Siri Bercakap Dengan Toyota Corona
Kalau ikut jadual, gua janji dengan Toyota Corona ni nak jumpa sekitar pukul 2 petang macam tu. Tapi bila gua sampai, gua tengok Toyota Corona ni dah terpacak tunggu gua tengah panas. Memang berdisplin betul. Tak macam artis dunia hiburan. Jadi ikutilah temuramah ekslusif dengan Toyota Corona (TC) dengan pihak Majalah Kereta (MK) yang memang rasanya kali pertama seumpamanya di dalam dunia automotif. Setakat ni tak pernah ada lagi wartawan berani temuramah kereta.
MK : Hai. Apa khabar?
TC : Khabar baik, bang. Saya Islam, bang.
MK : Oh ye ke? Assalamualaikum.
TC : Waalaikumussalam.
MK : Kau sihat ke ni? Sekarang ni musim H1N1. Kena jaga-jaga sikit. Topeng dah beli?
TC : Saya sihat, bang. Ish abang ni, H1N1 tu bukan penyakit saya. Tak ada hal punya. Topeng kalau nak beli pun bukan ada saiz saya.
MK : Oh lupa pula aku. Kau kereta. Ok, boleh tak kita mulakan sesi temuramah kita ni?
TC : Boleh. Abang tanya je apa nak tanya. Saya sedia bagi kerjasama. Sebenarnya berdebar juga saya kena interview dengan Majalah Kereta ni. Ini kira first time la saya kena interview. Kalau ada salah silap tu, harap abang tak kecil hati.
MK : First time ya? Jangan risau. Aku tanya soalan senang-senang saja. Soalan-soalan pasal hubungan peribadi kau ke, doa Qunut, pendirian politik kau ke, aku tak tanya. Malas aku nak masuk campur.
TC : Oh terima kasih, bang. Kalau macam tu, lega sikit saya.
MK : So dah berapa lama kau jadi kereta? Sebelum jadi kereta, apa kau buat? Study?
TC : Saya start jadi kereta tahun 1982. Kira lebih kurang 27 tahun juga saya jadi kereta. Sebelum ni tak study mana-mana pun. Dulu sebelum jadi kereta, saya ni besi. Susah jadi besi ni bang. Tak stabil. Harga turun naik ikut pasaran dunia. Nak minta masuk belajar pun susah. Ada 2-3 kali juga saya mohon Giat MARA. Tapi keputusan asyik asyik dukacita, balik balik dukacita. Fed up juga saya. Itu yang saya terus kosentret jadi kereta ni. Tak kisahlah member-member lain dah jadi kapal ke, kereta kebal ke, periuk nasi ke. Janji saya happy macam ni.
MK : Oh lama juga la kau ni jadi kereta. Asam garam dunia kereta ni aku jamin kau memang dah masak benar. Sekali pandang aku dah tahu.
TC : Hehehe... Jangan macam tu, bang. Segan saya. Abang pun apa kurangnya.
MK : Ah kau nak babitkan aku pula. Aku lupa nak tanya. Nama kau apa hah?
TC : Eleh main-main la abang ni. Name tag saya bukan main besar takkan tak nampak lagi? Corona nama saya, bang. Nama penuh Toyota Corona. Tapi kalau nama ikut MYkad saya yang baru ni, Abdul Saiful Corona Bin Abdullah.
MK : Boleh tahan juga sedap nama kau ni.
TC : Biasa la, bang. Makwe saya yang pilih nama tu. Taste dia memang tinggi sikit.
MK : Ah macam-macam la kau ni. Sekarang enjin apa kau pakai?
TC : 4AGE.
MK : Peh...enjin sedap tu. 3.0 kan?
TC : Alaa biasa-biasa saja, bang. Eh 3.0 apa pula. Melampau tu. 1.6 saja. Tak ada la kuat sangat. Cuma setakat nak makan Wira modified tak siap tu, anytime saja, bang. Kalau Caldina tu, boleh gurau-gurau cucuk belakang macam tu je laa. Atas luck juga.
MK : Eksyen juga kau ni. Kau belum jumpa RXZ KL lagi.
TC : Apa benda tu, bang?
MK : Ada la. Nanti kau turun KL, kau tahu la. Enjin kau ni standard ke tak? Ke kau ada bikin-bikin?
TC : Buat masa ni, saya pakai standard saja, bang. Malas nak lebih-lebih. Saya cuma buat port & polish sikit. Lepas tu saya pakai piping 2 setengah inci krum baik punya sama itu Jasma punya muffler. Kira orait la. Nak kata puas tu, memang tak puas. Tapi sekarang abang bukan tak tahu, modal nak bikin ni bukan murah- murah. Ini tak lama lagi kerajaan nak naikkan lagi harga petrol. Sakit juga. Road tax saya pun sekarang naik bukan main lagi tinggi.
MK : Biasa la tu. Ini namanya cabaran hidup. Eh kau sebelum ni pernah jadi teksi tak? Aku macam ada perasan muka kau dalam cerita Jackie Chan.
TC : Jangan macam tu, bang. Jangan kasi jatuh air muka saya. Itu model lain. Model CT. Model tu memang buat jadi teksi kat Hong Kong. Saya model T. Mana stailo kalau jadi teksi. Habis kuat pun jadi kereta ADO.
MK : Ye ke? Tapi ada iras-iras kau juga la. Kau punya transmisi macam mana pula? Boleh cerita sikit?
