Monday, May 31, 2010

Format Baru Karangan Autobiografi- "Saya sebuah kereta"

Itu hari gua dah janji sama bos gua nak hantar artikel untuk majalah Kereta bulan depan, pagi semalam. Pagi semalam tu sebelum pergi kerja sebenarnya gua tak mula pun lagi tulis. Jadinya time sahur tu kucar kacir gua cari akal nak tulis. Panik juga. Tiba-tiba gua dapat satu ilham. Gua pun tulis artikel kat bawah ni. Kalau kena rijek, gua berhenti kerja.

Siri Bercakap Dengan Toyota Corona

Kalau ikut jadual, gua janji dengan Toyota Corona ni nak jumpa sekitar pukul 2 petang macam tu. Tapi bila gua sampai, gua tengok Toyota Corona ni dah terpacak tunggu gua tengah panas. Memang berdisplin betul. Tak macam artis dunia hiburan. Jadi ikutilah temuramah ekslusif dengan Toyota Corona (TC) dengan pihak Majalah Kereta (MK) yang memang rasanya kali pertama seumpamanya di dalam dunia automotif. Setakat ni tak pernah ada lagi wartawan berani temuramah kereta.

MK : Hai. Apa khabar?

TC : Khabar baik, bang. Saya Islam, bang.

MK : Oh ye ke? Assalamualaikum.


TC : Waalaikumussalam.


MK : Kau sihat ke ni? Sekarang ni musim H1N1. Kena jaga-jaga sikit. Topeng dah beli?


TC : Saya sihat, bang. Ish abang ni, H1N1 tu bukan penyakit saya. Tak ada hal punya. Topeng kalau nak beli pun bukan ada saiz saya.


MK : Oh lupa pula aku. Kau kereta. Ok, boleh tak kita mulakan sesi temuramah kita ni?


TC : Boleh. Abang tanya je apa nak tanya. Saya sedia bagi kerjasama. Sebenarnya berdebar juga saya kena interview dengan Majalah Kereta ni. Ini kira first time la saya kena interview. Kalau ada salah silap tu, harap abang tak kecil hati.


MK : First time ya? Jangan risau. Aku tanya soalan senang-senang saja. Soalan-soalan pasal hubungan peribadi kau ke, doa Qunut, pendirian politik kau ke, aku tak tanya. Malas aku nak masuk campur.


TC : Oh terima kasih, bang. Kalau macam tu, lega sikit saya.


MK : So dah berapa lama kau jadi kereta? Sebelum jadi kereta, apa kau buat? Study?


TC : Saya start jadi kereta tahun 1982. Kira lebih kurang 27 tahun juga saya jadi kereta. Sebelum ni tak study mana-mana pun. Dulu sebelum jadi kereta, saya ni besi. Susah jadi besi ni bang. Tak stabil. Harga turun naik ikut pasaran dunia. Nak minta masuk belajar pun susah. Ada 2-3 kali juga saya mohon Giat MARA. Tapi keputusan asyik asyik dukacita, balik balik dukacita. Fed up juga saya. Itu yang saya terus kosentret jadi kereta ni. Tak kisahlah member-member lain dah jadi kapal ke, kereta kebal ke, periuk nasi ke. Janji saya happy macam ni.


MK : Oh lama juga la kau ni jadi kereta. Asam garam dunia kereta ni aku jamin kau memang dah masak benar. Sekali pandang aku dah tahu.


TC : Hehehe... Jangan macam tu, bang. Segan saya. Abang pun apa kurangnya.


MK : Ah kau nak babitkan aku pula. Aku lupa nak tanya. Nama kau apa hah?


TC : Eleh main-main la abang ni. Name tag saya bukan main besar takkan tak nampak lagi? Corona nama saya, bang. Nama penuh Toyota Corona. Tapi kalau nama ikut MYkad saya yang baru ni, Abdul Saiful Corona Bin Abdullah.


MK : Boleh tahan juga sedap nama kau ni.


TC : Biasa la, bang. Makwe saya yang pilih nama tu. Taste dia memang tinggi sikit.


MK : Ah macam-macam la kau ni. Sekarang enjin apa kau pakai?


TC : 4AGE.


MK : Peh...enjin sedap tu. 3.0 kan?


