Tuesday, December 27, 2011

A Telegraph Maybe.

Dear him, 
For all the hurt things you've done to me & my mom...
I forgave you.


For all the good deeds you've done related to me...
A lot of thanks. 


Sincerely,
Meera Edora.


Long Love Story, please click here.

Friday, December 9, 2011

Sarcasm Tak Jadi, Mari Booo..


Ok..sila booo saya, saya lah yang nak menyindir orang tapi tak jadi.

Saya ini sangat jarang nak mengarang atau mengepos apa-apa status di Facebook. 
Status saya hari ini berbunyi begini :

"Harapnya kerajaan peruntukkan juga dalam bajet- bantuan khas utk anak muda bujang yg :
1) berpendapatan RM 1,800.00 kebawah sebulan,
2) tak minta duit elaun/duit poket pd mak ayah yg b'pendapatan RM3,000 keatas,
3) wajib bayar PTPTN,
4) kena bayar installment kereta/rumah,
ataupun boleh gazetkan je PTPTN tu sbg biasiswa.
Dan gua akan kenang jasa UMNO sampai bila-bila...."

Dan iya..(ala-ala longhat Jawa sikit ok) seperti dijangka memang ada yang komen soal kesyukuran. Teman sekuliahku-Syafiqa (Ah...kali ni memang kena baca ala-ala Jawa + Bugis-tengok AADC lagi sekali punya pasal) memberikan komen yang ku tunggu berbunyi :

" syukurla ats nikmat yg ada..kire hebatla tu gaji 1800..xkawen lg.org laen gaji lbh rndh,anak deret2.smp ble nk hrp ihsan orh.usaha sndr lbh afdal..ye dak"


Ada 3 isi penting disini :

1) Kenapa hanya fokus pada digit dan meninggalkan penerangan selebihnya?
 Iya...kalau bergaji RM1,800.00 itu sudah cukup lumayan bagi yang bujang, tapi jika tinggalnya di bandar sendiri, yang ongkos rumah sewa, elektrik (yang dah makin naik) dan sebagainya itu juga sendiri, bagaimana? Dan kalian lupa bagaimana yang bergaji dibawah tangga RM1,800- mungkin RM1,000.00 sahaja. Saya tidak mengepos status tersebut yang hanya melingkari diri saya sendiri.

2) Analogi Sendiri Semata-mata.
Analogi saya begini :
Kerajaan ialah pekerja yang telah dilantik oleh tuan punya syarikat.
Rakyat ialah tuan punya syarikat atau tuan punya tanah.

Ok, dalam apa-apa perniagaan pun mesti mau untung maaa...bayangkan jika pekerja hanya bekerja ikut suka, pinjam harta syarikat sesuka hati kemudian buat macam hak sendiri malah pekerja makin kaya-raya dan natijahnya syarikat berhempas pulas nak survival. Lepas tu bila akhir tahun masa penilaian prestasi baru kerja keras sebab nak mengampu bos-(ini tak ada kena mengena dengan hal pejabat gua, INGAT! ini ANALOGI semata-mata), jadi boleh lah dapat bonus lebih...

3) Ihsan.
Maka bukan ihsan, sebab pekerja memang kena bekerja untuk syarikat sebab dah dibayar gaji. They aren't working for free & we aren't voting them to only get "duit ihsan". 

Haaa...isu apa lagi nak dibangkitkan? Ahhh..bila fikir hal negara ni boleh bikin lapar.

Iya...dan lagi satu yang pasti, mereka harus mengungkit 'jasa' mereka yang telah ditaburkan bertahun-tahun itu...

Jadi apa makna IKHLAS dan IHSAN? Kau tak IKHLAS, kami tak IHSAN, gitu?

Friday, October 28, 2011

Ignorance.

Earlier morning at office I, Kak Azi and other colleagues talked about 'madu asli' which is I got it from my father's hometown- Marang, Terengganu. Another 'kakak' told us that her daughter used to drink 'air kosong' and mix it with honey. Suddenly the practical guy (27 years old) interrupted our conversation and what he said sound like this :

"Kalau macam tu boleh kencing manis la kerap minum madu".

@#^&*%^()))**^$^!!&%%@!!!!

Pissed off and annoying! It kind of irks me when he can said that.

Plus, he like totally zero about the benefit of honey. Shame on you man!
Ok, he doesn't joke when he said like that.


Sunday, October 9, 2011

Sedang Memahami :



Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Tajuk: AKU MAAFKAN KAMU
Artis Malique featuring Jamal Abdillah
Lirik: Malique
Lagu : Tripdisz
Dikerluarkan oleh : Malique for Qarma Musiq



---------------------------------------------------
Tak pernah dengar perkataan :
1. Daktil
2. Diisolasi
3. Inkarserasi
4. Auditori
5. Artileri
6. Ramit
7. Rahi
8. Miranda


Maka, saya tidak dapat memahami lirik ini secara keseluruhan. T.T

Friday, September 30, 2011

The Past. Lost & Get Lost.