TC : Saya punya misi akan datang ni kalau boleh nak naik haji. Duit pun dah cukup. Kalau tak ada aral melintang, 2 tahun lagi mungkin dapat la surat panggilan dari Tabung Haji. Abang bila lagi? Takde simpan hasrat ke?
MK : Kau jangan main-main. Aku tanya pasal transmisi. Transmisi tu pasal kau punya gear box la.
TC : Ooo, gear box. Hehehe sorry, bang. Setakat ni semua standard saja. Saya takde usik apa-apa. Lagipun rasanya masih tip top lagi.
MK : Takde masuk klac racing ke, apa ke?
TC : Takde, bang. Akan datang tak tahu la kot tergerak hati nak pakai.
MK : Cuba la. Belum cuba, belum tahu. Kau punya suspension pula? Standard juga?
TC : Yes. Standard and original.
MK : Brek?
TC : Same also.
MK : Orait juga kau punya english. Sekolah mana dulu?
TC : Alaa basic je tu, bang. Sikit-sikit tu boleh la. Sekarang ni zaman IT. Nak tak nak, kena ambil tahu juga la. Dulu saya sekolah kat Sekolah Rendah Kebangsaan Tawau. Abang tak nak tanya UPSR saya ke?
MK : Ah apa jadah aku nak tanya UPSR kau? Banyak lagi soalan lain aku boleh tanya. Yang kau pakai sekarang ni rim apa? Aku tengok bukan main bergaya lagi.
TC : Ini Rays, bang. Buatan England punya ni. Saya pakai yang saiz 17 inci punya.
MK : Oh Rays. Aku biasa dengar juga tajuk Rays tu. Kau beli kat England ke?
TC : Eh takde la, bang. Beli kat sini je. Apa gila saya nak pergi England beli sport rim? Kalau pergi tengok bola, ok la juga.
MK : Betul juga tu. Hah terlanjur kau dah cakap pasal bola ni, apa pasukan bola favourite kau?
TC : Mesti la Sabah, bang.
MK : Aik? Liga Malaysia punya team je?
TC : Ye la. Abang tak layan Liga Malaysia ke?
MK : Takpe la. Lain kali la kita sembang pasal bola. Takde mood pula aku. Ok cerita sikit pasal bahagian dalaman kau. Ada modified gila gila tak?
TC : Takde la gila sangat, bang. Biasa-biasa saja. Dashboard pun pakai yang lama. Original lagi. Saya cuma tambah apa-apa meter yang patut je untuk kesenangan bos saya. Lepas tu saya pakai tempat duduk 5 Zigen. Bucket baik punya. Kalau duduk terus rasa macam nak berlumba.
MK : Mana kau tahu? Kau pernah duduk ke atas kerusi kau?
TC : Hehehe. Saya dengar cerita orang la. Abang ni asyik cari point nak kasi saya down je. Ini yang saya tak gemar ni.
MK : Tengok, aku cakap macam tu pun dah nak merajuk. Harap rupa je ganas. Tapi hati tisu. Ni Ameron banyak- banyak ni sampai penuh bonet belakang, apa hal?
TC : Saya bergurau je, bang. Ameron ni sound system. Saya memang kasi completed pakai semua Ameron. Baru steady orang tengok.
MK : Apa benda yang steady? Bunyi dia macam mana? Orait?
TC : Sendiri mahu ingat la, bang. Abang tak nak try dengar?
MK : Ah malas la aku. Entah lagu apa la kau nak main. Tak minat aku bunyi bising-bising ni.
TC : Ye lah, ye lah. Dah orang tak sudi. Nak buat macam mana.
MK : Ah kau jangan banyak cakap lah. Kita dah sampai ke penghujung temuramah ni. Aku nak tanya soalan yang subjektif sikit. Senang cerita soalan yang berbentuk pendapat. Pembaca ramai nak tahu ni.
TC : Boleh, bang. Tak ada masalah.
MK : Apa pandangan kau tentang sikap pemandu di Malaysia ni?
TC : Susah juga soalan ni, bang. Macam soalan tingkatan 6. Saya cuba jawab setakat yang mampu saja la. Pada saya, walaupun saya ni sebuah kereta, saya pun terkena tempiasnya juga kalau pemandu memandu dengan cara tak berkhemah. Contoh kalau pemandu tu memandu saya, nanti masyarakat mula cakap,'tengok kereta tu, macam pelesit!'. Tak pasal-pasal saya disamakan dengan pelesit. Ingat saya tak kecil hati ke? Saya pun ada hati dan perasaan.
MK : Kau ni memang buat aku mudah naik darah la. Malas dah la aku nak tanya kau lagi.
TC : Eh merajuk ke, bang?
MK : Kau nak kena tendang?
TC : Tak nak, bang.
MK : Hah tahu pun. Ok, aku blah dulu. Assalamualaikum.
TC : Waalaikumussalam. Elok-elok jalan, bang.
----------------------------------------------------------------------------------------------
*Aku plagiat dari brader Pipiyapong
***
Bila baca karangan ni, aku dah berazam nak bagi tunjuk ajar kat Sunan pasal format baru karangan autobiografi pada masa akan datang. Epan boleh la join skali kalau aku rajin nak ngajor, offer ni sempena hari guru je la. hari buruh, aku tak layan.
No comments:
Post a Comment