TC : Alaa biasa-biasa saja, bang. Eh 3.0 apa pula. Melampau tu. 1.6 saja. Tak ada la kuat sangat. Cuma setakat nak makan Wira modified tak siap tu, anytime saja, bang. Kalau Caldina tu, boleh gurau-gurau cucuk belakang macam tu je laa. Atas luck juga.


MK : Eksyen juga kau ni. Kau belum jumpa RXZ KL lagi.


TC : Apa benda tu, bang?


MK : Ada la. Nanti kau turun KL, kau tahu la. Enjin kau ni standard ke tak? Ke kau ada bikin-bikin?


TC : Buat masa ni, saya pakai standard saja, bang. Malas nak lebih-lebih. Saya cuma buat port & polish sikit. Lepas tu saya pakai piping 2 setengah inci krum baik punya sama itu Jasma punya muffler. Kira orait la. Nak kata puas tu, memang tak puas. Tapi sekarang abang bukan tak tahu, modal nak bikin ni bukan murah- murah. Ini tak lama lagi kerajaan nak naikkan lagi harga petrol. Sakit juga. Road tax saya pun sekarang naik bukan main lagi tinggi.


MK : Biasa la tu. Ini namanya cabaran hidup. Eh kau sebelum ni pernah jadi teksi tak? Aku macam ada perasan muka kau dalam cerita Jackie Chan.


TC : Jangan macam tu, bang. Jangan kasi jatuh air muka saya. Itu model lain. Model CT. Model tu memang buat jadi teksi kat Hong Kong. Saya model T. Mana stailo kalau jadi teksi. Habis kuat pun jadi kereta ADO.


MK : Ye ke? Tapi ada iras-iras kau juga la. Kau punya transmisi macam mana pula? Boleh cerita sikit?


TC : Saya punya misi akan datang ni kalau boleh nak naik haji. Duit pun dah cukup. Kalau tak ada aral melintang, 2 tahun lagi mungkin dapat la surat panggilan dari Tabung Haji. Abang bila lagi? Takde simpan hasrat ke?


MK : Kau jangan main-main. Aku tanya pasal transmisi. Transmisi tu pasal kau punya gear box la.


TC : Ooo, gear box. Hehehe sorry, bang. Setakat ni semua standard saja. Saya takde usik apa-apa. Lagipun rasanya masih tip top lagi.


MK : Takde masuk klac racing ke, apa ke?


TC : Takde, bang. Akan datang tak tahu la kot tergerak hati nak pakai.


MK : Cuba la. Belum cuba, belum tahu. Kau punya suspension pula? Standard juga?


TC : Yes. Standard and original.


MK : Brek?


TC : Same also.


MK : Orait juga kau punya english. Sekolah mana dulu?


TC : Alaa basic je tu, bang. Sikit-sikit tu boleh la. Sekarang ni zaman IT. Nak tak nak, kena ambil tahu juga la. Dulu saya sekolah kat Sekolah Rendah Kebangsaan Tawau. Abang tak nak tanya UPSR saya ke?


MK : Ah apa jadah aku nak tanya UPSR kau? Banyak lagi soalan lain aku boleh tanya. Yang kau pakai sekarang ni rim apa? Aku tengok bukan main bergaya lagi.


TC : Ini Rays, bang. Buatan England punya ni. Saya pakai yang saiz 17 inci punya.


MK : Oh Rays. Aku biasa dengar juga tajuk Rays tu. Kau beli kat England ke?


TC : Eh takde la, bang. Beli kat sini je. Apa gila saya nak pergi England beli sport rim? Kalau pergi tengok bola, ok la juga.


MK : Betul juga tu. Hah terlanjur kau dah cakap pasal bola ni, apa pasukan bola favourite kau?


TC : Mesti la Sabah, bang.


MK : Aik? Liga Malaysia punya team je?


TC : Ye la. Abang tak layan Liga Malaysia ke?


MK : Takpe la. Lain kali la kita sembang pasal bola. Takde mood pula aku. Ok cerita sikit pasal bahagian dalaman kau. Ada modified gila gila tak?