What I say now could hurt you,
you might hate me so much that you want to kill me,
what I'm going to say isn't like why I used to be,
it's not all wrong,
I'm not used to the new me.


You're so kind, you're the same,
I don't why I'm like this,
I love you and you're beside me,
I don't know, I want to find myself now.


Baby I'm sorry, even when I'm with you, I'm lonely,
I'm not worthy enough to love, forgive me,
I'm sorry, this is our story,
I'm not worthy enough to love even you're by my side,
Baby I'm so lonely, lonely, lonely.


You didn't do anything wrong. I'm the one just feels strange,
Maybe I prepared for this breakup for a long time,
I wanted to treat you well. Why does this have to happen in front of love?
I'm getting smaller and more lonely,
But you're the same one that was so kind,
I don't know why I'm like this,
I don't know, I want to find myself now,
Baby I'm sorry. Even when I'm with you, I'm lonely.
Forgive me.


Cuz I'm just like another girl,
This whole time is so lonely,
I can't take anymore.
So long...


-Sample of situation that have happened in last two or three years ago. 
2NE1.Lonely


Thursday, September 29, 2011

You & Me



What women should know: 
A man who truly loves you will NEVER let you go, no matter how hard the situation is.


What men should know:
A women who truly loves you will be angry at you so many things, but will STICK around.


My opinion?
This is only applicable in marriage.
Let fate rule! because feelings thingy not entirely within our control.

Monday, September 19, 2011

Ekspresi 6

Sabtu lepas bersamaan 17 September 2011 macam biasalah, masa tengah mood raya, banyak lah open house kan? Saya, empat orang lagi officemates yang solo dan seorang lagi officemate yang dah tak solo pun bergerak sama-sama ke open house senior kami...


Kebetulan masa kami sampai, cik awek kepada anak senior kami pun baru sampai juga. Officemate kami yang dah tak solo tu pun tanya la kak senior macam ni; "tu bakal menantu akak ke?" Kami berempat yang masih solo buat-buat khusyu' melantak tak ingat dunia.


Kak senior pun jawab; "aku dah bagitahu dia (anak laki dia), nak jadi menantu aku kena pandai masak".


Dengar je jawapan kak senior, mahu tersembur nasi impit yang penuh di mulut. Sungguh tak senonoh. Dalam hati cepat-cepat memanjat doa; "Janganlah bakal mak mentua aku request syarat yang bukan-bukan".


Hari ini masa dalam perjalanan nak beli kepci dan ambil kek sempena hari jadi kak senior di atas, tiba-tiba topik di atas muncul. Rupanya bukan saya sahaja yang nak tersembur dan tersedak bila dengar jawapan kak senior malam tu, baki 3 orang yang solo tadi pun dalam khusyu' mentekedarah nak tercekik juga dengar jawapan kak senior tu. 


Bab memenuhkan tembolok masing-masing memang handal, sampai bab nak memasak semua kucar-kacir. 
T_T


Biane ummy...wawawawawa...


Friday, September 16, 2011

Buku Bulan Ini

Lagi dua buah buku baru tambahan..jeng jeng jeng... :



Go Go Cha Cha Street & the forth book of Diary of a Wimpy Kid, The Ugly Truth! Ho yea!

Buku keempat Diary of a Wimpy Kid tu sebenarnya dah lama keluar, tapi masa baru keluar awal tahun ni kot, buku ni dah sold out, yang tinggal cuma buku yang hard cover je. Jadi saya malas nak menghabis duit dan sabar menunggu buku yang bukan hard cover restock.

Dan sebenarnya saya masih belum habis lagi baca buku Tuesdays With Morrie, One More Day, Versus dan Contengan Jalanan wawawawa...

Oh..biane biane..
T_T
----------------------------------------------
Dah lega sedikit lepas closing account baru ni, maka sibuk dengan open house raya pula...
Hari Ahad ni ummy ayah balik Pasir Gudang, maka saya kelam kabut mengurus rumah & tangga, tukar air akuarium dan sebagainya..
Ok, pasu bunga orkid tu dah pecah masa balik dari cuti raya hari. Hantu mana entah yang langgar.


Monday, September 12, 2011

Fantaghiro


Baru-baru ni ada terdengar balik pasal Fantaghiro. Tak tahu la saya apa dan siapa si Fantaghiro ni. Jadi, terlebih rajin pula mencari siapakah gerangannya si Fantaghiro...


