Sunday, September 11, 2011

Gaduh Si Budak Kecil.

Protect The Boss Episode 7. Orang lelaki bergaduh pun boleh tarik-tarik rambut. Hahaha...adoi..kesian Jaejoong. Dua-dua bergaduh macam budak kecil dalam cerita ni. Hahaha Comel.






Friday, September 2, 2011

Papa & Grandma

Grandma : I'm old not because of time, but because of my son. Do you know that, you rascal?
Papa : Shall I suggest a botox injection?
Grandma : Aigoo! *#&@$%&#%$!
Pro.Th.Bos03

Ekspresi 5 - Cerita mereka.

Owh...ini anak Enon ae?
Ye mak cik...
Anak Enon yang dah kahwin tu?
Bukan.
Haa...yang baru tunang tu?
Bukan, bukan.

(Mereka kata muka kami bertiga hampir sama, jadi saya boleh menyamar jadi anak perempuan Enon yang dah kahwin atau yang dah tunang tu. Anak Kadir siapa nak menyamar ni??)
-------------------------------------------------
Dah hampir dua tahun rupanya..tapi masih rasa macam semalam peritnya.

Sunday, August 28, 2011

Ekspresi 4

Jangan meminta kepada ibubapa atau anak-anak sesuatu yang di luar kemampuan mereka.
Di kala meniti hari-hari terakhir Ramadhan.
Tetapkan momentum dan semangat.
Jangan kalah pada nafsu dan keinginan.
Berbelanja sekadarnya.
Terimalah sekadarnya.
---------------------------------------------------
Saya yang berusaha untuk memahami kalian.

Wednesday, August 17, 2011

Non, je ne regrette rien by Édith Piaf

No, nothing of nothing.
No, I regret nothing.
Not the good that One did to me.
Not the bad. All that to me is pretty equal.

No, nothing of nothing.
No, I regret nothing.
It's paid, swept away, forgotten.
I rid myself of the past.

With my memories, I lit fire.
My sorrows, my pleasures, I have no more need of them.
Swept away the loves, with their ups-and-downs.
Swept away for always. I leave again at zero.

No, nothing of nothing.
No, I regret nothing.
Not the good that One did to me.
Not the bad. All that to me is pretty equal.
No, nothing of nothing.
No, I regret nothing.
Because my life, because my joys,
today...That begins with You.

Wednesday, August 10, 2011

Hari-Hari Menuju Cinta

Ramai yang punya azam untuk khatam Al-Quran di bulan Ramadhan, tidak terkecuali saya sendiri. Tapi kerana kekangan masa & saya sendiri yang malas & hati yang masih terikat pada cintanya dunia (Sigh!) & bermacam-macam alasan dari manusia yang malas ini. Maka, saya mencari jalan untuk menghidupkan jiwa saya kembali agar dapat merasai kembali manisnya Ramadhan.
Motivasi saya ialah, di sebabkan saya terlalu culas dan malas (kenapa?! kenapa?! sambil memarahi diri sendiri), saya cuba mencari-cari ruang & sela masa tazkirah untuk diri saya sendiri dan rakan-rakan sepejabat dalam 30 hari perjalanan mencari cinta Ramadhan. Moga dari perkara yang mudah-mudah ini, meringankan hati dan memujuk hati untuk mencari jalan kembali. FIGHTING!! Tolonglah wahai hati... T_T
---------------------------------------------------------
Apabila lagu -lagu raya sudah mula berkumandang di corong-corong radio yang dipasang di pejabat, saya mula gelabah.
Apa hasil Ramadhan saya ni?! Menyambut Hari Raya semata-matakah?

Saturday, July 30, 2011

Ekspresi 3

“After being lost for so long, I reached out to her only to find that she had someone else. The hardest thing was acknowledging her new relationship. I loved her enough to spend the rest of my life with her. I thought that she of all people would still wait for me, even if I left her. I guess I was selfish.”

Oh! Yes man, you're selfish. How come you want her to wait for you like stupid, plus even you LEFT her?!
Get a life man, this isn't fairy tale.
For his ex-girlfriend, don't even hurt if you hear his song, you totally made a good choice though.

Friday, July 29, 2011

Ops!

Di pejabat, bagi kami wanita golongan 20-an dan 30-an mungkin punya pandangan yang hampir sama berkenaan wanita bekerjaya dimana bila seorang wanita sibuk bekerja dipejabat, tak ramai yang punya masa untuk masak makanan yang cantik-cantik dan sedap-sedap sebiji macam di kedai-kedai atau restoran (ok, bab memang kerja sebagai chef tu tolak tepi, kan saya kata kerja dipejabat ok?).

Baiklah, maka apabila seorang senior eksekutif di bahagian kami yang kira-kira baya-baya dalam 30-an atau 40-an kerap membawa makanan yang sedap-sedap (dan cantik) ke pejabat, kami yang golongan muda-mudi (cewah!) ni selalu terkejut dan kerap juga keluar soalan macam ni:
"Eh?! akak buat ke cheese tart ni?"
"Eh?! akak buat ke kek lapis ni?"
"Eh?! akak buat ke kuih ni?"
Macam-macam eh nya. Disebabkan mungkin akak tu pun dah penat nak menjawab pertanyaan kami yang super terkejut sebab dia punya masa di hari-hari bekerja untuk membuat makanan yang agak sukar (bagi saya dan mereka). Dia jawab: "Makan jela korang ni pun".

Dan kami pun terus melantak tanpa was-was. Oh! terima kasih kak, saya masih tak puas dengan blueberry cheese tart itu!