TC : Takde la gila sangat, bang. Biasa-biasa saja. Dashboard pun pakai yang lama. Original lagi. Saya cuma tambah apa-apa meter yang patut je untuk kesenangan bos saya. Lepas tu saya pakai tempat duduk 5 Zigen. Bucket baik punya. Kalau duduk terus rasa macam nak berlumba.


MK : Mana kau tahu? Kau pernah duduk ke atas kerusi kau?


TC : Hehehe. Saya dengar cerita orang la. Abang ni asyik cari point nak kasi saya down je. Ini yang saya tak gemar ni.


MK : Tengok, aku cakap macam tu pun dah nak merajuk. Harap rupa je ganas. Tapi hati tisu. Ni Ameron banyak- banyak ni sampai penuh bonet belakang, apa hal?


TC : Saya bergurau je, bang. Ameron ni sound system. Saya memang kasi completed pakai semua Ameron. Baru steady orang tengok.


MK : Apa benda yang steady? Bunyi dia macam mana? Orait?


TC : Sendiri mahu ingat la, bang. Abang tak nak try dengar?


MK : Ah malas la aku. Entah lagu apa la kau nak main. Tak minat aku bunyi bising-bising ni.


TC : Ye lah, ye lah. Dah orang tak sudi. Nak buat macam mana.


MK : Ah kau jangan banyak cakap lah. Kita dah sampai ke penghujung temuramah ni. Aku nak tanya soalan yang subjektif sikit. Senang cerita soalan yang berbentuk pendapat. Pembaca ramai nak tahu ni.


TC : Boleh, bang. Tak ada masalah.


MK : Apa pandangan kau tentang sikap pemandu di Malaysia ni?


TC : Susah juga soalan ni, bang. Macam soalan tingkatan 6. Saya cuba jawab setakat yang mampu saja la. Pada saya, walaupun saya ni sebuah kereta, saya pun terkena tempiasnya juga kalau pemandu memandu dengan cara tak berkhemah. Contoh kalau pemandu tu memandu saya, nanti masyarakat mula cakap,'tengok kereta tu, macam pelesit!'. Tak pasal-pasal saya disamakan dengan pelesit. Ingat saya tak kecil hati ke? Saya pun ada hati dan perasaan.


MK : Kau ni memang buat aku mudah naik darah la. Malas dah la aku nak tanya kau lagi.


TC : Eh merajuk ke, bang?


MK : Kau nak kena tendang?


TC : Tak nak, bang.


MK : Hah tahu pun. Ok, aku blah dulu. Assalamualaikum.


TC : Waalaikumussalam. Elok-elok jalan, bang.

----------------------------------------------------------------------------------------------

*Aku plagiat dari brader Pipiyapong

***
Bila baca karangan ni, aku dah berazam nak bagi tunjuk ajar kat Sunan pasal format baru karangan autobiografi pada masa akan datang. Epan boleh la join skali kalau aku rajin nak ngajor, offer ni sempena hari guru je la. hari buruh, aku tak layan.

Sunday, May 30, 2010

Hilang Punca

ini bukan siri kedua blog Hilang Punca,

bagi siapa-siapa yang terasa,

maaf. blog ini hanya sebagai tempat aku untuk bebas meluah rasa hati,

tempat aku untuk berjenaka sekali sakala,

maka, tak usah la terlalu serius membaca blog ini sehingga perlu berkerut muka dan terasa hati.

jika kamu seorang yang berhati lembut, sensitif atau ada darah tinggi atau darah rendah sekali pun,

kamu tidak di galakkan membaca blog ini.

genre blog ini tidak sesuai untuk kamu.

blog ini juga tidak sesuai untuk di perbahas atau di buat bahan skrip untuk drama melayu sedih lagi lentok,

aku tidak minat itu.

Saturday, May 29, 2010

Jiwa

samada jiwa aku yang kacau,

atau jiwa manusia aneh itu yang makin kacau,

aku tidak pasti. yang pasti,

aku cuma mahu pergi jauh dari manusia aneh itu sebentar,


pada aku cuma sebentarlah,

jika manusia aneh itu mahu aku pergi ke bercuti lama,

maka aku kena merancang percutian seterusnya.

ah kacau. itu aku decide kemudian saja.

hari ni terlalu sibuk berlayar,

mungkin aku boleh jadi usahawan kapal layar,

ah itu di pastikan kemudian juga,

mana mungkin bonsai boleh jadi usahawan.

kamu saja yang fikirkan.