Rupanya cerita drama bersiri masa tahun 1991-1996...padanlah ramai kawan-kawan yang baya-baya saya ni tahu pasal cerita ni...Cerita ni berlatar belakang Zaman Gelap Eropah. Mudahnya memang di letak begitu kerana latar masyarakat dalam cerita tersebut meletakkan kaum wanita di kedudukan yang rendah & menafikan hak-hak wanita. Alaaa..dah tengokkan? Mestila tahu..


Tapi bila fikir balik, kenapa saya tak tahu apa-apa fasal cerita tv hot zaman kecil-kecil dulu, rupanya masa orang lain ralit cot cet cot cet pasal cerita ni dalam kelas, saya ralit tengok si Elvis menyanyi. Ceh...baru teringat masa kecil-kecil dulu memang gila bayang dengan Elvis sampai rambut pun nak ikut gaya dia sebiji & sampai hair dryer ummy pun jahanam. Nasib masa tu dah kena pakai tudung pergi sekolah, kalau tak memang dah kena sebat dengan cikgu.


Ok..sekarang dah boleh tengok cerita zaman kanak-kanak ni balik di TV9 setiap hari Ahad jam 10 malam. Selamat mencuci mata tengok hero kacak. 

Sunday, September 11, 2011

Gaduh Si Budak Kecil.

Protect The Boss Episode 7. Orang lelaki bergaduh pun boleh tarik-tarik rambut. Hahaha...adoi..kesian Jaejoong. Dua-dua bergaduh macam budak kecil dalam cerita ni. Hahaha Comel.






Friday, September 2, 2011

Papa & Grandma

Grandma : I'm old not because of time, but because of my son. Do you know that, you rascal?
Papa : Shall I suggest a botox injection?
Grandma : Aigoo! *#&@$%&#%$!
Pro.Th.Bos03

Ekspresi 5 - Cerita mereka.

Owh...ini anak Enon ae?
Ye mak cik...
Anak Enon yang dah kahwin tu?
Bukan.
Haa...yang baru tunang tu?
Bukan, bukan.

(Mereka kata muka kami bertiga hampir sama, jadi saya boleh menyamar jadi anak perempuan Enon yang dah kahwin atau yang dah tunang tu. Anak Kadir siapa nak menyamar ni??)
-------------------------------------------------
Dah hampir dua tahun rupanya..tapi masih rasa macam semalam peritnya.

Sunday, August 28, 2011

Ekspresi 4

Jangan meminta kepada ibubapa atau anak-anak sesuatu yang di luar kemampuan mereka.
Di kala meniti hari-hari terakhir Ramadhan.
Tetapkan momentum dan semangat.
Jangan kalah pada nafsu dan keinginan.
Berbelanja sekadarnya.
Terimalah sekadarnya.
---------------------------------------------------
Saya yang berusaha untuk memahami kalian.

Wednesday, August 17, 2011

Non, je ne regrette rien by Édith Piaf

No, nothing of nothing.
No, I regret nothing.
Not the good that One did to me.
Not the bad. All that to me is pretty equal.

No, nothing of nothing.
No, I regret nothing.
It's paid, swept away, forgotten.
I rid myself of the past.

With my memories, I lit fire.
My sorrows, my pleasures, I have no more need of them.
Swept away the loves, with their ups-and-downs.
Swept away for always. I leave again at zero.

No, nothing of nothing.
No, I regret nothing.
Not the good that One did to me.
Not the bad. All that to me is pretty equal.
No, nothing of nothing.
No, I regret nothing.
Because my life, because my joys,
today...That begins with You.

Wednesday, August 10, 2011

Hari-Hari Menuju Cinta

Ramai yang punya azam untuk khatam Al-Quran di bulan Ramadhan, tidak terkecuali saya sendiri. Tapi kerana kekangan masa & saya sendiri yang malas & hati yang masih terikat pada cintanya dunia (Sigh!) & bermacam-macam alasan dari manusia yang malas ini. Maka, saya mencari jalan untuk menghidupkan jiwa saya kembali agar dapat merasai kembali manisnya Ramadhan.
Motivasi saya ialah, di sebabkan saya terlalu culas dan malas (kenapa?! kenapa?! sambil memarahi diri sendiri), saya cuba mencari-cari ruang & sela masa tazkirah untuk diri saya sendiri dan rakan-rakan sepejabat dalam 30 hari perjalanan mencari cinta Ramadhan. Moga dari perkara yang mudah-mudah ini, meringankan hati dan memujuk hati untuk mencari jalan kembali. FIGHTING!! Tolonglah wahai hati... T_T
---------------------------------------------------------
Apabila lagu -lagu raya sudah mula berkumandang di corong-corong radio yang dipasang di pejabat, saya mula gelabah.
Apa hasil Ramadhan saya ni?! Menyambut Hari Raya semata-matakah?

Saturday, July 30, 2011

Ekspresi 3

“After being lost for so long, I reached out to her only to find that she had someone else. The hardest thing was acknowledging her new relationship. I loved her enough to spend the rest of my life with her. I thought that she of all people would still wait for me, even if I left her. I guess I was selfish.”

