Tuesday, September 21, 2010

Gossip Girls Di Hari Selasa

Ok. Ruang chatting gmail hari ini bertambah seorang lagi ahli iaitu Cik Masita Laronda.Align Center
Seperti biasa di mulai dengan isu isu skendel Capiqa iaitu Pak Cik Beckham, Lily pula sudah beralih hati kepada Taufik Batisah dan Hady Mirza sejak Awal dah kapel dengan Scha, hal Ozil aku agak dah tenggelam sekejap.

Tak lama lepas tu dah ke hala bab bab berat pula. Di mulai pertanyaan oleh Capiqa (Aku terpaksa menulis nama Syafiqa kepada Capiqa berikutan kekeliruan mengenai entry aku sebelum ini). Capiqa mahu bertanya pendapat kami semua berikutan hal puasa qada' di sekalikan dengan puasa 6 yang semakin menaik sekarang.

Setelah melihat kekeliruan mereka, aku juga yang tak pasti jawapannya kucar kacir kumpul data apa yang patut.

Kemudian aku bertanya kembali kepada geng gossip girls; "korang taw tak kenapa ada 2 pendapat?"

Ok. masing masing tak tahu.

Aku bermula dengan pertanyaan itu sebab aku tak mahu melihat orang Islam terasa keliru dengan hukum Islam sendiri. Wujudnya dua pendapat bukan untuk membuatkan orang Islam keliru, tapi untuk memudahkan part yang boleh di mudahkan mengikut apa yang di gariskan (bukan ikut suka lu ok). Aku berpegang bahawa Islam itu agama yang sederhana (bermaksud adil, meletakkan sesuatu pada tempatnnya) dan setiap hukum yang di tetapkan punya sebab yang rasional.

Jadi aku cuba jelas kan sekadar apa yang aku mampu.
"kenapa ada 2 pendapat sebab orang perempuan ni kan ade datang haid, then kalau nak puasa asing asing nak kejar ke puasa 6 tu takot tak sempat, dah kalau ade yang period sampai 15hari tu nak kire macam mane? so, kerana mase yang TERHAD, ader sesetengah pendapat ulama' di boleh kan niat puasa tu combine. Kalau kite ni sempat puasa asing asing, better settlekan puasa ganti dulu."

ok. ni aku ader edit ape yang patut.

Buat pembaca blog aku yang berapa kerat je ni, aku bukan graduan Al-Azhar, aku cuma graduan UiTM yang belajar pasal kewangan. So, kalau korang rase pendapat aku ni silap, tolong lah betulkan ye.

Aku cuma nampak masyarakat kita bila baca sesuatu info pasal hal hal macam ni, just amek hukumnya saja tanpa mempedulikan explanation yang lain. Bila orang tanya, just bagitaw : "haa..tak boleh" "haa...tu boleh", cuba rajin rajinkan sikit share apa yang kita baca..so orang lain dapat paham sama, kite pun dapat kredit sama tolong orang yang di sekeliling kita ni paham.

Bukan semua orang jenis kaki pergi kuliah agama (termasuk aku-failed), so sharing is caring right? Bantulah orang orang di sekeliling anda ye..

Untuk graduan yang berilmu pada cabang yang berkenaan, 'gossip' dengan orang orang yang terdekat lebih afdhal aku rase. Medium penyampaian dari mulut ke mulut memang cepat tersebar. Tetapi awas, ilmu mencedok maklumat dan menyampaikan maklumat itu harus betul.

Capiqa juga ada meluahkan perasaan bahawa dia cuba nak share hasil dari perbincangan kami kepada sorang member dia, tapi malangnya member dia menolak mentah mentah segala apa yang mahu di bicarakan oleh Capiqa kerana menurut membernya, dia dah confirm hukum hukum tu kat kawan kawannya yang belajar di Jordan, Mesir dan segala ceruk dunia yang patut. Kami tahu kami ini bukanlah para ustazahs, memang sangat jauh pun..Tapi apa la salahnya mendengar..

I'm proud with my friends anyway...at least mereka cuba mendengar dan tak segan berkongsi ilmu.

Tengs to Lily, Capiqa dan Masita. Kalau korang tak tanya, sampai sudah aku pun buat tak kisah tentang hal ini. Love you guys. Korang banyak mengajar aku. *Big Hug*

-------------------------------------------
Lain kali kalau ade yang confuse dengan pendapat berbeza yang didengar, pegi tanya alim ulama' di bidang berkenaan kenapa ada pendapat pendapat berbeza, jangan terus tanya hukum je. Kalau mereka tak dapat jawab, korang je la pegi study syariah kat Nottingham.

1 comment:

  1. tengs mira..for the info..n kesian aku,,,ramai sgt y perahsantan ni...hahahahha..

    ReplyDelete