah!
(Harap-harap esok aku tak terlupalah isi-isi penting yang aku nak sambung cerita.)


Thursday, February 14, 2013

Walau sebesar atau sekecil zarah?

Aku yakin, mana-mana yang bergelar muslimah atau seorang wanita yang punya keimanan kepada Allah, apabila melihat muslimah-muslimah sejati dan contoh yang baik, walau sebesar mana dosa kita, pasti disisi, ditengah, ditepi (ahhh..atau dimana-mana tempat) dalam hati kita pasti ingin menjadi seperti mereka atau  paling tidak, mencontohi peribadi mereka.

Pastilah aku juga begitu. Yang paling kagum apabila melihat muslimah-muslimah ini hemat dan bijak dalam berbicara dengan masyarakat samada ada secara lansung atau secara bertulis. (Sebab kelemahan terbesar aku ialah komunikasi dengan orang lain: GAGAL! Ahh..haruslah dengan tulisan kecil sedikit). Contohnya seperti terlibat secara lansung dalam majlis ilmu atau meletak status-status yang indah dengan ilmu di laman sosial (ohhh..aku sudah berbahasa baku dan formal dalam hati sekarang).

Kadang-kadang ingiiiiinn sangat seperti mereka. Tapi..aku batalkan je niat. Entah kenapa, aku lebih senang diam dan lihat. Bekerja dibelakang tabir itu lebih tenang untuk aku.

Ahhhh...aku terfikir..setiap orang punya cara dan kecenderungan berbeza.

Konklusi? Sebenarnya monolog aku je nih sebelum nak tidur.

Wednesday, February 13, 2013

Games

"When it gets hard for people to endure their own situations, 
they try to place the blame on others people because it's much easier,
that won't solve anything, but....
People are weak."


FBND E.11

Yes, people are weak.
At first, I thought I was strong enough and tried to put all the faults on me, myself alone.
But suddenly I faced on the situations that was hardly for me to bear alone..
then decided to escape from the whole mess by pin pointed others,
and still..hold all the sin alone..
Please forgive me.

Sunday, January 20, 2013

Dua situasi yang berbeda.

Baru-baru ini aku mendengar cerita dari seorang gadis yang cuba mempertahankan hubungannya dengan seorang kawan lelaki yang sudah terjalin selama 5 tahun agar sampai ke jinjang pelamin. Bukan sahaja sekadar di jinjang pelamin, mana-mana wanita juga berharap lelaki yang sebagai imamnya di dunia akan kekal hingga ke sorgaaaa. 

Maka gadis tersebut meminta nasihat aku. Aku. Ya, aku lah.

Aku ini dimana dalam situasi dah tidak punya apa-apa azam untuk mempertahan cinta yang tak pasti.
Aku ini didalam situasi yang hanya cuba untuk mencari jalan pulang.
Aku ini didalam situasi yang cuba meraih ketenangan dalam hidup.
Aku ini didalam situasi yang cuba untuk hanya fokus mencari cinta Dia dahulu berbanding cinta manusia.
Aku ini didalam situasi yang cuba memperbaiki hubungan dengan Sang Pencipta dan hubungan sesama manusia.
Dimana dalam perjalanan aku untuk menempuhi situasi-situasi diatas, aku berharap Dia akan sentiasa mengasihani aku, Dia akan terus membimbing aku kejalan yang Dia redhai.

Aku agak kagum dengan gadis tersebut cuba untuk menunggu & memperbaiki hubungan selama 5 tahun tersebut. 

Aku sendiri pernah dalam situasi tersebut. Cuba, pertahan, tunggu. Akhirnya aku penat. Berapa banyak kali aku cuba pun, hasilnya bukan semua aku mampu kuasai. Mungkin aku terlalu tamak dan ego. 

Maka aku berpaling dari hubungan yang tak pasti.
Aku berpaling dari hubungan yang hampir merosakkan hati aku sendiri.
(Dalam kata lain, self-destruction mungkin?)
Aku yakin, Dia sudah mengatur yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNya.

Jika ada orang ingin meminta nasihat aku mengenai hubungan cinta, lelaki dan wanita; dalam situasi aku sekarang, aku mungkin akan berkata; lepaskanlah. (Let it go..let it go..lalalala...) 

Aku berpaling dari apa yang tak pasti dan mencari yang pasti, kekal dan abadi. Moga dalam perjalanan aku mencari cinta yang abadi, Dia menghantar seseorang memimpin tanganku, menemani perjalanan pulangku. Jika bukan seseorang pun, aku mengharap Dia yang aku terus memimpin aku menuju jalan pulang.

Kalian, doakan aku. Doakan saudara-saudaramu. Doakan kita tetap dalam perjalanan yang benar.

P/S: Tolong doakan aku punya peluang menjadi tetamu Allah.