Oh! Yes man, you're selfish. How come you want her to wait for you like stupid, plus even you LEFT her?!
Get a life man, this isn't fairy tale.
For his ex-girlfriend, don't even hurt if you hear his song, you totally made a good choice though.

Friday, July 29, 2011

Ops!

Di pejabat, bagi kami wanita golongan 20-an dan 30-an mungkin punya pandangan yang hampir sama berkenaan wanita bekerjaya dimana bila seorang wanita sibuk bekerja dipejabat, tak ramai yang punya masa untuk masak makanan yang cantik-cantik dan sedap-sedap sebiji macam di kedai-kedai atau restoran (ok, bab memang kerja sebagai chef tu tolak tepi, kan saya kata kerja dipejabat ok?).

Baiklah, maka apabila seorang senior eksekutif di bahagian kami yang kira-kira baya-baya dalam 30-an atau 40-an kerap membawa makanan yang sedap-sedap (dan cantik) ke pejabat, kami yang golongan muda-mudi (cewah!) ni selalu terkejut dan kerap juga keluar soalan macam ni:
"Eh?! akak buat ke cheese tart ni?"
"Eh?! akak buat ke kek lapis ni?"
"Eh?! akak buat ke kuih ni?"
Macam-macam eh nya. Disebabkan mungkin akak tu pun dah penat nak menjawab pertanyaan kami yang super terkejut sebab dia punya masa di hari-hari bekerja untuk membuat makanan yang agak sukar (bagi saya dan mereka). Dia jawab: "Makan jela korang ni pun".

Dan kami pun terus melantak tanpa was-was. Oh! terima kasih kak, saya masih tak puas dengan blueberry cheese tart itu!

Oh! Nasib baik officemates saya juga dalam golongan 'pirana', maka saya masih punya golongan sosial ini dimana-mana.

Sunday, July 24, 2011

Terima Kasih dan Maaf.

A
Terima kasih keluarga saya. Jutaan terima kasih. Tapi...
-----------------------------------------------------------------
B
Saya juga pernah melalui zaman berchenta (cewah!) seperti manusia-manusia yang lain, yang bercinta. Berhantar SMS dan saling bertelefon tak kira siang dan malam, bertanya makan di mana, buat apa, yang mahu tahu itu dan ini tentang pasangan masing-masing. Ya..saya pernah melalui itu semua. Tapi perkara-perkara itu lansung tak menjanjikan hubungan yang kekal dalam hidup saya. Ianya juga tak menjanjikan hati yang tenang dan saya tak menjumpai apa yang hilang. Maka saya penat.

Hingga sampai titik kritikal dalam hidup. Walau saya tahu akibat dari keputusan yang saya ambil bakal memberi kesan dan menggegarkan sebuah hubungan dan tali persaudaraan, mungkin kerana diri rasa terlalu berdosa, maka saya ingin melalui hukuman dari Tuhan secara tunai dengan harapan dosa lalu itu terhapus, dengan harapan saya akan berjumpa jalan menuju Tuhan Yang Satu. Kerana saya tak sanggup menjalani hukuman dari Dia di akhirat kelak. Seakan banduan yang sedang menjalani hukuman yang di jatuhkan sang hakim.

Masih di saat kritikal itu, saya meletakkan seluruh kesalahan keatas diri sendiri, selepas meminta maaf saya lansung berdiam diri hingga sekarang dikalangan ahli keluarga, saya tidak bercerita sebab-sebabnya. Saya mahu ianya berlalu dan diam begitu.

Hukumannya memang tidak mudah untuk di lalui dan bukan mudah juga untuk pulih tambahan jika kamu memilih untuk melaluinya sendirian. Sehingga ketika tempoh hukuman hampir tamat, saat jiwa hampir pulih, seorang makhluk datang meminta hati. Terkedu, memilih samada ini adalah hukuman atau hadiah.

Untuk makhluk itu saya memaklumkan bahawa saya tak akan berhubung seperti apa yang saya lakukan dulu dan tempoh hukuman saya juga belum habis. Makhluk itu sanggup menunggu hingga saya pulih, hingga tempoh hukuman itu habis. Tapi saya was-was apabila impian dia memasuki dunia penyiaran berjaya. Adakah dia berjaya dalam tempoh menunggu? Sanggup tidak tunduk kepada nafsu dan rindu yang sentiasa berdamping?(Termasuk wanita-wanita cantik dikeliling? Hew hew hew..)

Apa yang saya percaya dengan sekuat-kuatnya, jika dia tak mampu memimpin nafsu dan perasaan sendiri, adakah dia berkelayakan menjadi pemimpin saya? Itu sudah cukup. Tapi sayangnya dalam masa yang sama saya juga cuba untuk tidak terus menutup hati sendiri. Dalam usaha itu juga saya cuba menerima makhluk Allah itu apa adanya.