Jika Kamu Pelupa, Aku Sekali Ganda Cuma Pelupa Dari Kamu

itu lah sebabnya aku membuka blog.
jika ingatan ku cukup kuat seperti
kakakku kepoh,
yang ingatan sedari dia dua tahun dia masih ingat,
aku tidak perlukan bantuan sang blog untuk REmember,
nasib aku tidak pengsan terkejut jika kakakku kepoh masih berkata:
"YA, sedari aku keluar dari perut ummy, aku juga ingat"


jika dia bilang begitu, sungguh aku tak akan dekati Sunan,

aku bimbang Sunan akan bocorkan segala rahsia kami berdua apabila dia besar.
perlukah aku siasat tahap ingatan Sunan sekarang? perlukah? demi menyelamatkan rahsia aku?


TAK. Sunan pasti tak ingat.
Lebih baik kamu jangan jawab atau buat-buat rapat dengan Sunan.


Ya. walaupun aku pelupa, sebenarnya sembunyi-sembunyi dalam selimut jalur-jalur serta kotak-kotak aku tetap update blog aku, tapi aku hairan bila blog Abang Tonte yang dahulu pernah buka kelas blog untuk aku dengan nasihat-nasihat yang mantap, bertuah kerana aku masih ingat, blog Anas Sentap juga aku lihat sudah seminggu tidak update.

adakah kerana mereka pelupa?

atau kerana aku yang terlalu lapang?

baiklah, kamu sangat baik hati sebab menjawab dalam hati. Aku dengar itu.

Dahaga

tuang air dari dalam tabung air warna kuning,
tentulah tabung air tu jenama tupperware,
dahaga sungguh!

gulp!

air bau bangkai cicak!
aku dah hairan.

risau.

mungkin ada bangkai cicak tertinggal dalam tabung air!

aku check, tiada.

aku lega.

aku minum seteguk lagi.
masih bau bangkai.
tekak aku masih kering.

tak puas hati, aku salahkan tabung air itu.
air dari tabung air tersebut aku reject terus.
aku terus ambil air dari tabung air yang besar.
puas hati.

aku ambil tabung air aku sendiri warna hijau,
tuang bagi penuh.
dengan harapan tiada lagi bau semacam bangkai.
semalam aku minum ok lg.

pagi ni aku minum air dari tabung air hijau yakni tabung air aku sendiri,

tuih! bau bangkai dah muncul!

aku tak paham.
maka sampai sekarang aku dahaga.
aku fobia.
aku minum 100plus kat peti ais je.
sudah la.

mungkin aku kena reject tabung air warna kuning & hijau.

Sila Pandang Kiri Kanan

bila aku pandang ke belakang,
(jangan berangan bahawa aku sedang membuat skrip untuk filem jangan pandang belakang ii)

aku lihat diri aku dulu,

kenapa aku bertindak mendesak?

terdesak kah?

atau di desak kah?

atau gagal fungsi saraf otak?

ah aku bingung.

lama termenung berfikir,

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***


ah! aku berlawak barangkali!

itulah jawapan terhampir.

jangan risau, tiada nota untuk kamu lagi lelaki.

noktah disini sampai DIA berkehendak ianya tersambung,

jika tidak, ianya noktah.

oh! aku akan buat lawak yang lebih bagus barangkali.



Friday, May 28, 2010

Jatuh la Banyak Kali.

setelah beberapa kali di kecewakan,
oleh orang yang sama,
sebab setelah diselidiki,
ciri-ciri aku adalah seorang yang setia,
malang di situ.

sehingga aku depress,
sehingga aku tersungkur,
melalui sisi gelap hidup berkali-kali,
lansung tak serik-serik,
tapi kini aku diam sahaja dengan lelaki itu,
biarkan dia sendiri,
mungkin itu yang dia nak,
aku tunaikan.
maklumlah kawan-kawan ku menggelarku santa claus,
malang aku tak gemuk.