Oh! Nasib baik officemates saya juga dalam golongan 'pirana', maka saya masih punya golongan sosial ini dimana-mana.

Sunday, July 24, 2011

Terima Kasih dan Maaf.

A
Terima kasih keluarga saya. Jutaan terima kasih. Tapi...
-----------------------------------------------------------------
B
Saya juga pernah melalui zaman berchenta (cewah!) seperti manusia-manusia yang lain, yang bercinta. Berhantar SMS dan saling bertelefon tak kira siang dan malam, bertanya makan di mana, buat apa, yang mahu tahu itu dan ini tentang pasangan masing-masing. Ya..saya pernah melalui itu semua. Tapi perkara-perkara itu lansung tak menjanjikan hubungan yang kekal dalam hidup saya. Ianya juga tak menjanjikan hati yang tenang dan saya tak menjumpai apa yang hilang. Maka saya penat.

Hingga sampai titik kritikal dalam hidup. Walau saya tahu akibat dari keputusan yang saya ambil bakal memberi kesan dan menggegarkan sebuah hubungan dan tali persaudaraan, mungkin kerana diri rasa terlalu berdosa, maka saya ingin melalui hukuman dari Tuhan secara tunai dengan harapan dosa lalu itu terhapus, dengan harapan saya akan berjumpa jalan menuju Tuhan Yang Satu. Kerana saya tak sanggup menjalani hukuman dari Dia di akhirat kelak. Seakan banduan yang sedang menjalani hukuman yang di jatuhkan sang hakim.

Masih di saat kritikal itu, saya meletakkan seluruh kesalahan keatas diri sendiri, selepas meminta maaf saya lansung berdiam diri hingga sekarang dikalangan ahli keluarga, saya tidak bercerita sebab-sebabnya. Saya mahu ianya berlalu dan diam begitu.

Hukumannya memang tidak mudah untuk di lalui dan bukan mudah juga untuk pulih tambahan jika kamu memilih untuk melaluinya sendirian. Sehingga ketika tempoh hukuman hampir tamat, saat jiwa hampir pulih, seorang makhluk datang meminta hati. Terkedu, memilih samada ini adalah hukuman atau hadiah.

Untuk makhluk itu saya memaklumkan bahawa saya tak akan berhubung seperti apa yang saya lakukan dulu dan tempoh hukuman saya juga belum habis. Makhluk itu sanggup menunggu hingga saya pulih, hingga tempoh hukuman itu habis. Tapi saya was-was apabila impian dia memasuki dunia penyiaran berjaya. Adakah dia berjaya dalam tempoh menunggu? Sanggup tidak tunduk kepada nafsu dan rindu yang sentiasa berdamping?(Termasuk wanita-wanita cantik dikeliling? Hew hew hew..)

Apa yang saya percaya dengan sekuat-kuatnya, jika dia tak mampu memimpin nafsu dan perasaan sendiri, adakah dia berkelayakan menjadi pemimpin saya? Itu sudah cukup. Tapi sayangnya dalam masa yang sama saya juga cuba untuk tidak terus menutup hati sendiri. Dalam usaha itu juga saya cuba menerima makhluk Allah itu apa adanya.

Tapi sayang....saat saya hampir pulih, hampir kuat kembali, hampir nampak kembali jalan pulang, makhluk itu pula hampir kalah atau mungkin sudah kalah dalam tempoh menunggu itu. Malahan cuba meletakkan salah dan malu pada saya.

Saya akui, ianya ujian yang membuatkan saya goyah kembali, saya hilang arah kembali. Hukuman kali ini saya tak mampu menjalani sendirian, akhirnya dengan Ummi dan Anas saya cuba bercerita dan melepaskan bahang amarah kemudian kembali 'cool'. Atau dengan kata lain, saya kembali menampal senyum di muka sambil berkata; I gotta be stronger. Senyum yang bukan senyum.
-----------------------------------------------------------------

C
Kerana saya tidak ingin menjalani hukuman kali ini sendirian akibatnya seluruh ahli keluarga cuba melindungi saya dan meletakkan rasa yang kurang senang terhadap makhluk itu. Maaf keluarga, saya tidak mahu begitu. Maaf Anas, hubungan persahabatan antara kamu berdua yang dingin akibat dari ujian ini. Terima kasih Ummi kerana menyokong, terima kasih Abang Jiji & Kak Long kerana terasa pedihnya apa yang saya rasa. Tapi..jangan sampai meletakkan rasa benci. Saya masih hormat pada makhluk itu yang saya gelar sebagai Ustaz. Harap itu penutup dan doa yang baik untuk diri saya sendiri.

Doakan saya jumpa apa yang hilang dalam hati. Dan terus cinta saya ok?

---------------------------------------------------------------------

Entri luahan perasaan yang agak melebih. Huhuhu...
Saya mahu jadi kuat untuk keluarga, kawan-kawan dan insan-insan yang sedang diuji.

TAMAT.

Friday, July 22, 2011

Telaga dan Air.

To a man, love is like a well in your heart,
once you dig it out, it's difficult to fill it back,
so, sometimes you feel happy,
sometimes you feel pain.
Don't let others see what's inside,
the water there is for you to drink, and not others,
in that way, you won't hurt yourself,
it's alright even if the well is dry now,
if you can wait until the fountain gushes out,
then continue waiting steadfastly.
Waiting is also a solution,
but waiting for that isn't easy.
No, it's very difficult.

Love that comes easily,
will also be lost easily.
MissRipleyEp13