Tapi sayang....saat saya hampir pulih, hampir kuat kembali, hampir nampak kembali jalan pulang, makhluk itu pula hampir kalah atau mungkin sudah kalah dalam tempoh menunggu itu. Malahan cuba meletakkan salah dan malu pada saya.

Saya akui, ianya ujian yang membuatkan saya goyah kembali, saya hilang arah kembali. Hukuman kali ini saya tak mampu menjalani sendirian, akhirnya dengan Ummi dan Anas saya cuba bercerita dan melepaskan bahang amarah kemudian kembali 'cool'. Atau dengan kata lain, saya kembali menampal senyum di muka sambil berkata; I gotta be stronger. Senyum yang bukan senyum.
-----------------------------------------------------------------

C
Kerana saya tidak ingin menjalani hukuman kali ini sendirian akibatnya seluruh ahli keluarga cuba melindungi saya dan meletakkan rasa yang kurang senang terhadap makhluk itu. Maaf keluarga, saya tidak mahu begitu. Maaf Anas, hubungan persahabatan antara kamu berdua yang dingin akibat dari ujian ini. Terima kasih Ummi kerana menyokong, terima kasih Abang Jiji & Kak Long kerana terasa pedihnya apa yang saya rasa. Tapi..jangan sampai meletakkan rasa benci. Saya masih hormat pada makhluk itu yang saya gelar sebagai Ustaz. Harap itu penutup dan doa yang baik untuk diri saya sendiri.

Doakan saya jumpa apa yang hilang dalam hati. Dan terus cinta saya ok?

---------------------------------------------------------------------

Entri luahan perasaan yang agak melebih. Huhuhu...
Saya mahu jadi kuat untuk keluarga, kawan-kawan dan insan-insan yang sedang diuji.

TAMAT.

Friday, July 22, 2011

Telaga dan Air.

To a man, love is like a well in your heart,
once you dig it out, it's difficult to fill it back,
so, sometimes you feel happy,
sometimes you feel pain.
Don't let others see what's inside,
the water there is for you to drink, and not others,
in that way, you won't hurt yourself,
it's alright even if the well is dry now,
if you can wait until the fountain gushes out,
then continue waiting steadfastly.
Waiting is also a solution,
but waiting for that isn't easy.
No, it's very difficult.

Love that comes easily,
will also be lost easily.
MissRipleyEp13

Wednesday, July 20, 2011

D.O

Saya teringat kepada D.O ringkasan nama yang di beri oleh mahasiswa/i UiTM Segamat, Johor kepada pensyarah Akaun kami (oh, saya sebenarnya tidak ingat kalau dulu D.O di bahagian Akaun, tapi sebab dia terrerrrr sangat pasal akaun, jadi mungkin di bahagian Akaun la). Sekarang D.O sudah naik pangkat sebagai Pengarah UiTM Segamat, Johor (kemaskini terakhir bulan lepas).

D.O ialah Dr. Omar, dia pun sebenarnya baru tahu para pelajar dia panggil D.O masa tahun terakhir kami menuntut ilmu dengan dia untuk subjek Financial Statement Analysis.

Setiap kali teringat D.O pasti akan teringat cara mengajar dia yang macam magis. Datang ke kelas tanpa bawa apa-apa atau kadang-kadang dengan sebuah beg atau buku (tapi buku yang di bawa bukan untuk di gunakan untuk mengajar). Cara mengajar dia banyak guna Microsoft Excel je. Taip soalan sikit, klik sana klik sini, dah siap dapat jawapan. Kami pun nganga...(nampak sangat belum explore Microsoft Excel sangat masa tu huhuhu..)

Perkara kedua yang teringat pada D.O ialah analogi dia yang memang tercapai terus dek akal kami yang macam budak-budak lagi walaupun dah tahun akhir. Paling ingat masa kami yang tengah kelam pasal satu sistem untuk proses data-data bagi project paper tahun akhir (dah tak ingat apa nama sistem tu).

Bila D.O dapat tahu macam mana cara kami masukkan data, keluarlah analogi dia bagi menggambarkan betapa apa akan jadi atau hasil dari data-data yang kami masukkan.

Analoginya macam ni; "Ok, kamu nak masak pengat pisang. Kalau nak masak pengat pisang macam mana? Perkara paling basic mestilah kena cari pokok pisang dulu, lepas tu buah pisang tadi di kupas, dibuang kulit, dipotong lepas tu baru masuk dalam pengat, ye dak? Ni kamu semua buat pengat pisang, dah jumpa pokok pisang, dengan daun pisang, kulit pisang, batang pisang tu semua kamu masukkan sekali dalam pengat, jadi tak pengat pisang kamu? Mestilah jadi kan? Tapi apa rasa?"