maka setelah itu,
aku berfikir ciri lelaki bagaimanakah perlu di sampingku?
ke neraka atau syurga bersama.
baiklah itu agak menakutkan bila sebut 'hell',
dia adalah kawan baikku,
boleh menjadi kawan paling baik,
dan paling rapat,
yang aku dan dia boleh berkongsi segalanya, everything.
did I said EVERYTHING?
YES. everything means seluruhnya, inside & outside.
dan dia juga boleh bergantung kepada aku,
sebagaimana aku bergantung pada dia,
sebagaimana aku perlukan dia,
dia juga sama, memerlukan aku,
saling lengkap melengkapi,
itu sahaja.

mungkin ada yang akan bersuara :
"bergantung lah pada DIA"
baiklah kamu yang berkata-kata,
kamu juga ingin memenuhi fitrah kamu,
maka jangan berkata sesedap hati.

Art Lara LAri

aku ingin menyalurkan kesedihan,
dengan bermain piano,
melagukan lagu-lagu lara,
malang,
aku tidak tahu bermain piano,
malah,
membaca nota muzik pun aku buta.

aku ingin menyalurkan kesedihan,
dengan memetik picu kamera canggih,
merakam gambar-gambar,
yang mengungkap jiwa lara,
malang,
aku cuma punya kamera Ricoh biasa-biasa sahaja,
malah,
tidak cukup seni untuk aku,
maklumlah aku ni demand tinggi,
bak kata seseorang.
malah,
aku juga tidak cukup duit,
untuk memiliki kamera canggih.
malang sekali lagi.

maka,
aku cuma menyalurkan kesedihan aku,
melalui kata-kata ini,
yang aku tak suka sebenarnya,
mengungkap kesedihan dengan kata-kata,

entah kenapa,
aku tidak gemar untuk berbicara sekarang.
bukan mulut aku berbau,
tidak.
cuma aku tidak gemar.

aku bertanya. maka jawab

sedang mandi.

ya. ide aku memang selalu mencurah waktu mandi.
entah kenapa waktu itu otak aku baru ligat berfungsi.
perlu ke aku mengkaji?
tak perlu, bukan itu matlamat aku sekarang.

baiklah.
aku sedang terfikir untuk membuat blog baru,
untuk memberi peluang kepada orang lain terutama keluargaku,
mengenali ahli keluarga dia yang pendiam,
ya. aku yang tidak gemar berbicara.
terlalu kontra dengan kakakku yang kepoh,
begitu juga dengan adik perempuanku yang juga sinonim dengan pentas,
maaf, aku bukan begitu,
aku sangat pemalu dan tertutup.
maka siapa-siapa yang reject aku dulu,
maka aku faham,
sebab kalian terlalu kepoh atau terlalu kontra.

baiklah. aku dah menyeleweng dari tulisan asal.
bersambung kenapa aku tidak gemar berbicara,
dan bukan kerana gigi aku tidak cantik, kamu silap.
cuma mungkin terlalu bersilau.

dan jika aku membuka blog untuk orang ramai,
maka ada kisah antara aku dan ayong akan terdedah sedikit.
sedikit cuma. tak perlu terlalu mem'femes'kan ayong dalam blog aku.
dia nak femes, dia boleh keluarkan novel dia sendiri.

maka aku sedang berkira-kira,
jika karya ku sudah cukup banyak pengalaman & matang,
aku mungkin akan buka blog baru.
mungkin sebagai pedoman untuk orang lain,
agar tak terjebak dengan kisah seperti aku?
atau jangan jadi gila seperti aku.

aku juga berniat untuk menasihati kanak-kanak diluar sana,
tolong jangan suruh ibubapa anda membeli buka cerita fairy tales,
aku bimbang kamu akan jadi terlalu berfantasi.
(tak pasti tatabahasa aku betul atau tidak)
walaupun kamu kanak-kanak,
hadapilah realiti hidup ini tak seindah cerita sang kancil dan buaya.
tapi kalau kamu degil itu terpulang,
sebab aku takkan bagi hadiah seperti itu untuk hari jadi kamu,
dan aku juga tidak akan piat telinga kamu,
seperti Ayong piat telinga aku, tidak.
tetapi, walaupun dengan kanak-kanak, aku juga tetap kejam.
aku bimbang negara ini akan di penuhi dengan orang aneh-aneh saja.
oleh itu, tiada siapa yang kontra dengan aku.
ah susah untuk aku membuat pilihan maka nya.