Itulah analogi dia nak menerangkan bagaimana gambaran kami memasukkan data T.T
Apa jadi pada data kami? Tak tahu la saya...

Disebabkan D.O ni terreerr, a slight mistake pun dia boleh kesan. Sampai masa nak bentangkan project paper pun harap-harap bukan D.O yang jadi panel. Yeah..doktor kan..

Sunday, July 17, 2011

In the middle.

Do you know what is the easiest thing to calculate in this world?

It's money.

But the debt to the heart is complicated and takes a long time to repay.

Why? Because love is a big con.

Miss.Ripley12

Saturday, July 16, 2011

Pretty Little Liar

"Because I gave space so much to him, then he leave me for another women", Ashley Marin- Pretty Little Liar.

Ianya punya persamaan sedikit, apabila saya berdiam diri & cuba untuk memberikan ruang kepada lelaki itu kerana kesibukan kerjayanya akhirnya dalam kesibukan itu, dia telah berubah hati.

Ok, itu biasa. Semua orang sedia maklum bahawa hati manusia berubah-ubah, tiada apa yang kekal melainkan jika seseorang itu menjaga hati dia dengan menjaga pandangan, pergaulan dan percakapan dan yang paling penting dengan kehendak Dia Yang Memegang Hati-Hati Manusia.

Maka, saya cuba memahaminya dengan baik bahawa itu adalah sebahagian dari sifat manusia termasuk diri saya sendiri. Apa yang saya mahu dari lelaki itu ialah belajar memahami juga hati sendiri dan hati manusia lain. Belajar meminta maaf setelah kamu tersilap memberikan harapan dan janji kepada manusia lain. Sebab manusia itu juga punya hati yang sama seperti kamu.

Berdiam diri setelah menerima jawapan bukanlah cara menyelesaikan masalah, tapi cuma melarikan diri dari silap sendiri seperti anak-anak kecil. Malah anak-anak kecil sekarang juga sudah pandai meminta maaf tanpa di suruh, inikan kamu lelaki dewasa dan wanita-wanita cantik di luar sana (dan ok, termasuk saya. Ehem!)

Maka, pengajaran dari semalam :
- Mari belajar mengenal hati sendiri.
- Mari belajar untuk jujur kepada diri sendiri dan orang lain.
- Sedar yang hati manusia ini bukan di perbuat dari besi atau batu.

Apalagi? tu jelah.
Merepek di hari minggu.
Durian! Oh! Durian!

Sunday, July 3, 2011

Dinding itu.

What the most I aggrieved,
after all the effort I tried to open that door,
suddenly that person betrayed my trust,
and I have to build up that wall again in front of that door.
Thanks man.

Wednesday, June 22, 2011

Spiritual Security

"Sure, people would come visit, friends, associates,
but it's not the same as having someone who will not leave.
It's not the same having someone,
whom you know has an eye on you,
is watching you the whole time."

TuesdaysWithMorrie.92
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Johor

Saturday, June 18, 2011

Dear You,

I thought I know your answer.
What a lame excuses huh?

Isn't I already said to you,
human heart is fickle?
There's nothing permanent or lestari.
(oh, betulkah?)

Oh...I should stop doing crazy thingy!
Argh!
Gotta go.

Hold on,
my sermon doesn't end yet, ok?
Oh, really?
So, should I shoot you or shut your mouth by yourself?

Sky.High.Jump.Now.

Friday, June 17, 2011

It's Shouldn't Change Anything.

"I really want someone to tell me.
Cause I don't know anymore.
Whether you were born incapable of getting mad.
Or just really good at holding it in."

"It may really sound strange..
but getting mad won't change anything.
It just seemed that...
Once you've made up your mind,
nothing can change it.
And clearly I share the blame as well."

ComeRainComeShine11

----------------------------------------------------------------------
Sambil dengar lagu-lagu lama.
Seo Taiji & Boys - Nan Arayo *Though Tonight Getting Late* (1992)
Craig David - Slicker Than Your Average *Rise & Fall* (2002)
Craig David - Greatest Hits *Insomnia* (2008)

Tuesday, June 14, 2011

Lelaki Kacak Itu. Cinta Saya.


A little girl needs Daddy
For many, many things:
Like holding her high off the ground
Where the sunlight sings!
Like being the deep music
That tells her all is right
When she awakens frantic with
The terrors of the night.

Like being the great mountain
That rises in her heart
And shows her how she might get home
When all else falls apart.

Like giving her the love
That is her sea and air,
So diving deep or soaring high
She'll always find him there.

A little girl, needs Daddy,
when her car broken on the way,
Daddy come with a wide smile,
saying..poor my baby,
and Daddy said..don't worry baby, I can fix it.

A little girl, needs Daddy,
when an insect mess up with her ears,
Daddy come said; I can fix it.
Even though his baby was 23 years old.

A little girl, needs Daddy,
when his little girl falling sick,
patting and caress his baby,
saying...you gotta be stronger my girl.

Daddy, can I stay longer as your baby girl?
How can I meet another man like you?

Monday, June 13, 2011

Pada 13 Jun 2011

1. Seawal pagi, baru tiba di rumah. Lelap. (Oh kaki, maaf.)

2. Menjengah tengahari, mendaftar. Oh! Di Marang, Terengganu ye, bukan di Maran. Dan Maran-Dungun itu mungkin agak jauh

3. Setakat hari ini masih belum selesai menatap setiap muka surat Selasa Bersama Morrie, kini di tambah dengan buku yang sama tapi berlainan bahasa; Tuesdays With Morrie dan For One More Day. Oh, bila baru selesai, buku Sis Zabrina Life Is an Open Secret: You, Me and We juga belum selesai. Saya suka buku!

4. Sehingga hari ini masih belum sempat berjumpa dia di kaca tivi. Oh, bila?

5. Dan sangat rindu pada mereka; Ummi & Ayah. Anas, projek-projek tu jangan kencang di mulut saja, harus dilunasi! Harus! Sebab saya mahu pulang ke pangkuan mereka! (Kasihannya saya!)

Tuesday, May 31, 2011

Oh. So-So.

"If you don't call me all day I understand,
when you don't text me all day i understand,
so when I stop loving you I hope you understand."

"So lets ignore each other,
try to pretend the other person doesn't exist,
but deep down, we both know it wasn't supposed to end like this."

WowSoooTrue

------------------------------------------------------------
Hari ini:
- Kaki lenguh + sakit
- Esok memandu sang kancil hingga ke Terengganu.
- Sabah lagi.
- Menyampah dengan Dok Go Jin! How dare you man!

Sunday, May 29, 2011

Rumah Manis

2.15am, selamat sampai di Pasir Gudang! Pheww~~

Pertama, lapar dan kebulur tapi tak selera makan dan lagi sekali, oh perut, tolong jangan sakit.

Kedua, masakan ummi!

Ketiga, hang out!

Keempat, oh kancilku! Rindu kamu.

Kelima, oh! Kena tidur sekarang, jumpa kamu lusa ya!

Dan rindu pada Cha Seung Won!

Thursday, May 26, 2011

Flashback Dok Ko Jin

I don't like...you. I'm sorry.

You..is there something wrong? Are you still asleep from sleeping?

The situation does seem a little like a dream.

That's right. It's something like a dream.
This is not somewhere everyone can come. Why did you come in? Why? Because I'm Dok Ko Jin. That amusement park. It's after- hours and do you know why it's not off? Because Korea's greatest actor says he has some business here. Korea's greatest amusement is still on, because they don't want it to be dark. They don't want it to be dark and wanted me to conduct business in a nicely lighted setting. But how dare you break this dream-like situation?

It's a dream, so I have to wake up.

(Dok Ko Jin dumbfounded dan speechless)

I don't want to be fluttery while dreaming, because I have to live boldly with both eyes open. So tell them to close this amusement park and tell them over there to turn off the lights. Let's just pretend that this dream never happen.

Link
Continue read this.

TGLEP5

Wednesday, May 25, 2011

Asbab.

"Actually..I like you at the past,
I love you when you've nothing,
so, I have no other reasons why I love you,
so, I can't give the reasons why I love you,
so, I even can't think the reasons why I love you.
But, now you have everything."

Why?

Dok Ko Jin

"Leave your car here and get in!"

"We already talked about this...I want to go home."

"You're not getting in? Then should I go to hospital saying you hit me from behind?"

"Are you crazy?"

"I did it when I got rejected from Peter. You think I won't do it after being rejected by you?"

WA HA HA HA HA HA

TGL EP6

Monday, May 23, 2011

Hello There,

"I never really wanted to leave;
but you never gave me a reason to stay.
Thanks a lot for keep silent.
Sorry, it just doesn't work that way eee..."
Whatever the facts.
Lapar.masak-masak.

Sunday, May 22, 2011

Langit Itu Cinta.


Doakan aku bertemu kembali pada warna putih,
doakan aku bertemu kembali pada warna jingga,

doakan aku bertemu kembali pada warna
pink,
doakan aku bertemu kembali pada warna
purple,
doakan aku bertemu kembali dengan warna
yellow,
doakan aku bertemu kembali dengan warna magenta,
doakan aku bertemu kembali pada warna primer dan sekunder,

doakan aku bertemu kembali dengan warna-warni,

doakan aku bertemu kembali dengan warna pelangi,

doakan aku bertemu kembali dengan perasaan,

doakan agar hati aku tak beku kaku.
DOAKAN AKU.
COL

Saturday, May 21, 2011

Dalam Kotak

Not long time ago you talk sweet words about love to me,
then when we break up you talked harshly
or kept silent to me.
Now you asking me if I haven't eating or not
and saying you're tired to death?
Are you kidding me?

Wo.Wi

Thursday, May 19, 2011

Itu Pelangi & Rama-rama Cinta



"Sampai bila kau mahu bersuka ria?
Sampai bila kau mahu terus diulit palsu dunia?

Sampai bila kau mahu bermain leka?
Orang lain sudah jauh mengejar segala kesempatan yang ada,

Mari bersuka ria mengejar peluang rama-rama,
mari bersuka ria mengejar ilmu pelangi."
Oh,saya hanya merepek.


Wednesday, May 18, 2011

Hidup ya.

If you're feel sorry,
then live well.
When times are hard,
just like now recall those days that you treasure most.
Gather you courage and live.
49D.E18


Thursday, May 12, 2011

Kadang-kadang..rindu juga..

Pernah sekali aku pergi ke rumah Nenek Chik, aku, Anas, Fatin dan seorang lagi yang bukan adik-beradik. Kitorg saja pergi ziarah rumah Nenek Chik di mana ye? Selayang kot.. Lepas tu ternampaklah satu jam loceng yang agak besar, lebih kurang macam ni rupanya :

Terus aku teringat pada zaman Matrikulasi, teringat pada ahli ke-5 di bilik apa entah, dah tak ingat dah nama bilik kitorg. Sebenarnya, dalam 1 bilik hanya memuatkan 4 orang ahli je, tapi ahli ke-4 kami menyambung pengajiannya di tempat lain selepas minggu ke-2 atau ke-3 berada di KMJ. Maka tempat ahli ke-4 kami diganti oleh ahli ke-5, dan dia masuk agak lewat. Nama ahli ke-5 kami tu Ang Yeow Ying (kalau tak silap).

Cara sesi ta'aruf si Ang ni lain macam sikit. Malam pertama dia duduk dengan kami, segalanya memang seperti biasa. Biasa la kalau ada bunyi cengkerik ke, bunyi pelik-pelik dari ladang kelapa sawit di sebelah KMJ tu memang normal. Macam la tak pernah rasa suasana kampung, ye dak? Minggu-minggu awal kami di KMJ bukanlah minggu-minggu untuk bersantai, individual assignment, group assignment & presentation dah mula berterabur kat kepala otak. Malam itu malam studi, tapi untuk si Ang dia dah selamat di buai mimpi. Tapi apa nak kisah? dia budak pandai, budak 13A memanjang. (Ok, intro dah settle)

(Perenggan kedua) Baki 3 lagi ahli bilik (mestilah termasuk aku), mata masing-masing masih di buku dan telinga di radio, tangan pula kejap-kejap kat telefon, kejap-kejap kat pen, kejap-kejap dekat pensil. Haa..macam tu la..macam biasa-biasa..

(Perenggan seterusnya) Hampir ke jam 12 tengah malam. Masih biasa-biasa je juga, tak ada la ada orang jual nasi lemak ke, pau Suri ke dari pintu ke pintu. Dah 12 tengah malam, jadi masanya pergi cuci muka dan kaki. Tak lama kemudian, bilik kitorg digegarkan dengan bunyi yang kuat, elok-elok otak baru nak sejuk, tiba-tiba terus panas balik. Kemudian dengar kecoh-kecoh di lantai tingkat 4 Blok C. Bila buka je pintu, masing-masing tanya :

"Ada fire drill ke? Ada fire drill ke?"

"Tak..tak, pergi lah tidur balik. Tu bunyi jam loceng si Ang."

Dan si Ang masih kaku tidur lena lagi.

Itulah caranya dan hampir semua ahli di lantai tingkat 4 Blok C kenal dengan si Ang. Dan sejak hari itulah jiran sebelah katil Ang iaitu Ateq kena kejutkan Ang setiap kali jam dia berbunyi. Lepas tu aku nampak si Ang dah tak letak jam loceng dia atas meja, tapi dalam laci. Mungkin bagi serap bunyi?
Waktu teringat: 11/05/2011 12.37pm, perjalanan pulang dari USM,Penang ke Ipoh.
----------------------------------------------------------------
Pasal jam loceng ni juga pada satu pagi (11/05/2011) ada satu SMS masuk mengejut untuk bangun solat subuh. Org yang hantar SMS tu tak tahu sebelum SMS dia berbunyi di telefon, aku dah terjaga dua kali sebab bunyi alarm dari telefon Along. Esok paginya (12/05/2011) aku balas "Selamat Bertahajud Cinta" tepat jam 1.15 pagi dengan harapan SMS tu sampai pada jam 3 pagi. Harap demam dia terus kebah la lepas ni.